Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Pulo: Pondok tidak latih pengganas

Posted by epondok di Jun 24, 2009


Kumpulan pemisah, yang berjuang bagi kemerdekaan tiga wilayah bermajoriti penduduk Islam di Selatan Thailand, menafikan sistem sekolah pondok digunakan untuk menyebarkan keganasan.

Mengulas laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (Pulo) menyifatkan laporan seumpama itu bertujuan memburuk-burukkan sistem sekolah agama di wilayah selatan, lapor Bernama.

Ketua Hal Ehwal Antarabangsa Pulo Kasturi Mahkota berkata, kehidupan aman di pondok yang menjadi pusat pendidikan dan institusi dihormati masyarakat kini banyak terganggu akibat campur tangan elemen Thai.

“Daripada campur tangan dengan institusi agama di Pattani yang menekankan pengajaran dan nilai moral, kenapa tidak kerajaan Thai melihat sendiri keadaan sistem pendidikannya,” soalnya dalam satu kenyataannya semalam seperti di laman web Pulo.

Tambahnya, laporan “merekrut militan di selatan Thai” yang dikeluarkan NGO antarabangsa itu  kelmarin nampak seolah-olah dibuat untuk kepentingan dan bagi pihak pergerakan ultra-nasionalis Thai yang jelas menunjukkan mengenai kekurangan etika kewartawanan yang neutral dalam membuat liputan mengenai konflik di Pattani.

Dalam laporan itu, ICG berkata sekolah swasta Islam atau pondok telah menjadi pusat latihan bagi pemberontak memandangkan kumpulan pemisah menggunakannya sebagai tempat untuk merekrut dan melatih remaja Islam, lapor Bernama lagi.

Lebih 3,500 orang terbunuh dalam siri keganasan sejak kumpulan
pemisah menyambung semula kempen bersenjata pada Januari 2004 bagi mendapatkan kemerdekaan Yala, Pattani dan Narathiwat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: