Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 11 April 2010

Pengajian Pondok Baru Tersenarai

Posted by epondok di April 11, 2010

1. Terengganu

1. Madrasah Al-Ikhlas,
Kg. Che Muhid, Guntong Dalam,
Setiu, Terengganu

Mudir: Tuan Haji Ismail Talib
Tel: 012-9504746

Madrasah ini menempatkan sejumlah orang-orang tua dan remaja selain kuliah umum untuk penduduk setempat

2. Madrasah al-Hidayah,
Lorong Haji Da,
Batu Burok, Kuala Terengganu,
Terengganu.
Mudir:- Ustaz Haji Mustafa Kamal Hamzah
No:-019-9317963

3. Madrasah As Sirotol Mustaqim
( Pondok Al Mustaqim )
Kg Batu 4, Binjai,
24000 Kemaman, Terengganu
2. Pahang

Mudir – Ustaz Wan Fakhrulradzi Wan Abdullah
Tel – 098592797

Tarikh pembukaan – Januari 2007 / Muharram 1427

1. Markaz Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah
Bt 18, Kg Paya Pasir Jalan Maran 2800 Temerloh Pahang

Pengetua: Tuan Guru Ahmad Faidzurrahim B Mohd Alwi
Tel: 09-4855115 / 019-9181278

3. Kedah

a. Madrasah Tarbiyatul Awladiyyah Darul Ulum

Kg Kilim, Pulau Langkawi

Pelajar lelaki : 40 orang

Pelajar perempuan : 40 orang

Ditubuh pada tahun 2004

Mudir : Ustaz Ayub

b.

MADRASAH ADDINIAH ALMARDIYAH
LOT NO 1550, KAMPUNG SEBERANG SG KOB
09700 KARANGAN,KULIM
KEDAH DA
MUDIR; USTAZ ROSSHAM BIN YUSUF

c.

PONDOK BEGIA
MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH
KAMPUNG BEGIA,JALAN JENERI,
08200 SIK,KEDAH.

UST.AMRAN BIN HASSAN (0194058581)
UST.YUSSUF (MUDIR-0134175989)

4. Kelantan

a. Madrasah al-Munajjiyah

Pondok Sungai Bayu

Gua Musang, Kelantan

Mudir : Ustaz Tohir – 019-9073053 / 017-9560129

b. Madrasah Diniah Ihsaniah

Pondok Hutan Pasir

Lot 2319 Kg Hutan Pasir, Tal Tujuh

17030 Pasir Mas, Kelantan

09-7902754

5. Melaka

a. Pondok Baitul Qurra’ wal Ilmi

Kampung Paya Rumput Jaya,

Sungai Udang,Melaka.

Mudirnya : Ustaz Hj. Zulkifli bn. Hj. Ismail

b. Madrasah AI-Hasanah,

No. 236-1, Km. 5, Kampung Padang Temu, 75050 Melaka.

Ustaz Fuad Ebnu Ali
Tel : 017-6367400

http://www.pmkt.com.my/

Posted in Pondok Malaysia | 12 Comments »

Khasiat daun misai kucing

Posted by epondok di April 11, 2010

Oleh Ummu Waheedah

Nama pokok ini ialah Pokok misai kucing. Macam mana boleh diberikan nama tu mungkin dari bunganya yang banyak sesungut macam misai kucing. Nama saintifiknya ORthosiphon stamineus.Hidup subur di rumah saya ttp bila dialihkan dia mati.. jadi biarlah dia di situ. Selama hari ni saya buang shj daunnya bila merimbun, lepas ni bolehlah dikeringkan ttp rasanya saya tak boleh minum teh daun misai kucing sebab saya kurang gula dalam badan dan tekanan darah saya rendah.

Dikatakan pokok ini mempunyai ciri2 anti alahan, mengurangan tekanan darah, antiperadangan dan melawaskan air kencing.Ia juga boleh mengubati sakit buah pinggang yg belum sampai peringkat serius.Jika digunakan sebagai ubat batu karang resipinya adalah segenggam daun misai kucing,7 pokok dukung anak,10 helai daun ngokilo,10 hirisan temulawak dan 4 butir jagung muda. Rebus dgn 4 gelas air hingga mendidih. Minum air rebusan itu untuk satu hari.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

untuk mengurangkan penyakit kencing manis,jemur segenggam dun misai kucing. Bila kering rebus dengan 3 gelas air sehingga jadi segelas. Minum beberapa kali sehingga habis. Boleh juga kisar akar dan batang pokok misai kucing dengan sedikit air. Tapis dan campur dengan air suam dan minum perlahan2.

Bagi merawat darah tinggi pula ambil 2-3 helai daum misai kucing dan rendam dalam segelas air panas. Biarkan suam dan minum . Amalkan.

sumber:Majalah agromedia bil15.
dipetik dari blog saya http://bertanamlah.blogspot.com

Posted in Amalan Pilihan | 6 Comments »

Perundangan Islam dilindungi Perlembagaan

Posted by epondok di April 11, 2010

Tulisan Zainul Rijal

Orang ramai sepatutnya hormati, tak pertikai pengiktirafan terhadap undang-undang syariah

APABILA kita bercakap mengenai hak, sudah tentu kita tidak dapat lari daripada merujuk kepada undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan adalah sumber kepada segala hak yang berbangkit. Segala yang dinikmati rakyat, hendaklah mempunyai susur galurnya kepada Perlembagaan Persekutuan.

Tokoh perundangan negara, Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, berkata hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

Pertama, hak dianugerahkan kepada semua orang tanpa mengira sama ada warga negara atau tidak. Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan asasi kepada semua orang dalam Persekutuan, begitu juga Perkara 6 yang memperuntukkan pemansuhan perhambaan dan buruh paksa, Perkara 11 (kebebasan beragama) dan Perkara 13 (hak terhadap harta). Perlembagaan tidak membezakan sama ada seseorang itu warga negara atau tidak.

Kedua, hak diberikan kepada warga negara saja seperti hak bersuara dan berhimpun iaitu dalam Perkara 10 dan hak mendapatkan pelajaran (Perkara 12) Perlembagaan Persekutuan. Hak itu hanya dinikmati warga negara Malaysia saja, rakyat asing tidak mempunyai hak sama seperti warga negara dalam aspek ini.

Ketiga, hak yang tidak boleh dihakis pada masa biasa seperti Perkara 7, hak mendapat ganti rugi jika tanah diambil dan Perkara 13 hak kepada orang yang ditangkap diberitahu alasan penangkapan dan menghubungi peguam. Dalam erti kata lain, hak yang termasuk dalam kategori itu boleh dihapuskan, digantung atau diketepikan ketika darurat dalam negara sahaja. Dalam situasi lain, perlembagaan menjamin hak itu dilindungi.

Keempat, hak dihadkan atas alasan tertentu seperti hak kebebasan bersuara dan berhimpun dibataskan selagi ia tidak menggugat ketenteraman awam, keselamatan negara, menggalakkan perlakuan jenayah dan sebagainya. Oleh yang demikian walaupun hak itu tersurat dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, ia bukan bersifat tidak terbatas. Ia boleh dihadkan atas sebab tertentu yang digariskan oleh Perlembagaan itu sendiri.

Kelima, hak yang dilindungi walaupun dalam darurat. Perkara 150 (6A) menegaskan ada enam hak tidak boleh digugat walaupun negara dalam keadaan darurat. Hak itu berkaitan undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta hak berkaitan bahasa.
Tulisan kali ini cuba mengupas kategori kelima iaitu kedudukan undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta hak berkaitan bahasa yang tidak akan terjejas walaupun negara dalam keadaan darurat dan tidak aman.

Secara tersirat, sudah tentu Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan tinggi undang-undang itu berbanding undang-undang lain. Undang-undang itu menikmati kedudukan lebih tinggi dan tidak boleh diganggu-gugat melalui cara yang tidak diperuntukkan Perlembagaan.

Undang-Undang itu termasuklah Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak, Undang-Undang Jenayah Syariah, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Tatacara dan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah. Oleh itu tiada sesiapa boleh mempertikai undang-undang disebutkan diatas.

Tidak keterlaluan dikatakan kedudukan undang-undang Islam adalah lebih tinggi dan mendahului undang-undang lain dari sudut keutamaannya. Natijah daripada kedudukan tinggi ini, sewajarnya jika ada pertelingkahan antara undang-undang Islam dan undang-undang lain, maka tafsiran yang memihak undang-undang Islam (yang dari segi kedudukannya lebih tinggi dari undang-undang lain) hendaklah dipakai.

Kedudukan yang sah undang-undang Islam sejak kebelakangan ini sering dipertikai, diketepikan, diperlekeh atau tidak dihiraukan, sepatutnya tidak menjadi fenomena yang mengukir pandangan perundangan negara kerana ia melupai sejarah perundangan negara dan juga kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang meletakkan undang-undang Islam di tempat tinggi.

Malah identiti negara dan tindakan sesetengah golongan sering kali bertentangan dengan undang-undang Islam ini. Janganlah kita memaling muka terhadap undang-undang Islam tanpa mengkaji susur galur sejarah, kedudukan dan kehendak majoriti umat Islam di negara ini. Apa yang lebih penting ialah kita mengetepikan emosi dan mengkaji undang-undang Islam dengan hati ikhlas bagi mencari kebenaran. Sudah pasti jalan lurus akan ditemui.

Undang-undang Islam seharusnya menjadi penaung yang menambat undang-undang lain daripada dihakis. Ini kerana kedudukan Islam sebagai agama persekutuan seperti terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan hakikat bahawa walaupun dalam keadaan darurat undang-undang Islam tidak langsung terjejas.

Secara hipotesisnya, jika negara diisytiharkan darurat, semua undang-undang digantung pelaksanaannya, namun undang-undang Islam termasuk Undang-Undang Keluarga Islam masih berkuatkuasa. Ini bermakna Mahkamah Syariah boleh beroperasi dan orang Islam masih boleh melaksanakan upacara akad nikah menurut Undang-Undang Keluarga Islam. Inilah keistimewaan diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada undang-undang Islam.

Sebenarnya keistimewaan ini bukan hanya diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, kedudukan Islam memang sudah gah di sisi masyarakat dan bukanlah perkara asing bagi penduduk negara ini.

Malah keistimewaan yang dinobatkan kepada undang-undang Islam tidak pernah berganjak walaupun negara sudah dijajah selama ratusan tahun. Sedangkan penjajah juga tidak berani menyentuh ketinggian undang-undang Islam takkan selepas lebih lima dasawarsa negara merdeka dan diperintah anak watan, keutuhan undang-undang Islam diperlekehkan.

Seharusnya pendekatan diambil meningkatkan lagi kedudukan undang-undang Islam bagi mencakupi segenap lapangan kehidupan umat Islam. Meletakkan Islam di tempat sewajarnya sejajar ketinggian agama Islam sebagai agama persekutuan yang tersurat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Adalah penting bagi rakyat bukan saja mengetahui hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan, malah memahami falsafah serta semangat perlembagaan mengikut kerangka dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan bukanlah matlamat tetapi hanya alat bagi kita mencapai keadilan dan kesepakatan antara rakyat. Ia adalah suatu tolak ansur dan garis panduan bagi memudahkan rakyat memakmurkan negara.

Negara kita bukan bermula tatkala Perlembagaan Persekutuan diwujudkan tetapi kehidupan dan kesepakatan itu sudah ada jauh lebih dulu sebelum perlembagaan wujud. Perlembagaan Persekutuan hanyalah mengesahkan susun atur yang disepakati antara rakyat negara ini. Ia adalah dokumen berharga dan manifestasi keharmonian rakyat.

Undang-undang Islam harus terus menjadi tulang belakang dan kekuatan undang-undang negara. Tanpa undang-undang Islam asas pembentukan negara juga akan menjadi kucar kacir, malah rakyat juga akan hilang keperibadiannya. Setiap rakyat mesti menerima kedudukan ini dan prasangka yang buruk terhadap perundangan syariah hendaklah dihapuskan.

//  

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »