Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 19 November 2009

Misteri batu bergerak di gurun Amerika Syarikat

Posted by epondok di November 19, 2009

GAMBAR menunjukkan sebongkah batu yang meninggalkan jejak laluannya di Taman Negara Death Valley, Amerika Syarikat.

LOS ANGELES – Beberapa batu besar ditemui saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) telah bergerak di padang pasir Taman Negara Death Valley, lapor sebuah akhbar semalam.

Batu-batu itu yang ada mencecah sehingga 108 kilogram mencetuskan kebingungan di kalangan penyelidik kerana ia bergerak walaupun suhu panas setinggi 50 darjah Celsius.

Mereka mendapati, batu-batu di gurun yang terkenal di California itu dipercayai mampu ‘mengembara’ sejauh 320 meter setahun dan meninggalkan jejak laluan.

Saintis-saintis negara itu percaya, fenomena aneh tersebut disebabkan oleh keadaan cuaca spesifik yang datang bersama dengan tiupan angin kencang selaju 145 kilometer sejam.

Ia dipercayai berlaku akibat pembentukan ais pada waktu malam dan lapisan nipis tanah liat basah di permukaan gurun itu yang membantu menolak batu berat tersebut ke satu arah tertentu.

Jurugambar Mike Byrne, 40, mengambil masa bertahun-tahun untuk merakamkan foto-foto misteri pergerakan batu berat itu yang disifatkan sebagai kejadian amat pelik.

Dia berkata: “Beberapa batu itu mempunyai berat seperti seorang manusia.

“Adalah sesuatu yang amat ganjil untuk berimaginasi bahawa ia bergolek di gurun seperti ini.

“Batu itu bergolek di atas tanah dan saya tidak percaya terdapat seseorang yang melakukannya.” – Agensi

Advertisements

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Chef Muslim mesti dalami hukum halal, haram

Posted by epondok di November 19, 2009

Oleh Mohd Amri Abdullah

BERWASPADA menjamu selera di restoran ala Barat kerana dikhuatiri menggunakan alkohol dalam masakan. – Gambar hiasan

Ramai tukang masak restoran Barat salah faham mengenai campuran alkohol, wain dalam makanan

MAJORITI restoran atau hotel yang menyediakan makanan Cina menggunakan wain beras dalam kebanyakan masakan mereka. Begitu juga segelintir restoran yang menyediakan makanan Barat, ala Perancis atau Jepun menggunakan alkohol termasuk cuka wain (wine vinegar) bagi menepati cita rasa masakan berkenaan. Terdapat juga penggunaan alkohol secara tidak langsung seperti perasa dan pewarna (pembuatannya menggunakan alkohol sebagai bahan pelarut) yang digunakan secara meluas di dalam pembuatan kek, roti, biskut, coklat dan ais krim.

Alkohol (etanol) akan meruwap apabila mencapai suhu takat didih 78 darjah Celsius. Walaupun ketika proses memasak akan menyebabkan alkohol meruwap daripada makanan, tetapi ia tetap meninggalkan sedikit rasa pada makanan. Contohnya, wain akan ditambah ke dalam sos di akhir proses masakan dan dibiarkan 20 hingga 30 saat sebelum api dipadam. Semua pakar masakan di dunia menyatakan alkohol yang ditambah akan hilang daripada makanan tetapi fakta ini didapati salah dan tidak benar.

Mereka membuat anggapan sebegitu kerana tiada lagi pembentukan api yang membara dalam makanan, yang menunjukkan semua alkohol terbakar dan hilang daripada makanan, namun sebenarnya ia meninggalkan kesan kepada makanan. Ini dibuktikan kajian Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengalaman Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terbabit secara langsung dalam pengurusan pensijilan halal membuktikan ada pengusaha restoran, hotel mahu pun produk menggunakan bahan berasaskan alkohol. Seorang chef Muslim terkenal mengakui menggunakan wain beras dalam masakannya sebagai bahan penyedap. Beliau menggunakan alasan hanya mencampurkan sedikit dan tidak menyebabkan mabuk dan akan hilang apabila dipanaskan. Seperti dijelaskan, arak walaupun sedikit dan tidak memabukkan tetap haram. Sabda Rasulullah SAW: “Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya pun haram”. � (Hadis Abu Daud dan An-Nasai’i)

Dalam hal ini, kita tidak harus menyalahkan chef berkenaan keseluruhannya mungkin kerana kekurangan ilmu berhubung hukum alkohol dan arak. Ilmu masakan ini kebiasaannya adalah dari barat yang tidak melihat syarak sebagai asas. Oleh itu, tanggungjawab chef Muslim adalah penting dalam penentuan halal haram dalam masakan.

Mazhab Syafie berpendapat najis boleh suci dengan istihalah dalam tiga keadaan:

  • Arak yang bertukar dengan sendirinya menjadi cuka
  • Kulit binatang yang disamak
  • Bangkai binatang yang dicernakan melalui pereputan dan bertukar menjadi ulat dalam kitaran baru kehidupan
  • Istihalah ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada benda lain meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda berkenaan atau perubahan yang berlaku ke atas sesuatu benda daripada sifat asalnya kepada sesuatu bentuk lain dan menjadi benda yang lain. Dengan kata lain, proses tindak balas kimia yang merubah unsur daripada satu benda kepada benda lain. Contohnya: arak bertukar menjadi cuka, darah kijang bertukar menjadi kasturi, bangkai berubah menjadi garam, tahi binatang menjadi abu dengan sebab pembakaran dan proses saintifik transgenik dalam tumbuhan. Najis babi yang sudah reput dan berubah menjadi tanah maka ia tidak lagi dihukum najis mughallazah. Sayyid Muhammad Rizvi dalam artikelnya bertajuk The Ritual and Spiritual Purity menyatakan kajian sains mengakui kebenaran pendapat ulama fiqh bahawa pembersihan secara semula jadi boleh juga berlaku dengan tanah dan cahaya matahari. Najis boleh berubah menjadi suci apabila disucikan dengan tanah dalam proses yang dipanggil istihalah.
  • Apabila arak berubah dengan sendirinya menjadi cuka maka ia menjadi suci dan halal memakannya. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan adalah cuka” (Hadis Muslim)

    Namun Al-Syafie dan jumhur ulama berpendapat, arak yang dimasukkan sesuatu seperti bawang atau ragi (yis) untuk mempercepatkan menjadi cuka akan kekal hukum najisnya dan tidak suci. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Anas Malik bahawa Rasulullah SAW ditanya hukum arak yang diproses menjadi cuka, Rasulullah menjawab: “Tidak Harus”.

    Ini bermakna arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya maka arak itu menjadi suci walaupun ia bertukar atau diubah tempat letaknya dari bercahaya kepada teduh atau sebaliknya. Jika arak itu menjadi cuka disebabkan percampuran bahan tambah walaupun tidak memberi kesan atau dibuang bahan tambah itu sebelum menjadi cuka maka ia najis (tidak suci).

    Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada April 2006 memutuskan: “Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan luar. Bagaimanapun, jika perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal”

    Dapat difahami bahawa alkohol yang dihasilkan bukan melalui proses arak atau terbitannya, dan ia adalah penghasilan proses kimia serta tidak memabukkan adalah tidak najis. Bagaimanapun pada pandangan penulis, untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam maka perkataan khamar perlu dikekalkan dan ia merujuk kepada arak.

    Justeru, tanggungjawab halal bukan hanya terletak pada agensi terbabit tetapi fardu kifayah semua pihak terutama penganut Islam. Apa juga yang dimakan akan menggambarkan tingkah laku yang boleh menjejas hubungan dengan Allah, manusia dan alam. Paling penting menjaga generasi Islam. Sehubungan itu, Jakim mempermudahkan pengguna mencari makanan halal lagi baik dalam laman web http://www.halal.gov.my.

  • Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

    Ilmu bersumberkan wahyu bina manusia rabbani

    Posted by epondok di November 19, 2009

    Kemelut dialami umat Islam masa kini pada asasnya berpunca daripada krisis keilmuwan
    DALAM Islam, ilmu merujuk kebenaran atau al-Haqq bukan cuma dugaan atau spekulasi. Dalam tradisi keilmuwan Islam, orang yang berilmu disebut sebagai ahl al-Haqq yang dicatat sebagai satu nama Allah. Ini membawa implikasi bahawa Dialah sebenarnya sumber ilmu atau kebenaran itu.
    Kebenaran hanya satu, tidak berbilang-bilang kerana ia terpancar daripada sumber yang satu, iaitu Allah (al-Haqq) Yang Maha Esa. Apabila memperkatakan sesuatu, orang Islam selalu mengakhirinya dengan ungkapan yang bermaksud, Allah Yang Lebih Mengetahui.
    Ungkapan itu merujuk kepada Allah sebagai satu-satunya sumber ilmu dan kebenaran. Allah yang Maha Tahu apa yang benar lalu mengungkapkan kebenaran itu seperti adanya menerusi wahyu-Nya.
    Muslim pencari kebenaran dianjurkan berdoa: “Ya Tuhan, perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar (seperti adanya) dan berikan kami kekuatan menghayatinya.” “Dan perlihatkanlah kepada kami kepalsuan itu (tampak nyata) sebagai kepalsuan dan berikan kami kemampuan menghindarinya.”
    Manuskrip Melayu tertua (abad 16 Masihi), terjemahan al-‘Aqa’id al-Nasafiyyah memulakan perbincangan dengan menegaskan bahawa hakikat segala sesuatu itu dapat diketahui, namun ini berbeza daripada pendirian kaum Sufastaiyyah yang menafikannya.
    Selepas itu disebutkan pula tiga saluran mendapatkan ilmu:
    # Pertama � pancaindera yang lima.
    # Kedua � khabar sadiq atau berita yang benar. Al-Nasafiy membahagikannya kepada dua jenis, khabar mutawatir, berita daripada orang ramai (yang mustahil mereka sepakat berdusta) dan apa yang dibawa Rasulullah SAW.
    # Ketiga, akal. Al-Nasafiy membahagikannya kepada dua bahagian iaitu ilmu daruriy yang tidak memerlukan dalil seperti hakikat bahawa keseluruhan adalah lebih besar daripada sebahagian dan ilmu iktisabiy iaitu sesuatu yang memerlukan bukti seperti adanya yang dibuktikan dengan adanya asap.
    Dari segi klasifikasi ilmu dibahagikan kepada jenis naqli (yang berasaskan wahyu) dan ‘aqli (yang berasaskan pemikiran), atau berasaskan hukum iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.
    Pelbagai kemelut yang dialami umat Islam masa kini termasuk kemelut kemanusiaan pada asasnya berpunca daripada krisis keilmuwan atau yang disebut Prof Naquib al-Attas sebagai ‘kekeliruan dalam konsep ilmu pengetahuan’.
    Dalam bukunya Islam and Secularism (1978) beliau menyebut bahawa kekeliruan dalam konsep ilmu mengakibatkan timbulnya gejala kehilangan adab, seterusnya membawa kepada penampilan ‘pemimpin palsu’ dalam pelbagai bidang kehidupan sosial dan kerohanian. Kenyataan itu sekali gus menunjukkan betapa eratnya hubungan antara ilmu dengan perwatakan manusia.
    Ilmu memainkan peranan bagi perubahan dalam erti mengubah watak manusia. Dalam kaitan ini, ilmu yang bersumberkan kebenaran wahyu dapat membina watak manusia rabbani seperti diisyaratkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya”. � (Ali-Imran: 79)
    Demikianlah proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang menghasilkan manusia rabbaniyyin iaitu orang yang sempurna ilmu dan takwanya kepada Allah, manusia ilmuwan yang menisbahkan dirinya kepada Tuhan. Semua cabang ilmu tamadun Islam berpangkal daripada wahyu Ilahi.
    Segala terpadu dalam anyaman tauhid yang harmonis dan saling memperkukuh. Ilmu yang bersepadu itulah yang membentuk watak bersepadu dalam erti keselarasan seluruh dimensi, fikiran, perasaan dan perilaku terbentuk dalam acuan ajaran Allah Yang Maha Esa.
    Ciri kesepaduan itu tidak ada dalam tradisi keilmuan Barat yang jelas mengalami bencana pemecahan ilmu yang cukup parah. Dalam sistem keilmuan seperti itu segala disiplin ilmu berdiri sendiri, terpisah tanpa sebarang kaitan dengan ilmu lain, malah sering kali saling bercanggah.
    Kekacauan sedemikian itulah yang kemudiannya melahirkan ilmuwan pengidap keperibadian yang pecah, hipokrit atau cakap tak serupa bikin. Ilmuwan dalam konteks tradisi keislaman adalah manusia yang sedar tauhid dengan segala implikasinya.
    Al-Quran meletakkan golongan ilmuwan selepas Allah dan Malaikat dalam deretan penyaksian hakikat tauhid bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah seperti firman-Nya yang bermaksud, “Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Malaikat dan orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu), Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali-Imran: 18).
    Al-Quran juga menyebut golongan ilmuwan yang memiliki ketajaman akal budi dan kepekaan nurani itu sebagai ulu al-albab. Merekalah yang disifatkan sebagai manusia yang dapat memadukan zikir dengan fakir.

    Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

    Penegak kebenaran dihimpun bersama nabi

    Posted by epondok di November 19, 2009

    Oleh Ibrahim Abdullah
    SIFAT siddiq (benar) adalah inti sari kebaikan yang dimiliki sahabat paling disayangi Rasulullah SAW iaitu, Abu Bakar yang digelar as-Siddiq. Dari Abdullah bin Masud RA, dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya siddiq itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan akan membawa kepada keburukan, dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperi laku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta.” � (Hadis Bukhari).
    Abu Bakar as-Siddiq mempunyai keistimewaan berbanding dengan para sahabat yang lain. Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam Syu’abul Iman, dari Umar bin al-Khattab: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat maka akan lebih berat keimanan Abu Bakar.”
    Rasulullah SAW sendiri pernah memuji keislaman Abu Bakar, seperti dinyatakan oleh Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wal al-Nihayah: “Tidak aku mengajak seorang masuk Islam, tanpa ada hambatan, keraguan, tanpa mengemukakan pandangan dan alasan, hanyalah Abu Bakar. Ketika aku menyampaikan ajakan dia langsung menerimanya tanpa ragu-ragu sedikitpun. Puncaknya adalah pada peristiwa Israk dan Mikraj, dan semua manusia mendustai Rasulullah SAW, namun Abu Bakar yang membenarkan kejadian itu.”
    Oleh kerana itu Abu Bakar mendapat gelaran as-Siddiq, pemberian Allah melalui lisan Rasulullah SAW, seperti dikatakan Ali bin Abi Talib. Ini menunjukkan bahawa siddiq adalah sifat yang mempunyai nilai tertinggi di sisi Allah SWT.
    Firman Allah: “Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan ganjaran yang besar.” � ( al-Ahzab : 35).
    Selain mendapatkan ampunan dan ganjaran Allah, siddiqin juga mempunyai tempat tinggi di sisi Allah di akhirat. Mereka akan disatukan bersama nabi, orang syahid serta salihin. Firman Allah bermaksud: “Dan siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu nabi, siddiqin, syuhada dan salihin, mereka itulah teman sebaik-baiknya.” � (Al-Imran: 69).
    Orang yang siddiq memiliki beberapa ciri, antaranya adalah:
    # Teguh dan tegar terhadap apa yang diyakininya.
    # Tidak ragu untuk berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa.
    # Memiliki keimanan kepada Allah, Rasulullah SAW, berinfak (bersedekah), mendirikan solat, menunaikan zakat, menepati janji dan sabar.
    # Mempunyai komitmen yang kuat terhadap Islam.
    Cara meraih sifat siddiq ialah:
    # Sentiasa memperbaharui keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT. Kerana asas sifat siddiq ini adalah kuatnya keyakinan kepada Allah.
    # Melatih diri untuk bersikap jujur, ikhlas di mana pun berada dan pada bila-bila masa saja. Kerana kejujuran dan keikhlasan adalah karakter mendasar sifat siddiq.
    # Melatih diri untuk sentiasa membenarkan sesuatu yang datang dari Allah (al-Quran dan Sunnah), kerana kebenaran mutlak hanya milik Allah. Sementara ijtihad manusia masih sangat memungkinkan ada kesalahan.
    # Sentiasa melatih diri untuk komitmen dengan Islam dalam segala aspeknya, akidah, ibadat, akhlak dan syariah. Ciri siddiqin adalah memiliki komitmen tinggi terhadap Islam.
    # Selalu menghayati ayat Allah, hadis Rasulullah SAW mengenai sifat siddiq, kerana menghayati ayat dan hadis sangat membekas dalam jiwa manusia.
    # Sentiasa mengkaji sejarah kehidupan salafus salih, terutama sikap mereka yang menunjukkan kesiddiqannya.
    # Memperbanyak zikir dan amalan sunnah kerana ia akan menjadikan hati tenang dan tenteram, mudah dihiasi sifat siddiq.

    Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »