Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 8 Julai 2009

Isra’ Dan Mi’raj: Dimensi Akal Atau Iman?

Posted by epondok di Julai 8, 2009

Oleh : Ridwan Hj. Abdul Rahman
PendahuluanDalam literarul Islam, banyak kisah-kisah berupa sejarah, dan sejarah ini perlu diangkat kembali ke permukaan bukan untuk diperdebatkan tarikh tanggalnya dan tang sudah menjadi abu sejarah, tetapi yang lebih penting adalah untuk diambil hikmah dan nilai yang dikandungnya.

Oleh itu, sejarah harus kita jadikan – yang pertamanya – sebagai bayan, penjelasan dan keterangan tentang perjalanan manusia masa lalu.Kedua, hudan spiritual yang mengantarkan kita ke kebenaraan agama Allah. Dan ketiga, mau’idhah, nasihat yang membangun kesedaran kita untuk senantiasa mentaati hukum sejarah pada setiap usaha yang kita lakukan.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 137-138:
Ertinya: sesungguhnya telah banyak percontohan sebelum kamu, maka dari itu berkelilinglah dibumi dan lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan. Ini adalah keterangan yang jelas bagi manusia dan petunjuk serta peringatan bagi orang yang menetapi kewajipan.”

Salah satu dari peristiwa sejarah penting yang diungkapkan oleh al-Quran adalah peristiwa Isra’ Mi’raj yang berlaku diatas diri utusanNya sendiri. Kerana itu, jika kita ingin mengenali diri Nabi s.a.w. secara lebih utuh, mahu tidak mahu kita mesti pelajari nilai sejarah dan peristiwa penting ini.
Pengertian

Isra’dan mi’raj adalah perjalanan malam luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w Isra’ secara harfiah bererti: Perjalanan malam, mengacu kepada perjalanannya dengan arah horizonal (mendatar), yakni dari al-Masjid al-Haram di Makkah sampai ke Masjid al-Aqsa di Jerusalem (Palestin)

Manakala Mi’raj adalah secara harfi, ererti tangga atau alat untuk naik (ke langit), mengacu kepada perjalanan dengan arah vertikal (menegak), yakni dari bumi naik ke langit. Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab 620H.

Isra’ Nabi Muhammad s.a.w diterangkan dalam surah al- Isra’ ayat dimana Allah berfirman;

Ertinya:”Maha suci dia yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari masjid suci ke masjid yang jauh, yang sekelilingnya kami berkati, agar kami memperlihatkan kepadanya sebahagian petanda kami. sesungguhnya Dia Itu Maha Mendengar, Yang Maha Melihat”.

Adapun perjalanan Mi’raj, maka ia tidak dibicarakan dalam al-Quran sejelas perjalanan Isra’. Namun dengan bantuan kitab-kitab hadith yang banyak tentang Isra’ dan Mi’raj , para ulama’ berkesimpulan bahawa keterangan al-Quran dalam surah al-Najm: “Bahawa ia (Nabi Muhammad) telah melihat Dia pada waktu yang lain, di Sidrat al-Muntaha, yang didekatnya ada syurga yang al-Ma’wa ….merupakan isyarat yang telah terjadinya Mi’raj tersebut.

Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Najm ayat (13-14):

Ertinya:”Dan bahawasanya ia (Nabi) telah melihat dia pada waktu yang lain, di Sidra al-Muntaha,yang didekatnya ada syurga al-Ma’wa”.

Mukjizat

Isra’ mrupakan salah satu mukjizat nabi Muhammad s.a.w. yang tidak diberikan Allah kepada nabi-nabi lain. Tujuan dari Isra’ dan Mi’raj ini tidak lain kecuali untuk diperlihakan “sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T.” sebagaimana yang tercatat dalam surah al-Isra’ ayat 1 dan surah al-Najm ayat 18.

Sehubungan dengan itulah, dalam menyampaikan infomasi tentang mukjizat yang luar biasa ini, Allah S.W.T. telah memulai firmaNya dengan mengunakan kalimah tasbih (penyucian). Dalam tatabahasa Arab, kalimah ini……disebut dengan kalimah I’jaz, iaitu kalimah yang redaksinya ringkas tetapi isinya padat. Didalamnya ada lafaz tersirat iaitu …….sehingga kalimah asalnya adalah….”Maha Suci Allah”.

Maknanya Maha Suci Allah dari segala kelemahan. Maha Suci Allah dari segala kekurangan, Maha Suci Allah dari segala ketidakmampuan . Jadi, Allah telah mempertaruhkan kesuciannya

Sedangkan pada hakikatnya, banyak peristiwa bersejarah diceritakan dalam al-Qur’an, tetapi jarang yang diawali dengan kalimah tasbih. Contohnya al-Qur”an menceritakan bagaimana Allah menciptakan Nabi Adam, namun tidak dimulai dengan kalimah tasbih. Al-Quran menceritakan bagaimana Fir”aundan bala tenteranya ditenggelamkan di Laut Merah, itu kejadian hebat, tetabi tidak dimulai dengan kalimah tasbih. Demikian juga dengan umat Nabi Saleh, Nabi Hud dan lain-lain yang tenggelam gempa bumi, ditiup angin taufan, seluruh diceritan dalam al-Qur’an tetapi tidak satupun yang dimulai dengan kalimah Tasbih.

Jadi, kalau Allah S.W.T. telah mempertaruhkan kesucianNya untuk membenarkan peristiwa ini, maka apakah berhak bagi seorang muslim mengingkarinya dengan alsan tidak diterima akal (irrasional)!

Bagaimanapun, peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini tetap melahirkan tiga kelompok manusia pada masa itu;

1) Kelompok Inkar: Diketuai oleh Abu Jahal dan pegikutnya

2) Kelompok berkecuali: Diketuai oleh Abdullah Bin Ubay

3) Kelompok Beriman: Diketuai oleh Abu Bakar dan para sahabatnya

Bagaimana kelompok terakhir ini yang diketuai oleh Abu Bakar semakin matang imannya, sehingga apabila ada yang menceritakan kepada beliau tentang peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. berangkat dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsadi di bumi Palestin,kemudian ke Sidrat al-Muntha dan kembali lagi dalam waktu semalaman, beliau berkata: “Kalau memang Muhammad yang menceritakan perkara tersebut, janganlah sekadar sampai kemasjid al-Aqsa diPalestin, bahkan lebih dari itupun, aku tetap percaya dan yakin”. Kata kebanyakan sumber, sejak peritiwa itulah maka Abu Bakar dianugerahkan gslarn al-Siddiq (yang menerima kebenaran)

Berdasarkan keterangan-keterangan yang terdapat dalam kitab-kitab hadith, dapatlah disimpulkan bahawa perjalanan malam itu berlangsung secepat kilat, dengan ditemani oleh malaikat Jibril dan memakai kenderaan “buraq”. Dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj inilah nabi s.a.w. menerima wahyu seperti tersebut dalam surah al-Najm ayat 10:

Ertinya: “Maka Allah mewahyukan kepada hambaNya (Muhammad) apa-apa yang diwahyukan”.

Menurut Hadith riwayat al-Tirmidzi dan al-Nasai dari Ibnu Mas’ud atau dalam Sahih Muslim (“Kitabb al-Iman, bab Mambicarakan tentang sidrat al_Muntaha”), yang diwahyukan oleh Allah itu dalam tiga hal:

Pertama – Kewajipan menegakkan solat

Kedua – Ayat-ayat akhir surah al-Baqarah iaiu ayat 285 – hingga ayat 286.

Ketiga – Tentang keampunan kepada umat Muhammad s.a.w. yang mengerjakan dosa besar dan sudah bertaubat selama umat itu tidak dipersekutukan Allah. Ayat
yang berkaitan adalah dalam surah al-Nisaa ayat 48:

Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak memberi ampun jika Ia bersekutu dengan sesuatu, tetapi Ia memberi ampun apa saja yang selain itu, kepada siapa yang Ia kehendaki. dan barangsiapa yang mempersekutukan Allah, sesungguhnya ia membuat dosa yang besar”.

Kita juga dapat mengatakan bahawa Isra’ dan Mi’raj ini adalah satu isyarat penting bahawa peristiwa ini sebagai pegubatan dan pencerahan kembali (re-enlightenment) mental bagi menyembuhkan penderitaan masa lalu Nabi s.a.w. dan sebagai petanda masa depan yang gemilang.

Penderitaan masa lalu terjadi kerana Nabi s.a.w.telah kematian dua orang yang sangat disayanginya iaitu isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib , sehingga akibatnya berlaku serentetan perisiwa di luar batas kemanusiaan ke atas Nabi s.a.w. seperti disakiti dan dicaci maki.

Rentetan penderitaan inilah yang menyebabkan Allah S.W.T telah menganugerahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.dengan gelaran iaitu “hamba”.Maknanya, seseorang manusia itu tidak layak dipanggil hamba (baca: hamba Allah) bila ia telah banyak merentasi halangan dan cabaran dengan ikhlas dan beristiqamah seperti nabi. Kerana itu Allah berfirman dalam surah al-Isra’ ayat ! “Maha suci Allah yang menjalankan hambanNya…”.

Manakala menjadi tanda tentang masa dengan ajaran islam yang gemilang adalah dengan diperlihatkan tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T. yang mengatasi segala kekuasaan lainnya.

Perbezaan Pendapat Sekitar Isra’ Mi’raj

Infomasi-infomasi yang bervariasari dari hadith-hadith Nabi s.a.w. telah menimbulkan perbezaan tentang berbagai aspek lainnya sekitar Isra’ dan Mi’raj. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa Isra’ dan Mi’raj ini berlangsung dalam keadaan mimpi. Jadi pada saat tidur, kesedaran Nabi dibukakan sedemikian rupa, sehinggalah ia mengalami perjalanan yang luar biasa itu dan menyaksikan ayat-ayat keagungan tuhan.

Sebahagian ulama’ yang lain pula cenderung mengatakan bahawa Nabi dibangunkan dari tidurnya. Kemudian ia dengan jiwa raganya (jasad) dibawa oleh Jibril untuk menempuh perjalanan malam yang amat jauh itu (kerana itu disebut hamba, ada kombinasi antara jasad dengan roh).

Walaupun terdapat perbezaan pemahaman, namun kedua pihak tetap menganggap peristiwa ini sebagai anugerah Allah kepada Muhammad s.a.w.sebagai pengalaman yang luar biasa.

 

Panduan Ta’abbudi dan Ta’aqquli

Tentang hakikat peristiwa ini tentulah hanya Allah Yang Maha Tahu. Dan, membahas masalah ini dengan agak keterlaluan, dengan berbagai hujah tanpa batasan tdaklah relevan dihadapan Tuhan Yang Maha Kuasa. Yang jelas, dengan pertolongan ilmu pengetahuan dan teknologi yang semakin maju, sedikit demi sedikit penjelasan untuk peristiwa ini akan semakin baik menarik.
Contonya kalau dilihat dalam kehidupan sekarang, manusia sudah mampu mencipta sesuatu yang tidak pernah terfikir pada masa dahulu seperti roket, setelit dan berbagai-bagai percubaan sains berasaskan teknologi. Kalau dahulu manusia membandingkan jarak kelajuan untuk menuju sesuatu tempat dengan istilah “selaju larian unta ataupun larian kuda”, maka istilah tersebut kini telah diganti dengan peristilahan “lebih laju dari kelajuan bunyi dan cahaya”. Ini juga sebahagian dari pembuktian bahawa semakin laju manusia dan semakin banyak kajian ilmu tentang alam (the works of Allah), maka manusia akan mengakui tentang adanya Tuhan. dan pengakuan ini akan lebih cepat sekiranya digabungkan dengan firman-firmanNya yang berbentuk qauliyyah (the words of Allah).
Maka sudah tentu kejadian yang berlaku pada Nabi dalam Isra’dan Mi’rajnya ini terjadi dengan kehendak Allah S.W.T. Dimana Nabi s.a.w. telah dibebaskan dari belenggu dimensi ruang dan waktu, sehingga beliau dapat melihat dan mengalami hal-hal di masa lalu dan dimasa mendatang sekaligus. Ini kerana Allah sendiripun tidak terikat dengan ruang dan waktu, apalagi keduanya (ruang dan waktu) adalah makhluk ciptaan Allah, seperti juga ciptaan-ciptaanya yang lain.

 

Kesimpulan

Setelah memperkaya khazanah pengatahuan kita tentang peristiwa penting ini dan dinamiknya, maka tentulah kita tidak perlu menyibukkan diri dengan masalah hadith Isra’ Mi’raj ini dha’if, tak logik serta kembali tenggelam dalam pertengkaran di kalangan awam. Untuk itu, kita perlu berusaha mengganti pertanyaan (why) “kenapa”.

Ini penting dilakukan jika “bagaimana” yang dipertanyakan, maka masyarakat akan tenggelam dengan cerita-cerita klasik berkaitan Isra’ Mi’raj seperti; Apakah buraq itu bentuknya seperti kuda tetapi berkepala manusia atau pertanyaan tentang sayap yang tumbuh di badan buraq, wujud atau tidak!

Tetapi sebaliknya, jika masyarakat mula mempertanyakan peristiwa tentang Isra’ Mi’raj ini dengan pertanyaan “kenapa”, maka jawapanya akan lebih menyerang ke hati dan boleh dihubungkan realiti disetiap masa dan zaman. Terselah kepada keilmuan masing-masing untuk menjelaskannya berdasarkan aspek iman dan akal. Apapun yang terjadi berkaitan peristiwa agung ini, hendaklah kita, sebagai seorang muslim, menjadi semakin mantap imanya.

Sebelum tulusan ini diakhiri, ada baiknya jika direnung kembali kata-kata seorang pujangga sufi, Abdul Qudus, yang menulis bait berkaitan peristiwa ini untuk menerangkan kemulian Nabi Muhammad .s.a.w. yang tetap turun semula ke persada bumi untuk menjadi…”rahmat disekelian alam” walaupun telah mencapai kedudukan tertinggi di sisi Tuhan. Katanya

“Nabi Muhammad naik ke langit tinggi
lalu kembali,
Aku bersumpah,
demi tuhan!
Kalau aku sudah sampai kesitu
jangan harap aku kembali…..”

 

(Setiap rencana pilihan petikan dari Majalah Pengasuh yang diterbitkan dalam ruangan ini, diseliakan oleh Ustaz Haji Mohd. Nawi bin Haji Ismail).

Rencana ini dipetik dari Majalah Pengasuh dengan ihsan :
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK)

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »