Peguam Perancis koyak purdah wanita Islam
Posted by epondok di Mei 20, 2010
PARIS – Seorang peguam wanita berusia 60 tahun bertindak di luar batasan apabila mengoyakkan purdah seorang wanita Islam dalam satu kejadian mengejutkan di Perancis.
Insiden terbaru membabitkan diskriminasi terhadap pakaian Islam di negara itu berlaku di sebuah butik apabila peguam dan wanita Islam berkenaan bertengkar sebelum ditahan polis.
Ketegangan antara kaum semakin meningkat di Perancis akibat rancangan kerajaan untuk mengharamkan purdah dan pakaian keagamaan lain yang menutup muka.
Wanita Islam berusia 26 tahun itu dikatakan sedang melintasi butik berkenaan apabila terdengar peguam itu menghina pakaiannya.
“Peguam itu tidak suka melihat wanita Islam memakai purdah dan mahu pengharamannya dilaksanakan serta merta,” kata seorang anggota polis.
Peguam itu dikatakan menyamakan wanita Muslim berkenaan dengan watak syaitan dalam satu rancangan seram yang popular di Perancis.
Tinggalkan Jawapan