Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 10 Julai 2009

Filem “Perempuan Berkalung Serban” Hina Pengajian Islam

Posted by epondok di Julai 10, 2009

Oleh Dr Fikrah

Sebuah filem yang sedang tersebar di Malaysia hari ini, “Perempuan Berkalung Serban”, yang telah diterbitkan oleh perfileman Indonesia, jelas mempunyai objektif penyesatan yang hebat. Anda boleh dapatkan sendiri filem tersebut, atau melarang anak-anak anda daripada menontonnya. Ini kerana fahaman yang dibawa daripada filem tersebut adalah feminism.Feminisme adalah pemikiran yang memperjuangkan hak kebebasan wanita. Bahkan di dalam filem tersebut menonjolkan bahawa pusat pengajian pondok ini menyekat kebebasan wanita, mengongkong dan sebagainya. Seolah-olah wanita itu dipenjarakan oleh Islam. Secara jujur saya sebut, filem tersebut bertujuan merosakkan pemikiran manusia, dan memburuk-burukkan Islam.
Adakah Islam mengongkong, memenjarakan wanita? Orang bodoh sahaja yang berkata demikian. Memang benar, Islam mendidik wanita, supaya wanita tidak bebas melakukan kejahatan. Ini kerana Islam memelihara wanita daripada bebas melakukan kejahatan. Dalam erti kata lain, menghalang daripada wanita bebas menjerumus dalam kejahatan.

Filem tersebut menggambarkan bahawa wanita diharamkan menjadi pimpinan, tidak dibenarkan menyambung pelajaran ke pengajian tinggi, meredhai kekejaman suami dan sebagainya. Sebaliknya itu hanyalah rekaan terhadap Islam. Islam bukan seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut.

Tentang aurat, Islam menjaga harga diri wanita daripada aurat mereka yang bernilai itu, didedahkan di hadapan khalayak ramai. Kepimpinan pula, Islam membenarkan perempuan menjadi pimpinan, tetapi yang pastinya, pimpinan tertinggi adalah lelaki. Islam tidak menyekat wanita untuk menyambungkan pelajaran, selagi mana pelajaran tersebut tidak bercanggah dengan Islam.

Filem tersebut menggambarkan juga bahawa pusat pengajian pondok mengharamkan perempuan daripada belajar menulis, membaca buku dan sebagainya. Mana mungkin Islam sedemikian rupa. Ramai sahaja penulis Islam dari kalangan perempuan. Membaca buku juga dibenarkan oleh Islam, bahkan digalakkan selagi mana buku tersebut mengandungi ilmu dan tidak tersimpang dari kebenaran.

Islam meletakkan wanita di bawah suami, menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab terhadap isterinya. Menzalimi isteri bukanlah ajaran Islam sepertimana yang digambarkan di dalam filem tersebut. Filem tersebut menggambarkan seorang wanita yang dianiaya oleh suaminya yang memiliki sijil sarjana dalam pengajian Islam, sedangkan Islam bukan sedemikian teruknya.

Bahkan isteri dibenarkan untuk meminta cerai daripada suami sekiranya benar suaminya berlaku zalim terhadapnya. Tetapi, isteri diharamkan berlaku curang terhadap suami sekiranya suami tersebut tidak menzaliminya! Hari ini, sekawan isteri menuntut cerai terhadap suami sewenang-wenangnya, sedangkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka.

Menyebut tentang isu poligami. Sebab suami berpoligami tidak boleh dikatakan sebagai kesalahan isteri kurang melayani suami. Juga tidak boleh menyalahkan suami sebagai gila seks. Sebaliknya, di dalam filem tersebut menggambarkan bahawa si perempuan di hina kerana suaminya berpoligami, bahkan si suami berjanji akan berlaku adil. Inilah penghinaan mereka terhadap sunnah Nabi SAW.

Perempuan ingin berdikari juga dibenarkan dalam Islam. Menunggang kuda juga dibenarkan selagi mana tidak terdapat unsur-unsur haram yang bercanngah dengan Islam. Sekiranya perempuan tersebut berdikari untuk merosakkan dirinya sendiri, maka ia diharamkan! Begitu juga perempuan bersukan dengan cara yang diharamkan, juga diharamkan oleh Islam..

Saya tidak pernah menemui pusat pengajian pondok yang menyekat perempuan. Melainkan menjaga nilai kewanitaan dan harga diri mereka daripada terjerumus kepada haram. Sedutan daripada filem tersebut, kiyai yang sedang mengajar menyebut “haram bagi isteri menolak pelawaan suaminya, ketika suaminya berhajat…”

Lalu si heroin pun bertanya “Apakah dosa suami sekiranya si suami tersebut menolak permintaan isterinya untuk bersama?”.. Lalu Kiyai yang berlakon itu mengatakan “Isteri yang begitu adalah isteri yang gatal…” Ini bukanlah jawapan daripada seorang Kiyai. Tetapi ia adalah imaginasi pengarah filem semata-mata untuk memburukkan golongan ilmuan! Bodoh punya pengarah filem!!

Sepatutnya jawapannya begini, suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Apatah lagi sekiranya isterinya berkeinginan! Bodoh punya pengarah filem!!. Manakala si isteri pula wajib melayan keinginan suami. Kesimpulannya kedua-duanya berhak mendapatkan keinginan masing-masing. Bodoh punya pengarah filem!! Semoga engkau diazab di dunia lagi supaya menunjukkan bahawa engkau cuba memburukkan Islam!

Bahkan saya mendoakan supaya pengarah filem ini, dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam perancangan filem ini, supaya ditunjukkan azab mereka di dunia lagi. Apabila engkau diazab, semoga engkau kembali ke jalan yang sebenar, dan berhenti daripada terus mengembangkan ajaran sesat itu! Semoga doa ini dimakbulkan.. tetapi Allah sahaja yang berhak menentukan balasan yang “terbaik” untuk kamu semua!

Wahai kaum perempuan, kebebasan yang dibawa oleh orang kafir laknatullah bertujuan merosakkan kamu. Bahkan merosakkan keperibadian seorang perempuan, maruah, dan harga diri kamu. Seorang anak juga akan rasa terkongkong bersama ibubapa mereka, sedangkan ibubapa mereka menyayangi mereka, dan tidak mahu anak mereka rosak dan tiada harga diri.

Orang kafir berusaha mencetuskan keinginan kepada anak-anak untuk lari daripada keluarga mereka. Kononnya mereka mendakwa bahawa ibubapa mereka mengongkong. Maka, pemikiran ini sepatutnya dihapuskan!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

 

 

Posted in Fokus Isu | 15 Comments »

Perbuatan Rosakkan Iman

Posted by epondok di Julai 10, 2009

  1.  
    1. Menghina Allah

 

Menghina Allah adalah suatu perkara yang sangat keji. Ia adalah salah satu dari perkara yang merosakkan akidah. Penghinaan kepada Allah berlaku melalui perkataan, perbuatan atau iktikad. Antaranya mencaci Allah, mengatakan sifat yang tidak layak seperti buta, bisu dan sebagainya.

 

2.      Menghina agama

 

Menghina Islam dengan apa jua peghinaan, seperti mengatakan Islam tidak sesuai pada zaman moden dan sebagainya. Mengiktikad bahawa agama lain lebih baik dari Islam

 

3.      Mempersenda agama

 

Agama dipersendakan dengan perkataan atau perbuatan. Seperti mengatakan `janggut mencari makan’, mempersendakan hukuman hudud dan sebagainya. Mengatakan undang-undang ciptaan manusia lebih baik dari hukuman Allah.

 

4.      Mengengkari hukuman agama

 

Mengengkari hukuman kewajipan agama yang telah dimaklum dan diketahui secara dharuri (mudah) seperti sembahyang, puasa dan lain-lain. Kerosakan akidah juga berlaku dengan menghalalkan perkara haram dan mengharamkan yang halal. Seperti menghalalkan arak, perzinaan suka sama suka, riba dan sebagainya. Mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli.

 

5.      Menghina Nabi

 

Menghina nabi, dari mana-mana para nabi, sudah cukup membawa kepada kekufuran. Ianya samada dengan perbuatan, atau perkataan atau iktikad. Antara perkataan menghina nabi ialah mengatakan nabi kaki perempuan dan sebagainya.

 

6.      Mempersenda Ajaran Nabi

 

Setiap ajaran yang dinaskan oleh nabi, jika dipersendakan akan membawa kepada kekufuran. Antaranya dengan mengatakan menutup aurat di zaman dahulu wajib kerana orang Arab bernafsu kuat, tidak pada zaman ini.

 

7.      Menghina Kitab

 

Kitab suci yang asli dari Allah iaitu al-Qur’an, Taurat, Injil dan Zabur. Semuanya tidak boleh dinafi dan dipersendakan hukuman di dalamnya. Seperti mencampakkan al-Qur’an atau cebisannya ke tempat najis atau keji. Mengatakan ia adalah sumber hukuman lapuk. Tidak sesuai dengan zaman. Kolot, penyekat kebebasan dan sebagainya.

 

8.      Mengkafirnya Saudara Islam

 

Menghina saudara Islam dengan mengkafirkannya adalah suatu perkara yang merosakkan akidah. Kerana perlakuan tersebut telah merubah ketetapan akidah Islam, Islam semestinya Islam dan kafir adalah kafir. Akidah Islam yang ada pada seseorang menyatakan ianya Islam, jika dikafirkan bererti merubah ketetapan hukuman Islam.

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »

Perkara Yang Merosakkan Iman

Posted by epondok di Julai 10, 2009

Perkara asas yang membawa kepada kerosakan aqidah ialah melalui tiga cara:

 

1. Iktiqad

 

Iktiqad kepada yang selain dari Allah sebagai Tuhan. Akidah yang salah seperti akidah penganut agama kristian, akidah orang yahudi dan sebagainya. Konsep bertuhankan kepada dewa-dewa dan penunggu.

 

2. Perbuatan

 

Perbuatan yang merosakkan akidah seperti rukuk (dengan niat membesarkan makhluk) atau sujud kepada makhluk yang selain dari Allah. Melakukan upacara pemujaan seperti menyembelih kerbau balar kepada dewa atau penunggu dan sebagainya.

 

3. Perkataan

 

Mengatakan dengan tidak wujud Allah. Termasuk di dalam pengucapan yang merosakkan akidah seperti mengatakan tuhan kepada Fir’aun, atau melalui penghinaan terhadap agama Islam.

 

Dari tiga perkara tersebut kerosakan akidah akan terhasil pada rukun iman:

 

a)      Akidah bertentangan terhadap Allah

 

Seperti tidak percaya kepada kewujudan Allah, sepertimana pegangan ethiesisme dan komunisme. Percaya kepada sesuatu dari makhluk seperti busut, pohon besar dan lain-lain, seperti kepercayaan animesisme. Percaya kepada kekuasaan batu berhala, patung dan sebagainya, seperti kaum hindu, buddha dan sekutunya. Berpegang kepada konsep berbilangnya Allah, seperti kepercayaan penganut kristian dengan konsep trinity. Berpegang dengan konsep Qadimnya alam, atau tiada pencipta alam ini.

 

b)      Akidah bertentangan terhadap Malaikat

 

Akidah bertentangan terhadap malaikat seperti menafikan kewujudan mereka. Menafikan sikap kepatuhan mereka di dalam menjalankan tugasan. Menafikan kebenaran tugasan para malaikat, seperti pegangan sesetangah puak syiah, bahawa malaikat Jibril tersalah menurunkan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad, yang sebenar kepada Syaidina Ali.

 

c)      Akidah bertentangan terhadap Rasul

 

Berpegang kepada kepercayaan yang menyalahi dari sifat-sifat wajib bagi rasul. Seperti beriktikad nabi atau rasul dari kalangan pendusta, penipu, si hidung belang atau sebagainya. Adanya dibangkitkan nabi selepas dari nabi Muhammad, atau membenarkan dakwaan nabi palu tersebut.

 

d)      Akidah bertentangan terhadap Kitab

 

Tidak percaya dengan kebenaran kitab-kitab Allah. Tidak percaya dengan al-Qur’an, Taurat, Injil dan Zabur (yang asli, sebenar dari Allah).

Menolak al-Qur’an atau hukuman di dalamnya.

 

e)      Akidah bertentangan terhadap hari akhirat

 

Tidak percaya kepada kebangkitan semula selepas kematian. Menafikan syurga dan neraka. Menafi dosa dan pahala. Menafi hari kiamat. Menafikan perhitungan segala amalan

 

f)       Akidah bertentangan terhadap qada’ dan qadar

 

Tidak percaya dengan ketetapan baik atau buruk semua dari Allah.

 

Tidak tetap hati dengan Islam iaitu berpapah hati antara menjadi Islam dengan menjadi kafir (penganut agama lain) atau bercita-cita untuk menjadi penganut agama lain pada suatu masa akan datang, juga menjadi perkara yang merosakkan iman.

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »