Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 30 Ogos 2009

Purdah Cegah Selsema Babi

Posted by epondok di Ogos 30, 2009

 
Memakainya mampu meperlihat keayuan seorang wanita beriman Memakainya mampu meperlihat keayuan seorang wanita beriman 

Wanita tidak perlu mengenakan penutup muka perubatan untuk mencegah virus selsemababi (H1N1) jika mereka telah mengenakan hijab dengan baik termasuk mengenakan purdah atau niqab, kata doktor di Saudi.

“Wanita yang mengenakan purdah atau penutup wajah – bagi mereka tidak perlu mengenakan penutup muka pelindung lagi – sepanjang purdah yang ia gunakan bersih,” kata Dr Dalal Namnagani seorang perunding pathologi dan pengarah dari bank darah di Hospital Khas King Abdul Aziz bandar Taif – kepada mel khabar Al-Watan Khamis lalu.

“Purdah harus dicuci dan disterika sebelum dikenakan, namun tidak boleh digunakan oleh orang lain yang mungkin akan meninggalkan bakteria-bakteria penyebab kainnya tercemar oleh virus selesema babi,” kata Namnagani.

Doktor itu juga memberi amaran terhadap masjid-masjid yang persekitaran yang kotor sepanjang Ramadhan ini, tentang solat terawih ramai orang berkumpul terutama di kawasan sesak yang menyebabkan kemungkinan virus menyebar dengan cepat.

“Para wanita juga kemungkinan besar melepaskan hijabnya di tempat para jamaah wanita berkumpul, dan hal tersebut dapat meningkatkan penyebaran jangkitan.”

Banyak keluarga Arab menyatakan bahawa mereka telah menyambut seruan kempen kesedaran dengan mengajak anak-anak mereka untuk mengenakan penutup muka di tempat-tempat umum.

Seorang ibu rumah tangga Umm Omar mengatakan bahawa ia menyuruh anak-anaknya untuk lebih sering mencuci tangan dengan sabun dan mengenakan penutup muka yang bersih semasa mereka keluar ke kedai mahupun ke taman. “Saya juga cuba untuk menyekat diri melakukan perjalanan keluar rumah, kecuali kalau benar-benar terpaksa,” kata Umm Omar. (FQ / saudigazzete)

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Kelebihan Hayati Al-Quran

Posted by epondok di Ogos 30, 2009

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w bermula pada bulan Ramadhan Mubarak. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

    Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.

1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya 
– muttafaqqun ‘alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca)  dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif  laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf 
– diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).
– Sohih Bukhari dan muslim

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya
– Riwayat Muslim

5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang 
– Riwayat Tarmizi

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya
– Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya
– Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan ‘Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta 
– Riwayat Muslim

Rujukan
1. Bassam Abdul Wahab,At-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran li Imam Nawawi, Darul Basyair, cet. kedua 1996

Posted in Amalan Pilihan | 1 Comment »