Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 4 Jun 2009

Amalan Perempuan Mudah Bersalin

Posted by epondok di Jun 4, 2009

 

 

1. Sentiasa membaca surah Maryam jika mampu

2. Sentiasa membaca doa ini :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ         مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki

 

* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

 

Cara dapat anak lelaki atau perempuan(amalan tradisi masyarakat China)

 

  1. Jika mahu anak lelaki maka semasa bersetubuh dengan isteri sekiranya dimulakan dengan sébelah kanan maka hendaklah turun di sébelah kiri selepas setubuh atau sekiranya dimulakan dengan sébelah kiri maka hendaklah turun di sébelah kanan selepas setubuh
  2. Jika mahu anak perempuan maka semasa setubuh sekiranya dimulai dengan sébelah kanan maka turun pun sebelah kanan selepas setubuh begitulah sebaliknya

 

  • Ini hanya sebagai suatu usaha dan ikhtiar. Jangan lupa bertawakkal menyerah diri kepada Allah

 

Ini suatu petua amalan daripada Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Senggugut dan Darah Rendah Boleh Ganggu Kehamilan

Posted by epondok di Jun 4, 2009

Ramai pasangan inginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga. Ada yang telah berkahwin lebih 3 tahun malah menjangkau 10 tahun namun belum dikurniakan anak menyebabkan sesuatu pasangan merasa tertekan

 

Menurut Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh yang biasa menerima pengaduan daripada ramai tetamu yang mempunyai masalah ini bahawa antara punca tak boleh lekat benih untuk mengandung akibat rasa pedih kesakitan semasa haidh bagi isteri atau pun senggugut. Senggugut ini mempunyai kuman yang membunuh benih yang menyebabkan isteri tak mampu hamil. Ada juga disebabkan penyakit tekanan darah rendah

 

Antara cara bagi mengubati penyakit senggugut ialah :

 

  1. Cari mata kukur kelapa yang telah diguna bukannya yang baru (boleh dibasuh jika kotor yang menyebabkan najis dan juga membahayakan kesihatan)
  2. Bakar mata kukur kelapa tadi hingga membara
  3. Selepas itu masukkan mata kukur yang masih panas itu dalam suatu bekas yang bertudung kemudia ditutup beberapa minit (air sekadar untuk menenggelamkan mata kukur)
  4. Kemudian minum air tadi…. Insya Allah semoga Allah sembuhkan penyakit ini

Manakala bagi menangani masalah darah rendah bolehlah makan perkara berikut :

a. Hati lembu

b. Sayur bayam

c. Kerang

d. Air barli

Posted in Amalan Pilihan | 2 Comments »