Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 6 Mei 2010

‘Kafir bangga’ hina Islam di Facebook, Youtube

Posted by epondok di Mei 6, 2010

Satu laman web Facebook seperti alamat berikut yang menggunakan ‘ID‘ ataua nama samaran ‘Kafir Bangga‘ telah menghina kesucian agama Islam melalui kenyataannya seperti di bawah:

‘Israk & Mikraj Aku masih tak boleh faham macam mana manusia yang berakal boleh percaya akan cerita yang sebegini bodoh.’

Dari kenyataan tersebut secara jelas beliau menghina persitiwa Israk & Mikraj yang terdapat di dalam Islam.

Beliau juga telah mencipta sebuah klip video bagi menghina persitiwa Israk & Mikraj dan seterusnya menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau juga secara bangga mencabar pihak berkuasa menahannya melalui kenyataannya:

Kafir Bangga
eh, suka hati aku lah nak buat video. memang aku nak mempengaruhi orang lain. kau tau tak betapa susahnya aku nak hidup sebagai seorang murtad? orang islam di negara ni dah banyak menjahanamkan kehidupan manusia yang tidak bersalah. jadi aku rasa, aku ada hak untuk menyatakan kebenaran.”

Kafir Bangga
aku pun harap polis dan jabatan agama islam jumpa video aku.

Kafir Bangga
jabatan agama islam campak orang2 murtad dalam ‘pusat pemulihan’ takda pulak kau nak kata menyentuhi sensitiviti agama. nak campak aku dalam ISA? campak arh! hahaha… tapi kena cari aku dulu la.
pergi talipon polis. pergi…. tekan 999. lepastu kata “encik, ada orang buat video youtube.”. tak ka bodoh bunyinya?

Demi maruah dan kesuciaan Islam yang juga merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia, maka saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas beliau.

Daripada Muhammad Yazid Othman

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Khunsa dipenjara kerana nikahi wanita

Posted by epondok di Mei 6, 2010

JAKARTA 4 Mei – Seorang khunsa berusia 32 tahun ditahan di Penjara Pondok Bambu, Jakarta Timur, kerana dituduh memalsukan identitinya bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang wanita.

Alterina Hofan atau lebih dikenali sebagai Alter kini ditahan di penjara berikutan ibu dan bapa pasangannya Jane Deviyanti, 23, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Metro Jaya di sini.

Sementara itu Jane ketika ditemui wartawan selepas melawat suaminya di penjara khusus untuk tahanan wanita itu berkata, dia kecewa kerana suaminya ditahan di penjara.

“Kenapa perlu ditahan suami saya di penjara, sedangkan semua dokumen seperti pasport dan kad pengenalan telah dirampas polis, tidak mungkin dia melarikan diri.

“Selama tempoh penyiasatan polis juga, suami saya cukup bekerjasama, jadi saya mendesak supaya suami saya dibebas dengan jaminan,” katanya yang ditemani peguamnya. Jane juga yang pekak dan bisu terpaksa menggunakan penterjemah semasa diwawancara.

Sementara itu Alter ditemu bual oleh Detik.com semasa di dalam penjara berkata, dia adalah seorang lelaki sejati dan mengaku memiliki kemaluan lelaki serta berfungsi dengan baik.

“Waktu lahir saya tidak faham kerana tidak ada kemaluan, ketika berusia lima tahun kemaluan lelaki saya mulai tumbuh,” katanya.

Menurut Alter, kemaluannya juga berfungsi dengan baik dan mampu mengeluarkan sperma.

“Kalau tidak percaya boleh ditanya kepada isteri saya,” kata lelaki berasal dari Jayapura, Papua itu.

Alter ditahan polis setelah ibu bapa Jane membuat laporan polis kerana Alter memalsukan identiti jantinanya untuk mengahwini Jane dan dia ditahan di penjara sejak 30 April lalu.

Menurut Alter, sejak kecil jiwanya memang seorang lelaki, tetapi ibunya sering memakaikannya dengan pakaian perempuan kerana telah melaporkan jantinanya sebagai perempuan.

“Ibu telah menghukum saya sebagai wanita, kerana malu dituduh oleh jiran bahawa saya membuat pembedahan menukar jantina menjadi lelaki,” katanya.

Berkali-kali, kata Alter, dia meminta ibunya menukarkan identitinya sebagai lelaki pada kad pengenalan tetapi ibunya enggan berbuat demikian.

Akhirnya pada 2006, kata Alter, dia telah membuat pembedahan membuang payu dara dan ibunya bersetuju menukarkan identiti jantinanya di Pejabat Pendaftaran Jayapura, Papua. –

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »