Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Layakkah bukan Islam jadi peguam syar’ie

Posted by epondok di Mei 23, 2010


Oleh Hasliza hassan

Setakat ikuti 150 jam kelas perundangan syariah tak penuhi piawaian dilantik peguam syarie

MEREKA yang ingin menjadi peguam syarie dicadangkan supaya diberi kitab kuning (kitab lama) untuk dibaca dan dikupas isinya, demikian kata Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin.

Mungkin itulah kiasan untuk mengetahui apakah seorang peguam syarie itu sudah menguasai undang-undang syariah kerana undang-undang Islam bukan sekadar akta atau enakmen termaktub dalam undang-undang bertulis tetapi ia berkait rapat untuk menegakkan hukum syarak.

// <![CDATA[//

“Maknanya bukan semua boleh jadi peguam syarie dan untuk mengukur kelayakan juga bukan mudah sebenarnya. Tidak semestinya sudah mengikuti 150 jam kelas sambilan Diploma Amalan Undang-undang Syariah setiap Sabtu selama setahun (maka) boleh terus jadi peguam syarie.

// <![CDATA[//

“Perlu difahami juga, untuk menjadi peguam syarie perlu mendapat pentauliahan. Itu dilakukan oleh badan lain. Jadi, ada diploma atau ijazah undang-undang syariah bukan ukuran memastikan seseorang itu layak menjadi peguam syarie,” katanya.

Baru-baru ini, peguam wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mengemukakan semakan kehakiman bagi mengetepikan keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang enggan menerimanya menjadi peguam syarie.

Dalam permohonannya, Jayaseele memohon perisytiharan sebahagian Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie memberikan mandat kepada orang Islam saja untuk diterima menjadi peguam syarie bercanggah dengan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 dan Perlembagaan Persekutuan.

Mantan Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, sesi temu ramah yang sekejap saja juga tidak mungkin menghasilkan ukuran tepat dan masih memerlukan asas pengajian dalam undang-undang syariah selama empat tahun.
Oleh itu, beliau berpendapat tempoh singkat mengikuti pengajian amalan undang-undang syariah tanpa memiliki ilmu mencukupi yang diraih melalui pengajian ijazah pertama dalam bidang undang-undang syariah tidak melayakkan seorang peguam mewakili anak guaman.

“Secara peribadi, saya rasa tidak mencukupi kerana pelajar bidang undang-undang sivil terutama dari luar negara tidak ambil sebarang subjek undang-undang syariah tiba-tiba nak celup sekejap dalam diploma amalan undang-undang syariah.

“Jika mereka diterima menjadi peguam syarie, adilkah dibandingkan dengan yang ambil pengajian undang-undang syariah empat tahun dicampur satu tahun dengan yang celup satu tahun. Sepatutnya mereka yang ada ijazah undang-undang sivil perlu ambil undang-undang syariah,” katanya.

Dr Zaleha berkata, dalam bidang perubatan apabila doktor celup melakukan kesalahan, pesakit akan mati dan dalam bidang undang-undang pula, jika peguam syarie tidak pandai membawa kes kerana cetek ilmu, anak guaman tidak akan mendapat keadilan.

Justeru, beliau menasihatkan mereka terutama yang mendapat pendidikan undang-undang di luar negara yang ingin menjadi peguam syarie dan beramal mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang syariah.

Jayaseele juga memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan MAIWP yang enggan memproses permohonannya untuk diterima masuk menjadi peguam syarie, selain perintah supaya responden menerima permohonannya tanpa mengira beliau bukan Islam.

Melalui afidavit yang difailkan bersama permohonan itu, Jayaseele yang memiliki Diploma Amalan Undang-Undang Syariah UIAM, berkata pada 19 September 2009 beliau menerima surat menyatakan permohonannya untuk menjadi peguam syarie ditolak oleh Jawatankuasa Peguam Syarie kerana beliau bukan beragama Islam.

Dr Zaleha berkata, beliau tidak melihat isu itu daripada aspek agama kerana baginya jika peguam beragama Islam pun tetapi tidak memiliki kelayakan, tidak sepatutnya diterima dan diberi tauliah untuk menjadi peguam syarie.

Bagaimanapun, beliau tetap menekankan kelayakan dengan berbekalkan ilmu yang cukup kerana tanpa ilmu mencukupi bagaimana peguam syarie ingin mengadili anak guaman dan mencari keadilan.

Katanya, perkembangan berlaku juga membuktikan pentingnya Akta Profesion Guaman Syarie yang kini masih diproses di peringkat Jabatan Peguam Negara untuk diteliti bertujuan mengawal selia siapa yang boleh beramal.

Beliau turut mendedahkan antara hasil kajian dilakukan yang menunjukkan peguam syarie lebih menumpukan hujahan kepada aspek undang-undang bertulis tetapi kurang mengaitkannya dengan hukum syarak.

Akibatnya, disebabkan hujah peguam syarie yang sedikit itu hakim syarie dengan rasa tanggungjawab untuk mencapai keadilan terpaksa membuat penyelidikan sendiri bagi membuat penghakiman.

“Dalam Islam, mencari kebenaran serta keadilan yang penting tetapi apabila peguam syarie tidak boleh menyediakan hujah yang baik, ia menyukarkan hakim. Jadi hakim perlu cari keadilan dengan melakukan penyelidikan sendiri,” katanya.

Mengenai kemungkinan bukan Islam berbekalkan kelayakan mencukupi menjadi peguam syarie, beliau berpandangan perkara itu tidak mustahil jika Mahkamah Syariah ingin membuka pintu kepada bukan Islam kerana bukan Islam pastinya lebih percaya kepada peguam syarie bukan Islam.

“Itu tidak bermakna bukan Islam lebih layak mewakili anak guam bukan Islam kerana jika sebenarnya mereka tidak cukup kelayakan daripada segi ilmu pengetahuan, ia akan jadi kezaliman pada anak guaman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: