Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 1 April 2010

Permohonan tangguh hak jaga anak muallaf ditolak

Posted by epondok di April 1, 2010

Bekas suami M Indira Gandh, Mohd Ridzuan Abdullah hari ini gagal mendapat perintah penangguhan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memberikan hak penjagaan anaknya yang berusia 22 bulan kepada wanita itu.

Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai K Pathmanathan memfailkan permohonan itu pada 11 Mac lalu selepas hakim mahkamah tinggi, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memutuskan hak penjagaan semua anak mereka kepada Indira Gandhi (kiri).

Anak sulung pasangan itu, Ummu Salamah, 13 dan anak kedua mereka, Abu Bakar, 12, kini tinggal bersama Indira di Ipoh.

Manakala anak bongsu mereka pula Ummu Habibah, tinggal, bersama Mohd Ridzuan di Kota Bharu, Kelantan.

Mahkamah Tinggi Ipoh 11 Mac lalu menyerahkan hak penjagaan tiga orang anak kepada guru tadika itu.

Indira Gandhi sebelum ini mendakwa bekas suaminya mengislamkan anak mereka pada April 2009 apabila dia memeluk Islam.

Dia kemudiannya mendapatkan perintah daripada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan hak penjagaan untuk ketiga-tiga anak itu.

Anak sulung pasangan itu, Ummu Salamah, 13 dan anak kedua mereka, Abu Bakar, 12, kini tinggal bersama Indira di Ipoh.

Anak ketiga mereka pula Ummu Habibah, 2 tinggal, bersama Mohd Ridzuan di Kota Bharu, Kelantan.

Pada 22 Januari lalu, Wan Afrah menangguhkan keputusannya selepas meluangkan masa bersama kanak-kanak itu kira-kira 10 minit dalam kamarnya.

Wan Afrah dilaporkan berkata beliau hanya mahu bercakap sendiri dengan semua anak berkenaan untuk memastikan beliau membuat keputusan yang tepat.

Bagaimanapun Mohd Riduan tidak membawa anak bongsu mereka ke mahkamah seperti yang diarahkan.

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

USM cipta kaedah kesan daging babi

Posted by epondok di April 1, 2010

Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kaedah untuk membezakan antara daging ayam dan daging babi dengan menggunakan sejenis campuran gula dinamakan “ribose”.

 

 

 

 Menerusi kaedah itu, daging kedua-dua haiwan berkenaan akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.

Ketua Penyelidik USM, Prof Azhar Mat Easa, berkata proses ujian itu amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatannya.

“Seseorang hanya perlu secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan dan campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya,” katanya pada sidang media di USM hari ini, yang turut dihadiri penyelidik bersama, Tan Thuan Chew dan Dr Abbas F M Alkarkhi.

Azhar, yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, berkata dengan menggunakan alat dikenali “spectrophotometer”, julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi.

Katanya, hasil ujian berkenaan akan mendapati warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit berbanding daging babi.

 

 

 

 “Menerusi ujian berkenaan orang ramai khususnya pengguna Islam kini tidak perlu rasa was-was ingin menikmati daging ayam kerana keputusan akan diketahui dalam tempoh kurang dua jam untuk membezakannya dengan daging babi,” katanya.

Azhar berkata, kaedah baru itu telah difailkan untuk paten dan ia juga boleh dimanfaatkan bagi mengatasi keraguan terhadap tahap halal daging terutamanya kepada Industri Kecil dan Sederhana.

Katanya, kaedah itu juga berguna untuk membezakan antara serbuk gelatin babi dan lembu serta boleh digunakan dalam industri makanan yang menggunakan daging serta industri daging beku.

Kos mesin spectrophotometer ialah sekitar RM25,000 manakala ribose berharga RM15 untuk setiap botol yang mengandungi sebanyak empat gram.

– Bernama

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »