Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 9 Julai 2009

Tahnik (bercukur) bayi yang baru lahir

Posted by epondok di Julai 9, 2009

cukur2

Bahan : Buah kurma, Zabib(kismis), Air zam-zam @ air tawar, Gula Garam dan Asam keping

 

1. Buah kurma dikunyah lumat kemudian diambil sedikit unutk digosokkan ke langit-langit bayi

2. Kemudian buah zabib digigit dan disapukan ke mulut bayi

3. Cincin emas dicelupkan ke dalam gula,garam,asam keping dan kemudiannya digosokkan ke bibir bayi

4. Kemudian ambil cincin perak buat seperti yang tersebut tadi.

5. Suapkan air zam-zam atau air tawar ke mulut budak dengan camca kecil 3 kali suap

6. Kemudian diberi nama bayi (jika sudah ada nama pilihan) :

Sebaiknya diberi nama pada hari yang ketujuh daripada hari kelahiran

7. Bayi diletakkan dihadapan lalu bacakan : 

1.  َفالله ُ خَيْرًا حَاْفِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ.                                                3 كالي                                                                                                                                                            

2.  َواللهُ ِمنْ وَرَائِهِمْ مُحِيْطٌ, بَلْ هُوَ قُرْأَنٌ مَجِيْدٌ,فِيْ لَوْحٍ مَحْفُوْظٌ.                        3 كالي

3.  وَحَفِظْنَاهَا ِمنْ كُلِّ شَيْطَاْنٍ الرَّجِيْمِ.                                                        3 كالي

4.  َولَقَدْ خَلَقْنَا اْلأِنْسَاْن مِنْ سُلاَلَةٍ مِنْ طِيْنٍ,ثُمَّ جَعَلْنَا النُّطْفَة َفِيْ قَرَارٍ مَكِيْنٍ,ثُمَّ خَلَقْنَا نُطْفَة َعَلَقَة ً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَة َمُضْغَة ًفَخَلَقْنَا الْمُضْغَة َ     

  ِعظَاْمًا  َفكَسَوْنَا الْعِظَاْمَ لَحْمًا ثُمَّ  َأنْشَأْنَاْهُ خَلْقًا آخَرْ  َفتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الَْخَالِقِيْنَ.

َ5. وإِنْ يَكَاْدُ الَّذِيْنَ  َكَفَرُوْا  َليُزْلِقُوْانَكَ ِبأَبْصَاْرِهِمْ لَمَّا سَمِعُوْا الذِّكْرَ  َويَقُوْلُوْنَ ِإنَّهُ لَمَجْنُوْنٍ,وَمَا هُوَا ِإلاَّ ِذكْرٌ ِللْعَالَمِيْنَ,     سكالي

6. ُقلْ هُوَ اللهُ أَحَدْ                                                   سكالي

7. قل أعوذ برب الفلق                                             سكالي

8. قل أعوذ برب الناس                                            سكالي

8. َأعُوْذ ُبِكََلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاْتِ َوِمنْ ُكلِّ عَيْنٍ َلامَّةٍ  َومِنْ ُكلِّ شَيْطَاْنٍ َوهَامَّةٍ. َحصَّنْتُهُ(جك فرمفوان حَصَّنْتُهَا) ِبالْحَىِّ الْقَيُّوْمِ وَدَفَعْتُ َعْنكَ(جك فرمفوان َعْنكَ)السُّؤِ ِبأَلْفِ َألْفِ َلاحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ ِإلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ,

8. Isyarat dengan tangan lalu disapu ke seluruh tubuh bayi

9. Kemudian baca

ِأنَّا َأنْزَلْنَاْهُ الخ…………………………………………

10. Tiupkan ke telinga kanan dan kiri budak sebanyak tiga kali

11. Berikan nama pada bayi

َأنِّيْ سَمَّيْتُكَ َكمَا سَمَّاكَ أَبُوْكَ………..(sebutkan nama bayi)

الفاتحة الخ …………………………………………..

12. Dan berdoa:

َاللَّهُمّ َ َأنْشَأْهُ(أَنْشَأْهَا)نَشْأَةَ صَالِحَة ًوَأَحْيِهِ(وَأَحْيِهَا)حَيَاة ًطَيِّبَة ًوَأَسْعِدْهُ(وَأَسْعِدْهَا)سَعَادَةً حُسْنىَ وَاجْعَلْهُ بَارًّا ِبوَاْلِدَيْهِ غَيْرَ عَاْقٍ لَهُمَا(وَاجْعَلْهَا بَارَّا ِبوَلِدَيْهَا غَيْرَ عَاْقٍ لَهُمَا) وَأجْعََلْهُ(وَأَجْعَلْهَا) ِمنَ الصَّالِحِيْنَ الْعَارِفِيْنَ الْعَاْلِمِيْنَ,وَاكْفِهِ (وَاكْفِهَا) شَرِّ النَّظْرَةِ وَالْعَيْن ِ وَالْحَاْسِدِيْ,وَأَعِذْهُ (وَأَعِذْهَا) عَنْ خَلْقِكَ أَجْمَعِيْنَ وَلا َتَحْوِجْهُ(وَلاَتُحْوِجْهَا) ِإلاَّ ِلوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ,وَإغْفِرْلِوَاْلَدَيْهِ(لِوَالِدَيْهَا)وَالْحَاضِرِيْنَ أَجْمَعِيْنَ يَاْ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

الفاتحة الخ ……………………………………………

 َربَنَّا َتقَبَّلْ مِنَّا دُعَائَناَ ِإنَّكَ َأنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمِ وَتُبْ عَلَيْنَا يَا مَوْلاَنَا ِإنَّكَ أَنْتَ التَّوَّاْبُ الرَّحِيْمِ وَلاَ تُؤَاْخِذْنَا بِالْعَظَاْئِمِ وَالْجَرَاْئِمِ يَا حَلِيْمُ َوأَسْكِنَّا يَا سَمِيْعُ يَاْ  َقَرَيْبُ جَنَّة ًأُعِدَّتْ ِللْمُتَّقِيْنَ. دَعْوَاْهُمْ  ِفيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فَيْهَاسَلاََمٌ وَآخِرْ دَعْوَاهُمْ َأن ِالْحَمْدَُ ِللهِ َربِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posted in Amalan Pilihan | 1 Comment »

Hadis Berkaitan Serban Rasulullah s.a.w

Posted by epondok di Julai 9, 2009

muria4

1. Jabir RH meriwayatkan bahawa tatkala Mekah ditawan maka Rasulullah s.a.w memasuki kotanya dengan memakai serban hitam

( Sohih Muslim, Bab Manasik / Sunan Abu Daud, Bab Pakaian / Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Tirmizi, Bab Jihad & Pakaian/ Sunan Nasai’e, Bab Perhiasan)

 

2. ‘Amr ibn Huraith RH berkata :”Daku melihat Rasulullah s.a.w memakai serban hitam

( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian, Hadis 3584/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian, Hadis 4077/ Sohih Muslim, Bab Haji, Hadis 1359/ Sunan Nasai’e)

 

3. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Saya masih ingat Rasulullah s.a.w berkhutbah memakai serban hitam di kepalanya dan shamlah (ekor serban) berada di antara dua bahu baginda”.

( Sohih Muslim dan Sunan Nasai’e)

4. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Daku melihat Rasulullah s.a.w berkhutbah dengan memakai serban hitam di kepala baginda yang mubaraj (diberkati)

      ( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian/ Sohih Muslim, Bab Haji)

 

5. Ibnu Umar RH meriwayatkan : Apabila Rasulullah s.a.w memakai serban, baginda akan membiarkan ekor serban baginda itu di antara bahu iaitu di belakang.

       Nafi’ RH berkata : Aku telah lihat Abdullah bin Umar RH meniru cara yang sama

      Ubaidullah salah seorang murid Nafi’ RH berkata : Daku melihat Qasim bin Muhammad ( cucu Abu Bakar RH) dan Alim bin Abdullah ( cucu Umar RH) juga mengikut cara yang sama

      ( Sunan Tirmizi , Bab Pakaian, Hadis 1736)

 

6. Ibnu Abbas RH melaporkan : Rasulllah s.a.w pernah menyampaikan khutbah memakai serban hitam atau lilitan kain (yang ada kesan minyak rambut)

(Sohih Bukhari, Bab Manaqib)

 

7. Sabda nabi s.a.w : Pakailah serban selalu kerana ia menambah kesopanan seseorang

( Fathul Bari)

       Seorang telah bertanya Abdullah ibnu Umar RH : Adakah memakai serban adalah sunnah?”. Jawab beliau : Benar! Ia adalah sunnah

 

8. Tersebut dalam sebuah hadis : Biasakanlah memakai serban kerana ia adalah tanda Islam dan membezakan antara Islam dan kafir

 

 

Rujukan :

 

1. Syamail Tirmizi, Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sawra at-Tirmizi

2. Khasail Nabawi s,a,w Syarah Syamail Muhammadiyyah s.a.w, Muhammad Zakaria Kandhalawi

Posted in Amalan Pilihan | 1 Comment »

Kutuk Tindakan Kejam China Ke Atas Umat Islam

Posted by epondok di Julai 9, 2009

 

Oleh Dr Raja Ahmad Al-Hiss

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengutuk keras tindakan pihak berkuasa China yang mengambil tindakan yang tidak bertamadun dalam meleraikan masalah perselisihan etnik yang melanda rakyatnya di Urumqi, Xinjiang. Angka kematian yang telah mencecah 156 orang dan hamper 800 yang tercedera adalah merupakan satu kesilapan yang perlu ditanggung oleh kerajaan China.

DPP Pusat berharap Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu melalui Setiausaha Agongnya, Ban Ki-Moon segera turun padang dan berbincang dengan Kerajaan China untuk menyelesaikan isu ini. Kerajaan China perlulah bersikap professional dan matang dalam menangani kemelut yang berlaku dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara dan memastikan hak rakyat untuk hidup dalam suasana aman dan damai tercapai tanpa sebarang tindakan yang diluar kawalan.DPP Pusat merasakan punca berlakunya perselisihan ini adalah kerana sikap berat sebelah Kerajaan China terhadapa umat Islam si Xinjiang. Oleh itu DPP Pusat juga ingin mengingatkan kerajaan China bahawa hak untuk beragama adalah dijamin oleh dunia melalui piagam yang telah di akui bersama pada 1946. Tindakan kerajaan China sebelum ini yang menutup beberapa institusi bersifat keagamaan seperti Perubuhan Sufism yang telah lama bertapak di di Xinjiang adalah satu manifestasi kegagalan Kerajaan China dalam pemerintahannya. Situasi dimana kanak-kanak islam dibawah umur 18 tahun tidak dibenarkan solat di masjid adalah contoh tindakan kerajaan China yang menafikan hak rakyatnya dalam beragama dan mengamalkan agama mereka.

Oleh itu, DPP Pusat mendesak Kerajaan China untuk membebaskan segera tahanan-tahanan di Xinjiang seramai 1,434 orang disamping mereka perlulah diberi pengadilan yang seadilnya. DPP Pusat juga mendesak Setiausaha Agung PBB agak menggantung keahlian China di Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu selagi mana Kerajaan China tidak membebaskan tahanan-tahanan yang di tahan disamping menjanjikan pengadilan yang sewajarnya kepada rakyat dan umat Islam di Xinjiang.

DPP Pusat juga mendesak Kerajaan Malaysia agar menggantung segala urusan rasmi dengan Kerajaan China selagi kes pembunuhan umat Islam di Xinjiang tidak selesai secara holistic.

 

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi,
Lajnah Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Pusat.

 

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »