Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 8 Ogos 2010

Yahudi benarkan bayi dibunuh

Posted by epondok di Ogos 8, 2010

 

27 July 2010 – Haaretz
Pihak polis Israel membebaskan ketua rabbi dari sebuah yeshiva terkemuka beberapa jam selepas ditahan kerana menggalakkan pembunuhan bukan-Yahudi. Rabbi Yitzhak Shapira, ketua Od Yosef Hai Yeshiva dan penulis buku “The King’s Torah,” ditahan awal pagi kelmarin di rumah beliau di kawasan penempatan Yitzhar,

Tebing Barat. Kandungan bukunya itu menjelaskan bagaimana bukan-Yahudi boleh dibunuh mengikut halakha (undang-undang agama Yahudi).

Selepas menjalankan operasi menggeladah di yeshiva tersebut, para detektif telah merampas 30 salinan buku berkenaan. Operasi siasatan dan penangkapan dijalankan atas perintah Timbalan Pendakwa Negeri Shai Nitzan.

Buku tersebut, yang diterbitkan dalam bulan November 2009, bermula dengan prakata yang menyatakan membunuh bukan-Yahudi adalah dilarang – tetapi kemudiannya dihuraikan dengan jelas tentang konteks di mana pembunuhan boleh dilakukan.
Menurut Shapira, membunuh bukan-Yahudi yang mengancam negara Israel adalah dibenarkan, sekalipun dia seorang yang taat setia kepada Yahudi.Selanjutnya di sini

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Haaretz

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Ummah perlu saring kebenaran maklumat, berita

Posted by epondok di Ogos 8, 2010

Oleh Mohammad Nizam Abdul Kadir

PERKEMBANGAN teknologi membawa kepada percambahan maklumat. Jika dulu, ia mungkin terhad, kini di hujung jari.

Pada satu ceramah di masjid, seorang penceramah agama membawa pelbagai hadis dan kisah silam. Namun apakah semua hadis yang disampaikan benar-benar sahih sebagai hadis mengikut ijtihad ulama? Begitu juga berita dilaporkan media saban hari.

Islam tidak menetapkan kaedah dan cara tertentu dalam penyebaran maklumat. Apa yang penting maklumat disebarkan adalah maklumat benar. Bagi golongan penerima maklumat, mereka mempunyai satu tanggungjawab iaitu menyaring setiap maklumat diterima.

Tanggungjawab menyaring maklumat adalah penting. Tanpa saringan, dikhuatiri maklumat disampaikan adalah maklumat yang salah dan silap. Kesalahan dan kesilapan ini akan membawa kepada implikasi negatif yang lain.

Dalam isu saringan maklumat ini, al-Quran memberikan pedoman amat penting. Al-Quran menyatakan mafhumnya: “Wahai golongan beriman! Apabila seorang fasik datang kepada kamu dengan membawa satu berita, maka carilah bukti keterangan”. (Surah al-Hujurat : 6).

Bagi memahami isu ini, ada dua perkara yang wajar diberi perhatian: Siapakah yang membawa maklumat? Apakah maklumat dibawa?

Pertama sekali, persoalannya berkisar watak peribadi insan yang membawa berita. Perlu dibezakan antara peribadi baik dan peribadi buruk. Jika insan itu seorang fasik atau dalam erti banyak melakukan maksiat, maka amat wajar maklumat disampaikan disaring dengan ketat. Peribadinya banyak melakukan maksiat adalah peribadi tidak takut kepada Allah. Mereka sanggup menipu, khianat dan pelbagai tegahan Allah SWT akan dilanggar.

Perkara kedua berkaitan dengan maklumat disampaikan. Perkara ini perlu disaring dengan lebih ketat. Hari ini, maklumat tersebar dengan mudah. Kalau dulu, berita boleh didapati dengan cerita disebarkan menerusi kata-kata dan nukilan dalam akhbar atau media cetak, kini media terus berkembang. Berita dalam internet amat banyak. Namun adakah semua berita itu benar?

Inilah antara musibah yang melanda apabila maklumat atau berita disampaikan sebegitu cepat dan pantas. Ada kebaikannya, namun wujud juga unsur negatifnya. Berita fitnah dan berbaur fitnah melanda masyarakat. Majoriti masyarakat nampaknya menerima berita disampaikan dengan begitu mudah. Lebih-lebih lagi dalam isu permusuhan, parti berbeza dan seumpamanya.

Oleh itu, berbalik semula kepada saranan dan pedoman al-Quran, apakah kisah di sebalik ayat ini? Menurut tafsir Ibn Kathir, Nabi SAW sudah berjanji menghantar wakil bagi tujuan mengutip harta zakat yang dikumpulkan satu puak Arab. Kelompok ini diketuai lelaki bernama Harith.

Wakil yang dihantar bernama Walid ibn U’qbah. Maka beliau bertolak ke tempat Harith. Namun oleh kerana takut, Walid sudah pulang tanpa berjumpa Harith. Apabila Walid bertemu dengan Nabi SAW, Walid menjelaskan bahawa Harith sudah menghalang harta zakat dan cuba membunuhnya. Ini menyebabkan kemarahan Nabi SAW hingga Nabi mengutuskan wakil yang lain. Namun akhirnya tersingkap cerita sebenar. Nampaknya Walid tidak bercakap benar. Maka wahyu ayat ini diturunkan.

Tidaklah menjadi keperluan mendesak untuk mengkaji status sahabat Nabi yang disebut dalam ayat ini. Al-Quran adalah untuk pedoman, bukan mencari salah siapa.

Bayangkan jika cerita sebenar tidak tersingkap. Sudah tentu berlaku peperangan dan membawa kepada jiwa yang terkorban. Semuanya berpunca daripada sikap tidak mencari kepastian dalam berita yang diterima.

Oleh itu, nilai penting ditekan dalam al-Quran ialah nilai menyaring maklumat. Insya-Allah fitnah tidak akan mudah tersebar. Masyarakat akan membaca setiap berita, namun tidak akan mempercayainya dengan segera. Masyarakat akan menyiasat, mengkaji, berbincang dan menapis setiap maklumat. Dengan sikap sebegini, tamadun yang baik akan subur.

Posted in Artikel Pilihan | 1 Comment »

Bayi hidung di dahi

Posted by epondok di Ogos 8, 2010

NORHASIMAH memangku bayinya yang dilahirkan dengan hidung terletak di dahi.

 


 

JAKARTA – Sepasang suami isteri keluarga miskin di Indonesia, Sugara, 30, dan Norhasimah, 27, merayu kepada masyarakat untuk membantu bayi mereka, Ahmad Fauzan Azimi yang berusia dua bulan kerana dilahirkan dengan hidung berada di dahi.

Rayuan itu turut mendapat perhatian ketua jabatan kesihatan tempatan, Dr. Hardi Basuki yang berusaha memohon bantuan pelbagai agensi kerajaan lain kerana bayi tersebut memerlukan kos besar untuk pembedahan pakar.

“Bayi ini normal cuma dia cacat lahir, bukan kerana kurang zat atau faktor perubatan lain,” katanya kepada wartawan tempatan di rumah keluarga bayi itu, di Hulu Sungai Tengah, wilayah Kalimantan Selatan, dekat sini baru-baru ini.

Namun, ibu bayi itu bersyukur, anaknya yang lahir pada 9 Mei lalu di Hospital Daerah Damanhuri Barabai dengan berat 3.4 kilogram, sehingga kini belum pernah jatuh sakit teruk walaupun matanya sering terpejam. – Agensi

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »