Korikulum Madrasah
Madrasah ini mempunyai 2 sistem pengajian iaitu Nizami dan Umumi.
- Bagi kelas Nizami di mana pelajar akan dikelaskan melalui satu peperiksaan kelayakan dan korikulumnya jarang berubah
- manakala bagi peringkat umumi pula di mana pelajar akan memilih pengajian mengikut kemampuan masing-masing maka penentuan kitab yang dipelajari mengikut guru yang mengajar
Kemudahan asas
- Sedang membina sebuah Masjid
- Madrasah atau surau untuk berjemaah dan pengajian
- Pondok penginapan pelajar, kelamin dan warga tua
- Asrama pelajar lelaki
- Asrama pelajar perempuan
- Rumah guru
- Bangunan pejabat
- Kantin
Tenaga Pengajar
Terdapat 10 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu guru
Penghuni dan Pelajar Pondok
Jumlah penghuni pondok kini seramai 200 orang muslimin dan muslimat yang bujang disamping kelamin dan warga tua
Makan Minum
Pondok ini mempunyai cara pengurusan makan minum yang berbeza daripada pusat pengajian pondok yang lain iaitu di masak secara kumpulan dan mengikut giliran di mana pelajar hanya perlu bayar RM 1 sahaja di mana yang lain adalah sumbangan daripada para penderma budiman