Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 20 Jun 2009

Etika Pemakaian Ziarah Pondok

Posted by epondok di Jun 20, 2009

Makluman penting kepada tuan, puan, saudara dan saudari yang ingin melawat pondok samada untuk lawatan sambil belajar, siapkan tesis pengajian, ziarah ibubapa atau anak dan saudara mara yang belajar di pusat pengajian pondok maka hendaklah mematuhi cara pemakaian agar menjaga syariat Islam dan menghormati pusat pengajian Islam

 

  1. Lelaki

–          Menutup aurat dengan sempurna

–          Tidak memakai pakaian yang melambangkan gambar yang tidak senonoh dan bertentangan dengan Islam

 

 

  1. Perempuan

–          Sebaiknya memakai jubah labuh

–          Sekurangnya baju kurung atau sejenisnya

–          Bertudung dengan sempurna bukan setakat skaf sahaja yang masih menampakkan rambut

–          Tidak dibenarkan memakai t-shirt dan seluar yang kebanyakannya menampak bentuk tubuh yang menyebabkan tidak sempurna dalam masalah aurat

 

 

Semoga arahan ini dipatuhi demi mentaati perintah agama bagi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat

 

 

Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan

 

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Posted in Pondok Malaysia, Pondok Pasir Tumboh | 1 Comment »

Cara Mencapai Kesempurnaan Diri

Posted by epondok di Jun 20, 2009

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu ‘anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya  Tanyalah apa yang engkau kehendaki :
 

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim   Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah               maka engkau akan jadi orang yang alim   
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya   Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya   
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil   Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia  
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik   Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia   
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah    Baginda S.A.W menjawab  : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah   
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku   Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna   
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang  muhsinin ( baik )   Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin   
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat  Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat   
Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa    Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa   
Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya   Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya   
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat  Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat   
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku   Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan                 ( kurangkan ) segala dosamu   
Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia   Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia   
Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia 
  
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia   
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu   
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya   Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka   
Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat   Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya   
Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku   Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya   
Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat      Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat   
Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?     Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan,mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan   
Dia berkata : Apakah  sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?    Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala )  
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?  Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan  
Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?  Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang   
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat? Baginda S.A.W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah  

 

   

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini….

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »