- 1. Akta Memperbaharui (Perkahwinan & Perceraian Sivil);
- 2. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam;
- 3. Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan.
Archive for 30 Jun 2009
Sokong Raja Selamatkan Aqidah Anak Muallaf
Posted by epondok di Jun 30, 2009
Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »
Tangguh bentang pindaan RUU Kekeluargaan Islam dialukan
Posted by epondok di Jun 30, 2009
Wan Nordin Wan Yaacob Tue | Jun 30, 09 | 9:27:11 am MYT |
|
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) – Keputusan Majlis Raja-raja Melayu supaya kerajaan menangguhkan pembentangan tiga Rang Undang-undang berkaitan kekeluargaan Islam adalah tepat dan dialukan.Demikian tegas Naib Ketua Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim kepada Harakahdaily hari ini bagi mengulas isu tersebut.Beliau merujuk kepada Persidangan (Khas) Majlis Raja-Raja Melayu Kali Ke 217 yang bersidang pada 29hb Jun 2009) di Istana Negara.
Di dalam persidangan ini, Majlis Raja-Raja Melayu telah memutuskan supaya cadangan kerajaan untuk membentangkan pindaan Rang Undang-Undang di Parlimen bagi meminda Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, ditangguhkan terlebih dahulu bagi mendapatkan terlebih dahulu pandangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. “Kami dengan ini mengalu-alukan keputusan tersebut atas pertimbangan bahawa sebarang pindaan undang-undang yang membabitkan isu-isu yang sensitif seperti soal implikasi dari penukaran agama, haruslah dibuat dengan cukup berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya ketegangan dan salah faham,” ujarnya. Hakikat ini boleh dilihat dengan jelas pada ketika kabinet membuat satu keputusan kontroversi pada bulan April yang lalu, katanya. April lalu ujar Abdullah, kerajaan telah memutuskan bahawa seseorang anak yang masih belum dewasa adalah kekal di dalam agama kedua ibu bapanya (common religion) sewaktu di dalam perkhawinan, meskipun salah seorang dari kedua ibu bapanya telah memeluk agama yang lain. Pada masa yang sama, DPPNP menuntut supaya kerajaan bukan sahaja mengambilkira pandangan dan cadangan dari Majlis Agama Islam Negeri, katanya. Bahkan katanya semua pihak yang berkaitan seperti parti-parti politik, NGO-NGO, pakar-pakar perundangan sivil dan syariah dan badan-badan agama sebelum Rang Undang-Undang tersebut dibentangkan di Parlimen. “Pemuda PAS berharap dan akan berusaha memastikan supaya pindaan yang dicadangkan tersebut bukan sahaja menghormati kedudukan dan kemuliaan agama Islam, tetapi pada masa yang sama turut member keadilan kepada penganut agama-agama yang lain,” katanya. Semalam di Parlimen, dalam satu pertemuan dengan ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution beliau telah mendedahkan isu keinginan kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang tersebut dalam tempoh dua hari lagi bagi persidangan di Dewan Rakyat. Saifuddin mendakwa, pindaan itu antara lain hanya akan menjejaskan fungsi Mahkamah Syariah, sebaliknya kuasa mahkamah tersebut akan dialih ke Mahkamah Sivil. Paling dikhuatiri ujar Saifuddin, pindaan yang dibuat itu dalam tempoh yang sangat singkat sementara kertas pindaan masih belum diserahkan kepada ahli Parlimen untuk diperhalusi. Pindaan ini (jika dibentang) hanya akan membangkitkan sensitiviti masyarakat Islam khususnya, kata Saifuddin. Di peringkat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), pihaknya akan bertemu dengan Majlis Peguam Malaysia bagi membincangkan isu ini, sementara PAS katanya akan berbincang dengan Peguam Islam mengenai isu yang sama. – wann/mks. _ |
Petikan : harakahdaily.net
Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »
Majlis Raja-Raja tangguh pindaan peraturan tukar agama
Posted by epondok di Jun 30, 2009
Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu pada satu mesyuarat khas hari ini.
Mesyuarat selama dua setengah jam di Istana Negara itu dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, lapor Bernama.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ke mesyuarat itu.
Menurut kenyataan itu, semua Raja hadir kecuali Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Tengku Abdullah; Sultan Kelantan diwakili Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra; Sultan Perak diwakili Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah; dan Pemangku Raja Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.
Pada 22 April lalu, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, apabila ibu atau bapa mereka memeluk agama lain kemudian.
Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.
Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.
Taklimat dibatalkan
Berikutan keputusan Majlis Raja-Raja tersebut, satu majlis taklimat untuk ahli parlimen beragama Islam mengenai pindaan tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir.
Taklimat tersebut dijadual diberikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada jam 6 petang hari ini.
Mereka dijemput oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang menjaga halehwal agama Islam.
Tiada sebarang alasan rasmi diberikan berhubung pembatalan tersebut, tetapi menteri yang menjaga halehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ia kerana ahli parlimen terbabit sibuk dengan jadual masing-masing.
Katanya, taklimat tersebut akan diadakan kemudian tetapi tidak mengulas lebih lanjut.
Pada 16 Jun lalu, Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa pindaan tersebut sedang diperincikan oleh Pejabat Peguam Negara sebelum dibentangkan di Parlimen.
Petikan : Malaysiakini.com
Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »