Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Sekolah pondok moden Negeri Sembilan

Posted by epondok di Februari 26, 2010


Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


 

SEWAKTU di sekolah rendah, Mohd. Zulfiqar Abas sama seperti pelajar seusianya sering cuai dalam menunaikan kewajipan solat lima waktu yang difardukan ke atas umat Islam.

Meskipun telah diberitahu dan dididik oleh ibu bapa mengenai kepentingan mengerjakan solat, perkara itu dianggap seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Namun, semua tabiat buruk itu berjaya diubah sejak Zulfiqar melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah menengah aliran agama di Maahad At-Taufiqi, Rembau pada 2005.

Berlandaskan kaedah pembelajaran secara tradisional yang diwarisi sebagai pusaka salafussoleh yang diterapkan oleh pihak sekolah, selepas lima tahun Zulfiqar berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang di sana.

“Corak pembelajaran di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Guru-guru sering menanamkan sifat mahabbah atau berkasih sayang sesama insan. Malah, mereka juga memberi nasihat secara berhikmah.

“Ini membuatkan saya dan rakan-rakan pelajar sentiasa menanam keazaman untuk menjadi pelajar yang terbaik dalam kalangan terbaik, bukan sahaja dalam soal akademik, tetapi juga akhlak dan sahsiah diri.

“Alhamdulillah, sejak itu banyak perubahan ke arah kebaikan yang mampu saya lakukan. Semuanya berkat keikhlasan guru-guru berkongsi nasihat dalam untaian kata penuh makna,” ujar anak kelahiran Sungai Buloh, Selangor itu yang menuntut di tingkatan lima.

SESI menghafaz di hadapan guru yang disebut sebagai mempelajari ilmu talaqqi.

 


 

Kini, maahad tersebut yang telah ditukar nama kepada Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) pada awal 2008 semakin dikenali dan mempunyai seramai 239 orang pelajar.

Dikelilingi hutan menghijau, persekitaran STIAS yang terletak di kawasan perkampungan Bukit Sembilan, Kota, Negeri Sembilan cukup tenang.

Blok-blok bangunan dengan senibina moden pula tersergam indah bagai menyambut kedatangan pengunjung ke destinasi gedung ilmu yang bakal melahirkan insan berguna untuk generasi akan datang itu.

Dibangunkan sepenuhnya oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS), STIAS merupakan sekolah swasta yang berkonsepkan pengajian pondok moden yang dilengkapi pelbagai infrastruktur.

Ini termasuklah bangunan asrama untuk pelajar lelaki dan wanita, kemudahan bilik darjah, bilik tayangan, bilik komputer serta madrasah yang menjadi lokasi untuk pelajar berkumpul atau mengadakan aktiviti berbentuk kerohanian.

Menurut Pengetua STIAS, Nik Norzilawati Raja Ahmad, terdapat tiga aliran utama yang ditawarkan di sekolah tersebut iaitu Tahfiz, pengajian akademik mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan pengajian agama (al-Mawad al-Diniyyah).

“Secara umum STIAS menjalankan sistem pengajian moden yang bersesuaian dengan arus perdana, tetapi pada masa yang sama kami tidak meminggirkan cara pembelajaran ulama silam yang menuntut ilmu secara terus daripada guru tanpa sebarang perantaraan.

ILMU akademik seperti subjek Sains turut dititikberatkan di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa.

 


 

“Tambahan pula kami yakin bahawa kaedah pembelajaran tersebut mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan dalam membentuk peribadi dan akhlak penuntut ilmu,” jelas beliau.

Perkara itu diakui oleh Zaidatul Hanim Zainal Abidin, 15, pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut. Konsep pengajian di STIAS amat berbeza dengan sekolah-sekolah biasa. Bagi Zaidatul, tiada masa untuk bermain atau bersuka ria, sebaliknya dia dan rakan-rakan sentiasa berusaha untuk mendalami ilmu masing-masing.

Di STIAS, semua pelajar wajib mengikuti rutin harian yang telah ditetapkan dan disusun pihak sekolah. Antara yang utama ialah menunaikan solat lima waktu secara berjemaah tanpa sebarang keuzuran kecuali bagi pelajar perempuan yang datang haid.

Semangat mencintai Rasulullah

“Budaya solat berjemaah yang kami amalkan secara tidak langsung mampu membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kerohanian.

“Malah, semua pelajar sentiasa melakukan amalan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis serta menunaikan solat sunat Dhuha secara berjemaah setiap pagi. Walaupun pada awalnya ada yang menganggap rutin tersebut sukar untuk dilaksanakan, tetapi akhirnya kami semua sudah terbiasa dengan amalan mulia itu,” tutur Zaidatul yang bercita-cita menjadi doktor dan pendakwah suatu hari nanti.

Bagi Muhd. Muaz Malizan, 15, yang baru memulakan sesi persekolahan di STIAS tahun lalu, banyak pengalaman menarik telah dilalui termasuk berjumpa dengan ramai ulama dari seluruh dunia yang hadir dalam pelbagai majlis keagamaan yang dianjurkan pihak YSNS.

Antaranya ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) terkemuka Mekah, Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani (ulama hadis terkenal Mesir) al-Allamah al-Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al-Husaini dan ramai lagi.

“Seronok apabila dapat bertentang mata dan bersalaman dengan ulama terkenal dunia kerana bukan mudah untuk bertemu mereka. Justeru, saya bersyukur kerana ia boleh dianggap sebagai nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya yang terpilih,” ungkap Muaz sambil tersenyum.

Di samping itu, Muaz juga memberitahu bahawa di STIAS, mereka belajar bukan semata-mata untuk mendapatkan sekeping sijil yang menjamin masa depan, tetapi tujuan utama mereka adalah menuntut ilmu yang boleh digunakan untuk berdakwah pada masa akan datang.

“Insya-Allah, dengan sistem pembelajaran sebegini, saya percaya ia mampu membentuk sahsiah pelajar yang bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi juga di akhirat,” lancar ucapan yang keluar dari bibir remaja ini sekali gus menunjukkan keyakinan yang bertapak di hatinya mengenai keistimewaan STIAS.

Mendampingi guru

Dalam pada itu, Guru Penolong Kanan I (Bahagian Akademik), Mujahid Abdul Wahab berkata, para pelajar di STIAS dibekalkan dengan bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi yang secukupnya serta disemai dalam diri mereka perasaan mahabbah iaitu kasih sayang.

“Ini merupakan cara pendidikan warisan salafussoleh sebagai kaedah pentarbiahan yang berkesan dalam melahirkan generasi unggul.

SETIAP hari pelajar-pelajar akan membaca al-Quran dan menghafalnya.

 


 

“Di sini, semua pelajar diasuh dan diterapkan dalam jiwa mereka perasaan kasih kepada Allah, mencintai Rasulullah S.A.W, para sahabat dan ahli keluarga Baginda serta para ulama. Kecintaan yang disemai menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mencontohi insan yang dikasihi tersebut dan menjadikan mereka contoh teladan sepanjang zaman,” tutur Mujahid.

Untuk menyuntik semangat semangat mencintai Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, STIAS sentiasa berterusan mengadakan majlis sambutan Maulid Nabi dan tidak terbatas pada bulan Rabiulawal sahaja.

“Bacaan qasidah dan sirah Nabi akan diulang dari semasa ke semasa kerana memperingati Rasulullah S.A.W dan aktiviti meraikan rahmat yang datang bersama kelahiran Baginda perlu dilakukan sepanjang tahun.

“Dengan cara ini, semua pelajar tidak akan lupa untuk mengenang dan mencontohi Baginda dalam segenap aspek kehidupan. Apatah lagi, bacaan tersebut disertai dengan makna untuk memberi kefahaman yang lebih kepada mereka.”

Tambahnya, para pelajar juga diasuh agar mendampingi guru kerana ia merupakan rukun utama dalam penghasilan ilmu.

“Di sisi Islam, guru dan para ulama diumpamakan sebagai ‘bapa-bapa’ dalam agama. Justeru, setiap pelajar wajib menghormati mereka agar ilmu yang dituntut diredai Allah,” tegas beliau lagi. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat, pihak pentadbiran STIAS amat meniktikberatkan aspek pengurusan masa untuk setiap pelajar.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mohd. Haneef Zin berkata, berdasarkan jadual harian yang ditetapkan, waktu para pelajar As-Sofa benar-benar terisi dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah.

“Di sini, pelajar akan diasuh untuk menunaikan solat berjemaah, pelbagai solat sunat dan mengamalkan bacaan wirid harian pagi dan petang selepas solat.

KAWASAN persekolahan As-Sofa dikelilingi hutan menghijau sekali gus menimbulkan kedamaian kepada pelajar.

 


 

“Semua amalan itu secara tidak langsung mampu menjadi benteng rohani yang kukuh untuk mereka berhadapan dengan cabaran dunia luar yang begitu besar,” beritahu Mohd. Haneef.

Pihak STIAS juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk pembangunan sekolah terbabit. Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://www.yayasansofa.com atau hubungi talian 019-389 7785, 013-380 7785, 019-6637 785 atau 06-445 0419.

About these ads

47 Respons to “Sekolah pondok moden Negeri Sembilan”

  1. Zainal Abdullah berkata

    Assalamualaikum,

    Anak saya, Muhammad Hafidz berada di Tingkatan 1 di sekolah berhampiran. Pencapaian UPSR 1B 4C. Boleh membaca AlQuran dengan baik. Anak bongsu dan manja dengan ibubapa. Saya bercadang untuk menghantar Hafidz ke sekolah ini agar dia dapat mendalami bidang agama dan berjaya dalam akademik. Pernah mengikuti program tahfiz semasa cuti sekolah dan menghafal banyak surah lazim dan surah-surah panjang.

    Adakah beliau boleh diterima jika kemasukkannya pada Jun 2010 nanti?. Perjelaskan dari segi bayaran, persiapan yang diperlukan.

    Salam hormat

    Mej Zainal 013-6222153

    • musafir berkata

      PENGAMBILAN / KEMASUKAN SESI 2010 : AS-SOFA ISLAMIC HIGH SCHOOL – NOW OPEN FOR REGISTRATION !!

      ASSALAMULAIKUM WR. WB. TUAN / PUAN :

      Maahad ini, sebagai manifestasi Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk melebarkan usaha dakwah serta memperlengkapkan golongan muda dengan ilmu, bukan sahaja akademik tetapi juga agama, telah bersedia untuk menerima kehadiran pelajar-pelajar tahun keduanya, bagi sesi persekolahan 2010.

      Ahli Lembaga Pengelola Maahad ini bersetuju supaya peringkat kedua ini akan lebih menumpukan kepada kualiti kemasukan pelajar lelaki dan perempuan ke sini. Pelajar-pelajar baru akan disaring dan diterima kemasukan mereka setelah melalui tahap temuduga yang akan diadakan.

      Menurut Pengetua sekolah ini, ketika ini struktur pengajian untuk akademik sedang dikemaskini dan pihak Maahad bersetuju untuk menerima kemasukan pelajar tingkatan satu, empat bagi sesi 2010 ini, akan dipastikan mampu menghafaz al-Quran serta diajar nahu, tauhid, hadis, feqah dan sirah. “Mereka juga akan melalui subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Sejarah dan Geografi,” ujarnya.

      ” Terdapat penambahan ilmu untuk pelajar ini yang mana mereka akan diberi bimbingan dalam manhaj dakwah supaya apabila keluar nanti, mereka mampu untuk menyampaikan dakwah seperti yang diajar dan mengikut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” jelasnya.

      Pelajar baru ini akan ditempatkan di asrama yang disediakan serta dikenakan yuran permulaan untuk sekali bayaran sebanyak RM300 dan Wang Hemat diri sebanyak RM 300. Bayaran bulanan sebanyak RM 400 akan dikenakan termasuk makanan dan kemudahan asrama.

      “Namun begitu, kita prihatin terhadap kepentingan ilmu dan mereka yang daif. Lembaga telah bersetuju pelajar anak yatim dan tidak berkemampuan akan dikecualikan daripada yuran itu,” katanya.

      Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh menghubungi :

      Encik Saifulamrullah (013-641 7777)

      atau Mohd. Hanif (019-663 7785),

      Nurul Huda (019-384 9676) dan

      Maahad As Sofa ( Fax 06-445 0363) @ Umi Natrah 06-445 0419.

      • Nuraslinda bahamad berkata

        Nuraslinda Bahamad
        Assalamualaikum wrb……

        Saya ingin bertanya,adakah masih ada peluang untuk anak saya mendaftar?untuk pengetahuan pihak tuan/puan anak saya sekarang bersekolah di tgkatan 1,pencapaian upsr 1A 3B 1C…Saya memang berminat untuk mendaftarkan anak saya ke sekolah agama…

  2. Abd Kadir Md Din berkata

    Asslamualaikum wrb

    Saya ingin membuat pertanyaan mengenai kemasukan ke tahun 2 pada tahun 2011 untuk anak saya yang kini menuntut di tahun 1, Sek Men Agama Tinggi Ar Rahman, Balakong, Cheras. Untuk pengetahun anak saya dulu belajar diSek Ren Kebangsaan dan asas agama adalah apa yang dipelajari diSek Ren, Olih itu saya masukkan anak sementara disekolah agama tersebut dengan rancangan selepas mendapat asas saya ingin memasukkan dia disekolah yang lebih sempurna. Olih itu saya mengharapkan panduan sekira anak saya bolih mendafter untuk Tahun 2 pada 2011.

    Salam

  3. Rin Alias berkata

    Assalamualaikum wrb,

    Saya ingin bertanya, adakah pelajar seawal umur 10 tahun di terima kemasukan

  4. assmulaikum wrb..

    saya ingin menbuat pertanyaan..

    saya ni amat cetek soal agama dan apatah lagi solat lima waktu atau mengaji..
    jauh saya tinggalkan..saya brusia 23 thun sya tak sanggup hidup saya berterusan bergini
    adakah sekolah agama terima usia serperti saya..

    insan lemah..

  5. wana berkata

    Assalamualaikum

    Apakah syarat2 kemasukan di sekolah ini? berapakah had umur kemasukannya?

  6. Ahmad Mustafa berkata

    Tuan/Puan,

    Salam. Saya berminat untuk mendaftar anak saya bagi kemasukan ke Tingkat 1 di Yayasan Sofa, Negeri Sembilan. Keputusan UPSR beliau ialah 2A 3B (tahun 2010).
    Soalan saya:
    i)Adakah beliau layak memohon.
    ii)Apa syarat-syarat permohonan dan bagaimana dengan yuran pengajian.

    Terima kasih

    Ahmad Mustafa
    Tel; 03-27308513

  7. sabri bin mansor berkata

    Saya ingin menghantar anak saya di sekolah tahfiz AlSofa ini, kerana beliau sangat meminat dalam pengajian agama islam untuk tingkatan 1 pada 2011, tetapi beliau hanya mendapat keputusan UPSR 2B 3C dan boleh membaca AlQuran dengan baik, dan menulis jawi, adakah anak saya boleh memohon sekolah ini, mohan jawapan dari pihak sekolah,

    Sekian Terima Kasih
    Sabri Mansor (019-3542131)
    21 November 2010

  8. hasnizana berkata

    Salam, anak saya 2a 2c 1d dan jaid jiddan psra dan upkk 7a tapi tak dapat masuk ke sekolah agama yang sudah terkenal sedangkan beliau lancar al-quran,tahu jawi,pernah bertanding tilawah,kenapa memilih pelajar yang cemerlang sahaja,adakah mereka 100 peratus ada ilmu agama sekolah rendah? adakah ini konsep untuk mentarbiahkan islam pada budak melayu?

  9. muhd izhar berkata

    salam,saya izhar ingin masuk ke sekolah agama ini tetapi upsr saya tidak berapa bagud saya ingin sangat masuk ke sekolah pondok ini saya tidak mengpunyai bapa,keluarga saya 4 orang.Abang saya oku kakak nombor 3 juga oku saya anak yang ke 4.Kakak yang nombor 2sudah bekerja dan emak saya kerja tukang cuci di sekolah.kami orang susah saya berharap tuan terima saya masuk ke sekolah ini cukup sampai disini sahaja ucapan saya.

    Sekian Terima Kasih
    Muhd Izhar (06-4812739) atau (0173496313)
    30 Disember 2010

  10. hafiyuza berkata

    assalamualaikum

    saya ingin bertanye,saya mempunyai adik yg berumur 25 thn,dia mempunyai masalah dengan diri dia sendiri,kami sekeluarga ingin menghantar dia ke kelas agama supaya dapat mengembalikan keyakinan dalam diri dan gangguan yg di alami,
    jika ada kelas atau tempat lain yang boleh menerima dia,tolong email kat saya.

    terima kasih,
    no phone= 0164159938/03-92816623

  11. abdool eziz berkata

    Salam…anak saya dapat 8A 1B dalam PMR 2010 yang lalu. B adalah subject bahasa arab. Dari sekolah kebangsaan aliran KAA. Masa UPSR dapat 5A dan PSRA 6A Mumtaz (Selangor).

    Dah hafaz 5 juzuk katanya. sangat berminat aliran akademik berasakan agama. Dah pohon SBPI tapi tak dapat. Keluarga tak ada cable kuat kerana persaingan sihat tidak berlaku gitu.

    Nak tanya kalu masuk sekolah swasta ne kira kurang mampu..ada cara boleh tolong ke? Nak jadikan dia penyumbang kepada negara dan dunia. Tapi dia ne perempuan….ada komen tuan/puan?…

  12. askum saya seorang ibu tunggal saya mempunyai seorang yang mempunyai masalah kurang kefahaman dari segi akhlak.anak saya memerlukan satu suasana sekolah yang boleh menerapkan ciri ciri keagamaan dan akademik.anak saya telah dibuang sekolah kerana kerap tidak hadir ke sekolah dan baru baru ini anak saya mula bergaul dengan kawan lelaki sehingga saya khuatir akan merosakkan masa depan anak saya.adakah anak saya layak intik memasuki dan mendapat pendidikan di sekolah as sofa ini?sekiranya anak saya layak saya berharap pihak tuan dapat menghubungi saya di talian 0102981217.Pn Nor

  13. fadzlina jamaludin berkata

    Salam,
    Bolehkah anak perempuan saya berumur 17tahun memasuki sekolah ini utk tahun 2011? UPSR nya 2A&3B dan PMR 3A&5B. Dia pernah belajar di sekolah Sek.Ren.Agama dari darjah 1 – 6.
    Jiwa dan rohani anak saya kosong dan dia agak liat dlm mengerjakan solat. Oleh itu dapatlah pertimbangkan permohonan saya ini agar dpt mengubah sikap anak saya ini.

  14. Hanisah Zakaria berkata

    assalamualaikum..saya berada d tingkatan 3(mengambil aliran sains) dan ingin mempelajari ilmu agama. Kini berada di sekolah sains.apakah saya diterima jika memohon.

  15. Asalamualaikm…saya berada di tingkatan 5 (17 tahun) dan pernah bersekolah di tadika islam perak dan bersekolah di sekolah rendah agama rakyat (MADRASAH AS-SAADAH AL-ABADIAH) masih tidak pandai baca al-quran ada tak mana-mana sekolah agama yang boleh menerima saya..

  16. ABDUL WAHAB BIN MAADAH berkata

    Asslamulaikum. Saya nak penjelasan sekiranya ada syarat khusus untuk mengikuti program Tahfiz di sekolah tuan untuk anak saya yang telah menduduki PMR dan mengambil Bahasa Arab dalam Kelas Aliran Agama. Saya bercadang untuk menyekolahkannya di sekolah tuan pada tahun 2012 ini jika memenuhi syarat.

  17. NASHARUDDIN BIN ABD. KARIM berkata

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya, bolehkah anak saya (sekarang berumur 13 tahun dan akan berumur 14 tahun pada tahun 2012) memasuki sekolah ini memandangkan dia hanya mendapat keputusan lebih kurang 2B 3C dalam UPSR pada tahun 2010. Sekolah rendah di Maahad Tahfiz Darul Furqan, Sentul, KL. Manakala tahun ini bersekolah di Akademik Tahfiz Al-Hidayah, Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, kami tinggal di Serdang, Selangor.

    Sekiranya boleh, bilakah boleh membuat pendaftaran dan berapa bayaran permulaan yang dikenakan.

    Saya amat berharap permohonan saya mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari tuan/puan.

    Terima kasih. Wassalam.

  18. amin azhar berkata

    assalamualaikum…..saya ingin bertanya……saya seorang pelajar tingkatan 3 di MRSM Gerik.Soalan saya ialah adakh saya masih boleh diterima masuk sekiranya saya bercadang hendak masuk ke sekolah ini selepas tngkatan 3 iaitu tingkatan4…..saya amat berminat untuk menambah ilmu agama dalam diri saya

    Saya amat berharap agar jawapn dpt dijawab dgn cepat.
    Assalamualaikum

  19. Noorziehaslindawati binti Hairudin berkata

    Bismillahirrahmaanirrahim,
    Assalamua’laikum w.b.t,

    Saya ingin mengajukan soalan, saya mempunyai seorang adik yang kini berusia 14 tahun yang berminat untuk memasuki sekolah pondok agama tuan. Telah menduduki UPSR pada tahun 2010 ( 1A,3B dan 1C). Ketika sekolah rendah beliau hanya sekolah kebangsaan. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permintaan adik saya.

    Tuan boleh menghubungi saya melalui nombor h/p: 013-3898207 atau 013-3126787
    saya : Noorziehaslindawati binti Hairudin

  20. rozaini binti jamaludin berkata

    salam saya nak tanya… anak saya lepasan pmr dan keputusan dia tk bgus adakah anak saya layak masuk ke sokolah pondok? saya berharap sgt ank saya dpt msuk ke sekolah pondok ini… tolong balas ye… terima kasih…

  21. yayuk fitriani berkata

    Assalamualaikum wr.wb
    Nama saya yayuk,saya dari indonesia umur 23 tahun,saya sangat teringin sekolah islam.tapi saya tidak punya uang,apakah ada keringanan untuk pelajar yang tidak mampu.
    Sekiranya ada tolong bagi maklumat ke saya terimakasih.

  22. Mohammad Hazzee Bin Amir Shah berkata

    Assalamualaikum, saya Mohammad Hazzee bin Amir Shah pelajar tingkatan 3. Saya sangat berminat untuk memasuki sekolah pondok ini. Adakah sekolah pondok untuk pelajar yang berminat atau harus mendapat 8a dalam peperiksaan ?

  23. siti noor zulaiha berkata

    ASSALAMUALAIKUM…
    saya ingin mengetahui siapa akitek yang mereka bangunan as sofa ini

  24. khairul badariah binti mohd noor berkata

    asalamualaikum….saya mempunhyai 2 orang anak lelaki yang berumur 10 tahun dan 8 tahun…adakah boleh buat permohonan kemasukkan ke sekolah ini…

  25. fatin haziqah berkata

    assalamualaikum. ana ingn brtanya.. adakah ana lyak utk msk ke asrama ini? ana mndpt 2A 2B 1C..

  26. wassalam A.K.A assalammualaikum berkata

    anak saya mendapat 1A 3C1D .Boleh ke saya mendaftar masuk anak saye ke Sekolah pondok moden Negeri Sembilan..

  27. ummi sumaiya berkata

    Assalamualaikum, erm saya berminat untuk mendaftarkan diri ke madrasah ini. berumur 14 tahun. sekarang bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di malaysia. bolehkah diterima jika saya mendaftarkan diri pada bulan oktober nanti? dan apakah syarat-syarat kemasukannya?

  28. Maimoon berkata

    Assalamualaikum .
    Pada mereka yg bertanya,sekolah ini sekarang sudah ada laman webnya.iaitu di yayasan sofa.com.anak saya masuk sekolah yayasan ini di darul quran wal hadith.apa2 tuan2 boleh contact no di laman web tersebut.
    tkasih

  29. sitizaharah berkata

    Assalam
    Saya ade anak lelaki berusia 14 thn dn berskolah di asrama yamtuan raden lukut port dickson. .byk hadapi mslh akhlak..bolehkh sy medaftarkn ank sy ke sekolah tuan..saya perlukn pendaftaran segera dan apakah requirement..
    Sekian terima kasih.

  30. aida zulaikha berkata

    assalamualaikom…….saya bercadang selepas pmr……..saya ingin memasuki sekolah ini….jika diizinkan tuhan,saya berharap saya dapat memasuki sekolah ini….saya ingin memantap kan fizikal dan rohani saya jika saya diterima di sekolah ini…adakah saya akan dapat diterima di sekolah ini nanti?

  31. zarinah @ nonie binti mahmood berkata

    assalamualaikum..
    saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 13tahun (tingakatan 1) anak saya ini seorang yang jitu dan bersemangat tinggi. Beliau sering terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertanding pidato dan bercerita kisah dari al-quran. Beliau pernah terpilih menjadi pelajar terbaik sewaktu belajar di sekolah agama rakyat, Ampang. Namun, kini setelah masuk ke sekolah menengah dan bercampur dgan berbagai peringkat umur pelajar yg lebih tinggi saya dapati beliau mulai leka didalam melakukan amalan ibadat, Bagi mengelakkan beliau terus leka maka saya membuat keputusan untuk menempatkan beliau di sekolah ini yg mana saya yakin sekolah ini dapat membantu anak saya didalam menigkatkan lagi amalan beliau. Saya amat berharap agar permohonan saya ini mendapat perhatian pihak tuan sewajarnya.

    Terima Kasih
    Nonie Mahmood
    0193503853
    Bangi, Selangor

  32. Kashaiffa Ain berkata

    Assallammualaikum…
    Saya berhasrat utk menempatkan anak lelaki saya yg kini berusia 12thn ke As Sofa High School. Seawalnya saya tercari-cari jg dimanakah tempat yg sesuai utk anak saya yg serba serbi kekurangan dari segi ilmu agama mahupun akademik. Pencapaian UPSR nya jg tidaklh sebaik mana…namun anak saya memiliki naluri yg murni utk menrealisasikan impian dan harapan arwah ayahnya…utk memiliki anak lelaki yg berjaya sbg seorang Huffaz.
    Memandangkan arwah suami berasal dari N. Sembilan…dan keluarga mertua berada dlm daerah yg membolehkan mereka utk datang menziarah…maka saya amat berbesar hati dan menaruh harapan yg tinggi agar anak saya dapat menyertai pelajar-pelajar lain yg menuntut ilmu di As Sofa.
    Mungkin anak saya bukanlh insan yg berjaya dan cukup sempurna di bidang akademik…namun dgn izin Allah SWT…jg berkat bimbingan dan didikan dari guru-guru dan tenaga pengajar yg arif…Inn shaa Allah…semuga doa dan harapan saya sbg seorang ibu…jg bg memenuhi amanat arwah suami…anak saya mampu melangkah setapak lg dari “kekurangan” ke “kesempurnaan”. Inn Shaa Allah dan Alhamdulillah….

    Puan Iffain
    Batang Kali…
    Selangor Darul Ehsan.

  33. Mizatul Adawiyah Binti Jamaluddin berkata

    Assalamualaikum.Saya ingin bertanya adakah sekolah ini menerima pelajar yang berumur 16 tahun lebih belajar di dalam tingkatan empat.Ini adalah kerana anak saya hanya belajar di sekolah tahfiz sehingga berumur 16 tahun.Saya bercadang agar dia mengambil peperiksaan SPM bagi memantapkan diri.Sekarang anak saya belajar di sekolah Hafiz Klang dalam tingkatan empat dan akan memasuki tingkatan yang sama pada 2013.Saya rasa anak saya tidak sesuai belajar di Hafiz ini kerana pelajar di situ adalah terdiri dari anak orang kaya.Saya mahu anak saya di ajar hidup bersederhana dalam serba -serbi.Adakah anak saya layak untuk belajar di AS Sofa ini.Tolong hubungi saya dengan segera kerana sekolah anak saya akan di buka pada Disember ini.

  34. Raja Zairi Bin Raja Zailani berkata

    assalamualaikum,saya berumur 18 tahun dan saya lepasan SPM…tetapi result SPM saya tidak begitu baik.selain itu,saya amat meminati bidang pengajian islam…saya ingin belajar lebih mendalam tentang agama islam..adakah saya layak untuk memasuki AS SOFA? saya harap,dapat memasuki AS SOFA…harap tuan/puan dapat membalasnya secepat mungkin….

  35. muhd idlan bin jamaludin berkata

    saye suke dengan sekolah pondok

  36. yusri berkata

    askum pn anak saya result upsr dapat 3a 1b 1c…bagaimana untuk membuat pendaftaran?thn depan 2013 dia pelajar perempuan tingkatan 2.sila hubungi saya segera…0123409049…yusri

  37. assalamualaikum,.saya ingin dan berminat menghantar anak saya ke sekolah Tuan…keputusan UPSR TAHUN LEPAS 1A 1B 3C.(2012 )..dan sekarang anak saya sedang bersekolah di sekolah Agama ISLAM AD-DINIAH ,SUNGAI BAKAP..TINGKATAN 1…boleh ke anak saya masuk ke sekolah Tuan ( tukar sekolah ) saya berharap pihak Tuan dapat memberi jawapan seberapa segera…

    TOLONG HUBUNGI SAYA
    MOHD NAZRI WAN CHIK
    012 383 5266

  38. taufik ishak berkata

    salam

    saya ada anak darjah 1 di sekolah kebangsaan dan berminat untuk hantar anak tahun depan. apakah syarat kelayakan yang diperlukan? bilakah tarikh pendaftaran?bagaimana perlu mendaftar?

  39. Reeza bte Saat berkata

    Saya ada anak yang akan menduduki tingkatan satu 2014, saya mahu dia belajar di sekolah aliran agama, dan saya berminat untuk menghantar dia belajar disini kerana , dekat sedikit dengan daerah Segamat, tetapi dia bukanlah pelajar yang pintar, adakah dia layak untuk belajar disini, apakah kelayakan untuk memasuki sekolah ini, dan berapakah yuran yang dikenakan setiap bulan…….terimakasih.

  40. Mohd berkata

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah sekolah ini hanya mengutamakan mereka yg berkebolehan sahaja? Bagaimana pada anak2 yg kurang pandai?

  41. fatin berkata

    Assalamualaikum , saya taun depan masuk form3 (2014) , saya berminat nak masuk sekolah agama , tapi saya tak berapa lancar dalam membaca Al-Quran dan tak mahir dalam menulis jawi dengan betul but dulu saya masuk sekolah rendah agama dan skrg saya masuk kls KAA , berapa bayaran sebulan? dan .. adakah sekolah ini dapat menerima saya ?

  42. Rosli Jalaluddin berkata

    Assalamualaikum…
    Anak sy dapat keputusan upsr 2B 3C shaja..
    Boleh kah dy dapat memasuki sekolah ini…???

    Tlg hubungi
    Mohd rosli b jalaludin
    018 3851037

  43. hazli bin haruji berkata

    assalamualaikum anak saya baru lepas ambil pmr,dan keputusannye agak lemah,4d 4e bukan tidak pandai, cume slow sedikit. layakkah anak saya masuk di sekolah ini.bagaimana kah cara untuk saya hendak daftarkan anak saya untuk kemasukan??Saya berharap sangat agar anak sulung saya dapat masuk di sekolah ini.agar dia dapat jadi insan yg berguna di masa akan datang.terima kasih.. tolong hubungi saya hazli bin haruji tel:0122723759

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 11,251 other followers

%d bloggers like this: