Mudir Pondok Tunjung meninggal dunia pagi ini
Posted by epondok di Mei 18, 2010
Kota Bharu – Dunia menyaksikan seorang lagi guru yang banyak berjasa pada anak bangsa telah dijemput oleh Allah jam 8 pagi tadi iaitu al-Marhum Ustaz Haji Mohd Ghani b Ismail, Mudir Pondok Tunjung dekat sini. Beliau yang sakit bahagian usus semenjak mengerjakan ibadat haji tahun lepas dan terpaksa berulang-alik ke hospital bagi rawatan susulan kepada penyakitnya merupakan menantu kepada pengasas Pondok Tunjung iaitu Tuan Guru Hj Ghazali b Abdullah
Jenazah beliau akan disembahyang di masjid pondok selepas solat Zohor hari ini. Semua dijemput hadir terutama warga pondok seluruh Kelantan
shazerri said
Allahummagh firlahu war hamhu …..