Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Pondok Antara Destinasi Tumpuan Pelancong Musim Cuti

Posted by epondok di Jun 5, 2009


SANY0644

5 Jun – Sempena musim cuti sekolah ramai pelancong dari luar Kelantan menggunakan peluang untuk datang menziarahi Kelantan yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah kerana banyaknya pusat pengajian agama terutama pusat pengajian pondok. Oleh itu banyak rombongan yang mengambil peluang untuk melawat pusat pengajian pondok dalam rangka lawatan mereka ke Kelantan

 

Pondok Pasir Tumboh telah dilawati oleh 20 orang ahli rombongan daripada sebuah sekolah di Johor pada pagi 3 Jun yang baru lalu diikuti dengan rombongan dari SMA Hira’, Shah Alam, Selangor pada sebelah petang. Rombongan dari Selangor ini sebelum itu telah menziarahi Pondok Sungai Durian, Kuala Krai diikuti Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu dan Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas. Pada 5 Jun pula suatu rombongan remaja dari Terengganu seramai 20 orang datang berkampung selama 3 hari di Pondok Pasir Tumboh bagi merasai sendiri cara hidup dan belajar di pondok

 

Semoga lawatan ini dapat menambahkan eratkan lagi ikatan silaturrahim disamping mengenal secara lebih dekat berkenaan system pengajian pondok tradisional yang masih ada di negara ini

 

Sebarang urusan lawatan ke Pondok Pasir Tumboh bolehlah hubungi pihak pejabat di talian 09-7657786 atau pun Bahagian Lajnah Penerangan dan Perhubungan melalui Ustaz Mohd Fuad 0199409870 atau Setiausa Agong Ustaz Shairazi 0199388902

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: