Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 1 Julai 2009

Institusi Raja Pertahan Hak Keistimewaan Islam

Posted by epondok di Julai 1, 2009

Oleh Mohd Sayuti Omar

TERIMA kasih kepada Duli-Duli Raja-Raja Melayu kerana mengambil inisitiaf dan tanggungjawab sehingga membolehkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan agama dan pindaan kepada Undang-Undang Keluarga Islam (Wailayah-Wilayah Persekutuan) ditanguhkan.

Sekiranya Duli-Duli Raja-Raja Melayu tidak mengambil inisiatif itu sudah pasti pindaan undang-undang itu akan dilakukan. Pindaan undang-undang itu dicadang untuk dibentang pada parlimen yang sedang berlangsung kini.

Penangguhan itu bagi membolehkan pihak kerajaan meminta pandangan kerajaan-kerajaan negeri terlebih dahulu berhubung cadangan meminda beberapa akta itu. Langkah yang diambil oleh Duli-Duli Raja-Raja Melayu itu memang bijak dan tepat pada masanya. Seharusnya kerajaan sebelum meminda apa juga akta bersabit dengan Islam dan kepentingan Melayu perlu mendapat pandangan menyeluruh dan mendalam dari kerajaan-kerajaan negeri.

Ia juga perlu diminta pandangan dari pakar-pakar perundangan Islam. Pada 22 April lalau Kabinet telah memberi tahu anak-anak kekal dalam agama asal semasa ibubapanya berkahwin walaupun ibubapanya telah menukar ke agama baru. Selain itu jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama mestilah menyelesaikan masalah-masalah peribadi terlebih dahulu.

Pemakluman kabinet itu menimbulkan kekesalan dan keresahan kalangan umat Islam negara ini. Sekiranya apa yang disebut kabinet itu dimasukkan sebahagian pindaan ia boleh menjejaskan kesucian agama Islam di negara ini. Cadangan sedemikian juga secara tidak langsung meletakkan Islam itu setaraf dengan agama-agama lain. Tindakan ini sudah tentu bertentangan dengan perlembagaan negara yang mencatatkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Sudah tentu sekiranya Duli-Duli Raja Melayu tidak mengadakan persidangan khas membincangkan perkara itu cadangan berkenaan akan diteruskan. Melihat kepada fungsi dan tanggungjawab ini jelas institusi Raja-Raja memberi manfaat dan membela kedudukan dan memelihara Islam di negara ini.

Bayangkan sekiranya tidak ada Majlis Raja-Raja, sudah pasti umat Islam negara ini akan tergadai dan tercemar di sebalik pindaan itu. Institusi Raja-Raja ternyata menjadi sandaran terakhir kepada umat Islam negara ini bagi membela kepentingan agama mereka.

Memandangkan institusi Raja masih berperanan dan dihormati maka adalah elok kalau Duli-Duli Raja Melayu diberi peranan dan diluaskan lagi kuasa dan fungsi mereka terutamanya dalam soal berhubung kepentingan Melayu. Sekiranya perlembagaan perlu dipinda untuk memberi ruang ini kepada Raja-Raja Melayu ia boleh dipertimbangkan.

Misalnya perbahasan mengenai isu-isu berhubung Melayu yang berkecamukan hari ini barang kali juga perlu sentuhan Raja-Raja Melayu. Misalnya isu biasiswa untuk orang Melayu, kehilangan tanah rezab Melayu dan sebagainya sangat memerlukan perhatian Raja-Raja. Walaupun berbagai pihak dan NGO cuba mempertahankan hal ini namun ia umpama cuba menimba lautan saja dan mudah disinis sebagai tindakan politik perkauman.

Rasanya tidak menjadi kesalahan kalau Raja-Raja bersidang membincangkan perkara ini kerana ia adalah berhubung langsung dengan kepentingan Melayu sejajar dengan institusi Raja-Raja itu sendiri telah menjadi lambang keutuhan Melayu di negara ini sejak lebih 500 tahun lalu. Keperluan ini juga menjadi sedikit terdesak apabila parti-parti politik yang didominasi Melayu juga seakan melupai kepentingan Melayu kerana ingin menjadi juara di kalangan bukan Melayu.

Kita percaya kalau Raja-Raja Melayu memainkan peranan tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan atas tindakan dan keputusan Raja-Raja Melayu itu.

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Kumpulan Marhaban Nurun Nisa’ Lawat Pondok

Posted by epondok di Julai 1, 2009

sngor3sngor

27 Jun – Bila sahaja ada ruang cuti samada cuti panjang atau mingguan maka sentiasa ada rombongan yang datang melawat pondok. Baru-baru ini, suatu rombongan dari Kumpulan Marhaban Nurun Nisa’, Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor telah berkesempatan untuk melawat Pondok Pasir Tumboh dalam rangka lawatan mereka ke Kelantan di mana mereka disambut oleh jawatankuasa penyambut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Perhubungan dan Penerangan Madrasah. Sepanjang berada di pondok ini, ahli rombongan telah dibawa untuk melawat bilik pameran seterusnya diberi taklimat berkaitan sistem pengajian serta peluang yang ada yang ditawarkan di pondok ini. Biasanya ahli rombongan berminat untuk menjadi pelajar sementara dalam  tempoh tertentu atau pun mahu menghantar anak-anak pada musim cuti sekolah untuk menimba ilmu di pondok. Selepas itu, rombongan di bawa untuk meninjau sekitar kawasan pondok. Semoga lawatan ini menambahkan lagi kemesraan kasih sayang dan hubungan silaturrahim disamping dapat mengenal secara lebih dekat berkaitan sistem pengajian pondok

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »

Tuan Guru Hj Hashim Gembira Sambut Rombongan Sungai Petani

Posted by epondok di Julai 1, 2009

sgpetanisgpetani3

26 Jun – Rombongan dari Sungai Petani, Kedah berasa teruja kerana berkesempatan untuk berjumpa dengan Tuan Guru Hj Hasim Mudir Pondok Pasir Tumboh dalam rangka lawatannya ke pondok tersebut. Rombongan tersebut yang mengadakan lawatan ke Kelantan dan Terengganu telah berkesempatan pada sebelah pagi untuk beramah mesra dengan Menteri Besar Kelantan di rumahnya di Pulau Melaka. Manakala selepas solat Jumaat pula, rombongan ini berkesempatan untuk melawat Pondok Pasir Tumboh di mana mereka disambut oleh jawatankuasa penyambut yang diketuai oleh Setiausaha Agong Madrasah. Sepanjang berada di pondok ini, ahli rombongan telah dibawa untuk melawat bilik pameran seterusnya diberi taklimat berkaitan sistem pengajian sebelum menziarahi kediaman Tuan Guru Hj Hashim untuk beramah mesra dengan beliau. Walau pun berada dalam keuzuran namun Tuan Guru Hj Hashim terus mesra melayan para tetamu. Semoga lawatan ini menambahkan lagi kemesraan kasih sayang dan hubungan silaturrahim disamping dapat mengenal secara lebih dekat berkaitan sistem pengajian pondok

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »