Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Bersatu Hentikan Keganasan di Selatan Thailand

Posted by epondok di Jun 11, 2009


Sekali lagi dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam umat Islam di Kg. Air Tempayan, Mukim Choo Airong di Narathiwat, Selatan Thailand Isnin 13 Jamadil Akhir 1430 / 07 Jun 2009.
Kejadian berlaku ketika jemaah sedang mendirikan solat isya di Masjid Al Furqan yang di imamkan oleh Haji Wan Abdullah Bin Wan Latif (62). Sewaktu Hj Wan Abdullah sedang membaca surah Al Fatihah pada rokaat kedua, tiba-tiba bunyi tembakan kedengaran daripada sebelah kiri dan belakang mereka.
Tembakan itu menyebabkan Imam Hj Wan Abdullah serta 11 lagi jemaah meninggal sementara 11 lagi cedera parah. Kesemua mereka dikebumikan didalam satu liang lahad dikampung tersebut.
Menurut para saksi yang melihat kejadian itu, pembunuh-pembunuh tersebut berpakaian seragam hitam dan membawa senjata automatik. Kata mereka cara pembunuhan itu dilaksanakan menunjukkan kumpulan tersebut adalah profesional dan terlatih. Pihak pejuang pemisah Islam Selatan Thai menafikan penglibatan mereka dalam kejadian tersebut. Malahan tidak mungkin pemisah kumpulan Islam terlibat kerana tidak mungkin mereka sanggup mencemar kesucian sebuah masjid dengan melakukan pembunuhan tersebut.
Sejak peristiwa pembunuhan di Masjid Kerisek dan Tak Bai tahun 2004, sudah 3500 umat Islam mati dibunuh, iaitu purata hampir dua orang setiap hari sehingga hari ini.
Kita umat Islam khususnya di Malaysia sudah tentu merasakan kezaliman dan penganiayaan yang dikenakan terhadap umat Islam Fatani di Selatan Thai. Mereka bukan sahaja saudara kita seagama, malahan mereka adalah sebahagian daripada rumpun Melayu. Malahan daerah mereka dahulunya adalah terletak didalam Persekutuan Tanah Melayu sebelum dipecah-bahagi oleh British pada tahun 1908.
Saya kira sudah tiba masanya kita umat Islam umumnya dan bangsa Melayu/ Islam di Malaysia menuntut suatu tindakan serius diambil bagi mengembalikan keamanan kepada umat Islam Selatan Thai.
Saya mencadangkan kita mengambil langkah-langkah berikut:
1. mendesak Kerajaan Thai supaya memberikan wilayah autonomi kepada Selatan Thai;
2. membenarkan pasukan pengaman khususnya daripada gabungan negara-negara Islam untuk membantu mengawal keselamatan wilayah Selatan Thai. Untuk itu saya mencadangkan (malahan saya telah mencadangkan dalam sidang Parlimen lepas) supaya negara Islam menimbang untuk menubuhkan sebuah pasukan pertahanan Islam dikalangan negara OIC demi untuk mempertahankan dan membela umat Islam dimana sahaja mereka berada, sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah-Khalifah Islam dalam era pemerintahan Khilafah Islamiyah;
3. supaya negara-negara Islam, khususnya OIC segera menubuhkan Dana Pembangunan Selatan Thai untuk membantu menggiatkan pembangunan dikawasan tersebut. Dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara-negara Islam, saya tidak nampak mengapa Dana Pembangunan Selatan Thai tidak boleh ditubuhkan segera;
4. pintu sempadan diantara Malaysia – Thailand dibuka 24 jam dan tiada sekatan kepada pergerakan umat Islam di Wilayah tersebut. Bagi mereka yang memerlukan atau mahukan perlindungan Malaysia, Kerajaan seharusnya membenarkan dan memberikan mereka status pelarian politik yang memerlukan suaka atau perlindungan.
5. kerjasama dakwah dan program bersama perlu dipertingkatkan diantara Malaysia dan Selatan Thai. Teramsuk dalam program ini mengambil tiap-tiap kampung di Selatan Thai sebagai Projek Anak Angkat dan dikembarkan dengan mana-mana kampung dalam negara ini khususnya kampung-kampung di negeri Kelantan, Kedah dan Perlis.
6. Meningkat dan mengeratkan semula hubungan kekeluargaan dan silaturrohmi diantara penduduk Selatan Thai yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana rakyat Malaysia. Bagi mereka yang termasuk dalam golongan ini, pas sempadan khas patut dikeluarkan serta merta kepada mereka untuk membolehkan mereka bersama dengan keluarga mereka di Malaysia.
7. Membuka sekolah-sekolah dalam negara ini khsususnya dikawasan sempadan kepada anak-anak penduduk Selatan Thai dan jika diperlukan, memberi mereka bantuan kewangan dan lain-lain.
Dalam keadaan apa pun, tindakan segera dan langkah serius perlu di ambil bagi menangani segera masalah keselamatan dan keamanan umat Islam di Selatan Thai.
Zulkifli Bin Noordin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: