Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 11 Februari 2010

Raja Melayu mahu isu Allah diselesaikan segera

Posted by epondok di Februari 11, 2010

Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-220 yang berlangsung semalam dan hari ini, mengambil maklum pelbagai permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam di negara ini yang menzahirkan rasa dukacita mereka tentang penterjemahan perkataan ‘God’ kepada Allah.

 

 

 

 Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Kuala Lumpur hari ini, penterjemahan itu telah banyak menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

“Isu ini jika tidak ditangani dengan segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan Perlembagaan Persekutuan juga memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri, di negara ini.

“Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum-kaum lain.

 

 

 

 “Raja-raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam,” kata kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu juga berpandangan sebarang perbuatan yang merosakkan rumah
ibadat adalah perbuatan provokatif yang amat membahayakan dan tidak harus dibenarkan sama sekali berlaku.

“Perbuatan-perbuatan khianat yang didorong oleh emosi wajib dihentikan kerana tidak direstui malah ditegah daripada dilakukan oleh semua agama.

“Perbuatan tersebut adalah perbuatan jenayah yang perlu dibendung secara tegas dan segera,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, Raja-Raja Melayu turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia yang telah bertindak secara profesional bagi mengawal keadaan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

 

 

 

 “Raja-Raja Melayu amat memahami tugas berat yang terpaksa mereka hadapi dan menyeru agar usaha-usaha pasukan keselamatan mengawal ketenteraman awam hendaklah diberikan sokongan sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu juga mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan, menurut kenyataan itu lagi.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak Tuanku Azlan Shah turut membincangkan perkara-perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

– Bernama

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Isu ‘ALLAH’ agenda CIA?

Posted by epondok di Februari 11, 2010

‘Apakah Allah digunakan secara benar?’

Pandangan Dr Mohd Asri bahawa penggunaan kalimah Allah di kalangan masyarakat Katholik di Malaysia sebenarnya hanya merujuk kepada “tuhan yang Maha Berkuasa”  tidak dikongsi bersama dua lagi NGO Melayu – baik yang dekat dengan pemerintah atau yang cenderung kepada pembangkang.

“Semua kumpulan Islam bersatu menegaskan Allah itu Tuhan yang Esa. Semua bertegas tiada makna Allah yang lain boleh diterima.

“Semua bersetuju bahawa ini, isu yang menyentuh soal akidah yang tidak boleh dikompromi sama sekali,” kata Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Azmi Abdul Hamid.

Manakala Persatuan Pengguna Islam (PPIM) yang terlibat berdemonstrasi dan menganjurkan kempen kutipan tandatangan bantahan terhadap keputusan mahkamah pada hujung tahun lalu pula berkata:

 

 

 

 “Bagi saya, penggunaannya sesiapa pun dibenarkan menurut apakah ia digunakan secara yang sebenar, sama ada secara lisan atau tulisan,” kata setiausaha agungnya Datuk Ma’amor Osman

Malaysiakini menebual ketiga-tiga tokoh yang berbeza pandangan dan aliran -d alam sesi yang berbeza – bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berhubung pro dan kontra penggunaan kalimah Allah dalam masyarakat bukan Islam.

Mengulas sama ada ketegangan masyarakat Islam-Kristian di Malaysia mempunyai kaitan dengan pengembagan hubungan tersebut di seluruh dunia, Ma’amor cuba melihatnya dengan hubungan yang lebih besar – peranan agensi risikan Amerika Syarikat, CIA.

‘Ini semua kerja CIA’

“Saya khuatir ini tanpa sedar, peluang untuk CIA menghancurkan negara kita. Mereka tidak akan senang untuk melihat (negara Islam seperti) Malaysia kuat, Indonesia kuat…Sebab bagi dia, negara yang kuat menjadi pesaing kepada mereka.

“Dia lebih suka orang lemah. Sebab itu kita lihat bagaimana selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, puak ini (CIA) kata akan berlaku huru-hara dan akan hancurlah Malaysia,” katanya penuh curiga.

 

 

 

 Sementara Azmi mengulas dengan jelas, berkata:

“Islam sudah lama dicemburui oleh mubaligh Kristian. Sejarah panjang era penjajahan Eropah-Kristian untuk membawa ‘gospel, glory dan gold’ (agama, keagungan dan harta) ke rantau negara-negara umat Islam tidak dapat dinafikan.

Asri pula sekali lagi berbeza pandangan dan dilihat lebih terbuka dengan menafikan wujudnya ketegangan kerana penganut Kristian hanyalah golongan minoriti di Malaysia.

“Saya tidak tahu, ramai orang Islam sangka Kristian musuh utamanya. Tetapi pada hakikatnya, dalam al-Quran dan Sunnah, Kristian dan Yahudi lebih dekat degan Islam daripada agama lain.”

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mempunyai pandangan yang sama berhubung keperluan diperbanyakkan dialog antara agama dan menolak penggunaan akta kontroversi ISA dalam menangani isu tersebut.

Dr Mohd Asri dan Azmi telah diketahuai umum tidak menyenangi akta tersebut, termasuk mengeluarkan kenyataan terbuka mengenainya.

Bagaimanapun, Ma’mor yang konsisten menyokong keabsahan akta tersebut kali ini menolaknya kerana “ISA tidak harus digunakan secara sewenang-wenang” tanpa berasaskan bukti.

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Kucing mata satu

Posted by epondok di Februari 11, 2010

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

PELIK...anak kucing tanpa hidung dan bermata satu.
PELIK…anak kucing tanpa hidung dan bermata satu.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.
Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.
Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.
“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »