Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 10 Ogos 2010

Jadual Harian Muslim Sepanjang Ramadhan

Posted by epondok di Ogos 10, 2010

4.00 pagi Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa:

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.Mengambil whudu’ dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat sunat TaubatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Rakaat pertamaselepas Al-Fatihahbacasurah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-FatihahbacasurahAl-Ikhlas.Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat sunat TahajjudNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.RakaatpertamaselepasAl-FatihahbacasurahAl-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-FatihahbacasurahAl-Ikhlas.Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat sunat HajatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.SelepasAl-FatihahrakaatpertamabacaayatulKursi1kali. Selepas Al-Fatihahrakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat sunat WitirNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepassalam,bangunlagidan sembahyang witir 1 rakaat.Perbanyakkan berdoakepadaALLAHdengan penuhrasakehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan sahur
Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi BersiapmenungguwaktuSubuhdenganmembaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik. mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktivti kita diberkatiNYA. SentiasaberselawatkepadaRasulullahSAWsama ada menyebutnya atau di hati.Banyakkan istighfar/meminta ampun.Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. DatangkanrasabahawaALLAH sentiasamemerhati kerja-kerja yang dilakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi Sembahyang sunat Dhuha,
Ia adalah sumber rezki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa :
Mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenaiperkara yang tiada sangkut paut dengan kerja
12.45 tgh. Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat.
Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg. Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
5.30 ptg. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahurtanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!!!
6.30 ptg. Memperbanyakkan doa sebelum berbukakerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapathanyalapar dan dahaga”,merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu Maghrib,bacalah doa berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
8.00 mlm. Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).
11.00 mlm. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok,untukmenunaikanPuasaRamadhanyang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala. (JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
Bacalah doa tidur :
Ertinya :Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Posted in Amalan Pilihan | 4 Comments »

Kuasa wali penentu sah, batal sesuatu perkahwinan

Posted by epondok di Ogos 10, 2010

Oleh Mohamad Isa Ralip

Ibu bapa, bakal pengantin perempuan perlu siasat waris ikut susunan sebelum akad nikah

WALI, antara lima rukun nikah turut menjadi isu yang dibawa ke Mahkamah Syariah seperti wali enggan menikahkan kerana tidak suka dengan pilihannya, anak yang ingin bernikah ialah anak angkat atau adik menjadi wali sedangkan bapa masih ada.

Pada peringkat bapa, ada yang memohon perintah faraq (pemisahan perkahwinan) atas alasan anak gadis mereka lari dari wali dan nikah di sempadan tanpa pengetahuan wali. Perbahasan wali boleh dikatakan masih tidak jelas kepada sesetengah pihak, walaupun wali orang penting dalam pernikahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila sudah ada kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf.” (Surah al-Baqarah, ayat 232)

Daripada Abi Musa, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali.” (Hadis riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)

Oleh kerana wali adalah satu daripada syarat sah nikah, maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat sah menjadi wali ialah Islam, baligh, lelaki dan adil. Turutan wali juga perlu diberi perhatian bagi memastikan tiada masalah kemudian nanti.

Jika bapa tiada, maka hendaklah wali kedua iaitu datuk sebelah bapa memikul tanggungjawab itu dan begitulah seterusnya. Jika pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali, maka ia akan dinikahkan secara wali hakim.

Kes Ismail Abdul Majid lawan Aris Fadilah dan Insun Abdul Majid (1990) di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar, Perak, Hakim Amran Satar memutuskan perkahwinan yang diwalikan oleh wali ab’ad sedangkan wali akrab masih ada, tidak sah.

Wali ab’ad bermaksud wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali. Wali akrab pula bermaksud wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali.

Dalam kes ini, pengantin perempuan berkahwin di Perak dengan berwalikan saudara lelakinya kerana bapa perempuan itu sudah meninggal dunia. Pengantin perempuan masih mempunyai datuk yang tinggal di Selangor yang tidak diberitahu mengenai perkahwinan cucunya itu.

Kes itu dibawa ke mahkamah yang kemudian memutuskan perkahwinan itu tidak sah atau batal kerana bidang kuasa iaitu datuk perempuan masih ada. Selain itu, mahkamah memutuskan akal, fikiran datuk itu masih waras maka hak kelayakan wali masih tidak hilang.

Selain masalah wali akrab masih ada dan layak mewalikan pernikahan, ada juga masalah wakalah wali iaitu wali mewakilkan kepada orang lain.

Mengikut Islam, ada prinsip undang-undang Islam yang menyatakan: “Tiap-tiap sesuatu yang boleh seseorang melaksanakan dengan sendirinya, bolehlah ia mewakilkan sesuatu itu kepada orang lain.”

Berdasarkan prinsip itu, fuqaha berpandangan setiap akad yang dapat dilakukan oleh seseorang yang mempunyai bidang kuasa, akad itu boleh juga diwakilkan kepada orang lain seperti dalam akad nikah, jual beli, cerai, sewa menyewa, tuntutan hak dan akad lain.

Apabila wali akrab berada jauh, tidak dapat hadir pada majlis akad nikah atau wali itu boleh hadir, tetapi tidak mampu untuk menjalankan akad nikah, wali boleh mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan syarie.

Begitu juga bakal suami, jika tidak dapat hadir pada majlis akad nikah kerana sedang belajar di luar negara, boleh mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan syarie bagi menerima ijab (menjawab) nikah itu.

Bagaimanapun, bagi perempuan (bakal isteri), tidak boleh mewakilkan kepada orang lain untuk mengahwinkannya kerana haknya ada di tangan wali.

Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan wakalah itu sendiri dan tidak boleh mewakilkan pula kepada orang lain kecuali dengan izin pemberi wakil atau apabila diserahkan urusan itu kepada wakil sendiri seperti kata pemberi wakil: “Terserahlah kepada engkau (orang yang menerima wakil) melaksanakan perwakilan itu, engkau sendiri atau orang lain.”

Maka ketika itu, boleh wakil mewakilkan pula kepada orang lain untuk melaksanakan wakalah itu.

Wakil wajib melaksanakan wakalah menurut apa yang ditentukan oleh pemberi amanah. Jika wakil diamanahkan mengahwinkan perempuan itu dengan A, wajiblah menikahkan dengan A.

Sebaliknya, jika wakil wali menikahkan perempuan itu dengan B, maka perkahwinan itu tidak sah. Mengikut amalan di Malaysia, selalunya wakalah wali dibuat di hadapan kadi atau pendaftar perkahwinan dengan disaksikan oleh dua orang saksi.

Sebelum melakukan wakalah wali, adalah mustahak wali itu mengkaji latar belakang orang yang hendak menerima wakil itu.

Satu kes berlaku di Kuang, Selangor, seorang perempuan bernikah berwalikan adiknya yang diwakilkan bapanya yang masih hidup dan sihat. Tetapi, adik tadi mewakilkan pernikahan itu kepada imam jurunikah.

Apabila kes dibawa ke mahkamah, hakim memutuskan pernikahan terbatal kerana adik perempuan itu yang diamanahkan mewalikan pernikahan sudah mewakilkan kepada orang lain iaitu imam jurunikah. Atas prinsip perwakilan dalam Islam, wakil tidak boleh di atas wakil.

Sepatutnya, bapa mewakilkan terus kepada jurunikah. Oleh itu, perkahwinan yang dibina hampir 15 tahun musnah begitu saja dan kesannya adalah anak yang lahir daripada perkahwinan berkenaan sama ada boleh dinasabkan kepada bapa mereka.

Kuasa wali penting dalam perkahwinan kerana ia menentukan sah atau tidak sesuatu perkahwinan. Oleh itu, setiap ibu bapa dan pengantin perempuan sebelum melakukan akad nikah perlu menyiasat terlebih dulu siapa yang berhak menjadi wali mengikut tertib dan susunan wali.

Adalah dibimbangkan jika perkara wali ini diambil ringan akan menjejaskan sesuatu perkahwinan sehingga boleh terbatal dan menimbulkan pelbagai masalah selepas itu.

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »

Kelebihan Ramadan dan orang yang berpuasa

Posted by epondok di Ogos 10, 2010

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

RAMADAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.

Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.”

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.”

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: “Puasa merupakan perisai.” Dan daripada Uthman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat.”

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya), mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id sesungguhnya Allah berfirman: “Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.

Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam.”

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa.”

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya”.

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »