Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 9 April 2010

Hulur tanpa harap ganjaran

Posted by epondok di April 9, 2010

BENAR, tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

BANTU...umat Islam perlu menanamkan semangat dan jiwa untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
BANTU…umat Islam perlu menanamkan semangat dan jiwa untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

CARI BERKAT...rezeki boleh diperoleh pada bila-bila masa asalkan ia dari sumber halal.
CARI BERKAT…rezeki boleh diperoleh pada bila-bila masa asalkan ia dari sumber halal.

Menderma dan bersedekah pasti akan menambahkan rezeki buat kita. Itu adalah sebahagian cara mendapatkan kemurahan serta keberkatan rezeki.
Namun, masih ramai di kalangan umat Islam bimbang dan tidak yakin jika dia mengeluarkan sedikit daripada rezeki yang diterima untuk dimanfaatkan kepada orang lain.
Hakim bin Hizam meriwayatkan, katanya: “Rasulullah bersabda yang bermaksud: ‘Sedekah yang paling utama atau sedekah yang paling baik adalah sedekah daripada orang kaya dan tangan yang berada di atas itu lebih baik daripada tangan yang berada di bawah serta mulakanlah dengan orang yang berada di bawah tanggunganmu (isteri dan anak-anak).’ (Hadis riwayat Muslim).

Maka sebagai umat Islam, kita perlu menanamkan semangat dan jiwa untuk membantu kalangan masyarakat yang kurang bernasib baik terutama kaum keluarga terdekat terlebih dahulu.
Dalam hal ini, Rasulullah pernah berpesan soal nafkah dan didikan ahli keluarga hendaklah diutamakan.

Daripada Abu Hurairah meriwayatkan: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: ‘Jika salah seorang antara kamu keluar pada waktu pagi untuk mencari kayu, lalu dia memikulnya di atas belakangnya; kemudian dia bersedekah dengannya dan tidak mengharapkan pemberian daripada orang lain, maka itu adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta daripada orang lain.
‘Tanpa mengira sama ada orang itu memberi kepadanya atau tidak kerana tangan yang berada di atas itu lebih mulia daripada tangan yang berada di bawah dan mulalah dengan memberi nafkah atau mendidik orang yang berada di bawah tanggunganmu terlebih dulu.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Manakala sikap ‘berkira’ perlu dielakkan kerana ia pasti menyempitkan peluang untuk memperoleh rezeki.

Sebenarnya ramai yang mengibaratkan apabila mereka berbelanja sudah pasti nilai duit atau harta itu semakin berkurangan.

Mereka sebenarnya perlu berasa yakin rezeki itu akan bertambah sekiranya ia digunakan untuk tujuan kebaikan terutama membantu golongan memerlukan.

Kita juga biasa mendengar masyarakat kita mengungkapkan perkataan ‘murah rezeki’. Ungkapan itu diucapkan sebagai doa atau ucapan terima kasih jika mereka menerima sesuatu.

Rezeki yang dijanjikan Allah memang benar dan kadang kala manusia tidak menyedari Allah kurniakan rezeki itu dalam pelbagai cara.

Allah berfirman yang bermaksud: “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Talaq ayat 2 hingga 3)

Islam tidak suka umatnya berpeluk tubuh. Selagi masih bertenaga dan sihat tubuh badan mereka perlu memberikan komitmen terhadap kerja tanpa mengharap bantuan daripada orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Cukuplah dosa yang dipikul oleh seseorang itu apabila dia mensia-siakan orang (isteri dan anak-anak) yang dalam tanggungannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Justeru, apa saja bentuk sumbangan dan pengorbanan yang kita lakukan seperti ilmu pengetahuan, tenaga, masa, nasihat perlu dilaksanakan dengan sebaiknya supaya rezeki kita bertambah luas.

Bagaimanapun, tidak ramai manusia mampu mencapai darjat berkenaan, malah ramai yang melakukan kebaikan, tetapi dalam masa sama masih mengharapkan ganjaran.

Kita perlu ketahui bahawa nikmat seperti rumah tangga bahagia, kesihatan baik serta keseronokan bekerja adalah hasil daripada keberkatan rezeki yang diterima.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Perlakuan perkara kebaikan mampu menghalang dari terjerumus dalam keburukan, kecacatan dan kebinasaan.” (At-Tabrani, Al-Haitahami sanadnya dari Hasan)

Namun Allah tetap akan menduga hamba-Nya bagi melihat sejauh mana keimanan serta kesabaran mereka jika ditimpa pelbagai ujian.

Berusaha mencari rezeki halal sememangnya dituntut dalam Islam selain menganjurkan umatnya mencari rezeki pada awal pagi kerana di dalamnya penuh dengan keberkatan.

Al-Bazar, Thabrani fil Ausath meriwayatkan sebuah hadis nabi yang bermaksud: “Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ‘Berpagi-pagilah mencari rezeki, kerana sesungguhnya berpagi-pagi itu membawa berkat dan menghasilkan kemenangan.’

Bagi mereka yang liat bangun pada waktu pagi bermakna mereka menghambat atau menyekat rezekinya sendiri.
Rasulullah amat memuji orang yang rajin berusaha sehingga jika dia pulang ke rumah pada waktu petang dengan keadaan letih maka dia beroleh keampunan daripada Allah.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya.” (Riwayat Ibnu Majah, Ahmad Hadis Hasan).
Islam amat mementingkan kemajuan dunia dan akhirat. Ada juga yang kuat berusaha namun masih belum mencapai hasilnya.

Dalam hal itu, seseorang Muslim perlu tahu bahawa tidak semua usaha yang dilakukan akan menampakkan hasil diharapkan. Ada yang cepat dan ada pula lambat.

Allah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Jika sesuatu usaha kita berhasil, maka janganlah pula kita berlagak dan sombong.

Pensyarah Jabatan Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad, berkata kemurahan rezeki dapat digambarkan apabila seseorang itu memperoleh sesuatu dengan cara yang mudah.

“Itu yang dikatakan murah rezeki dan kadang kala Allah memberi ganjaran berkenaan walaupun usaha terhadap perkara itu dilakukan pada tahap minimum.

“Bahkan pada satu ketika, mereka memperoleh sesuatu tanpa sebarang usaha kerana Allah berikan atas keluasan kasih sayang-Nya,” katanya.

Rahimi berkata keberkatan rezeki mengikut konsep Raghib al Asfahani adalah apabila merasakan sedikit itu banyak (mencukupi) manakala yang banyak pula akan terus berkekalan.

“Mengikut pandangan syarak, kita akan sentiasa merasa cukup dengan apa yang dimiliki dan memastikan ia digunakan ke arah kebaikan,” katanya.

Beliau berkata sikap golongan kufur nikmat Allah adalah apabila merasakan apa yang dimiliki itu hasil usaha mereka sendiri.

“Mereka ingkar tanggungjawab terhadap harta berkenaan yang sepatutnya dikongsi dan diberikan sama kepada orang yang memerlukan.
“Membantu golongan susah adalah jalan terbaik bagi membuktikan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang diberikan menerusi zakat (secara wajib) atau sedekah (pilihan),” katanya.

Rahimi berkata pagi adalah waktu terbaik keluar mencari rezeki dan ia adalah saranan Rasulullah s.a.w dalam mencapai keberkatan.
“Namun bagi mencapai keberkatan sebenarnya tidak terhad pada waktu itu saja kerana rezeki boleh diperoleh pada bila-bila masa asalkan dilakukan dengan cara dan sumber halal.

Advertisements

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Durian Belanda Penawar Kanser Sebenar

Posted by epondok di April 9, 2010

Oleh: hajilebai

“Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  pohon ajaib dan buahnya ini :
i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mothers milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »