Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

TUAN GURU HAJI DAUD BUKIT ABAL (1906 – 1976)

Posted by epondok di April 25, 2009


 

 

Syeikh tarekat Ahmadiyah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa/Sidi Muhammad al-Azhari/Syeikh Mohd. Said Linggi. Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat/Gong Kemudu.

Nama penuh ahli sufi ini ialah haji Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi. Lahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya, Wan Halimah bt. Hj. Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Haji Ismail (lebih terkenal dengan panggilan Haji Awang Limbat). Manakala bapanya, Haji Omar bin Haji Taib berasal dari Kg. Mentera, Bukit Marak.

Antara guru-guru awalnya : Haji Ahmad Limbat, Haji Sulaiman Kubang Kachang, Tok Kenali, Tok Seridik, Haji Omar Sungai Keladi, Haji Nik Abdullah Khatib, Yaakub Legor dan Maulana Tok Khurasan.

Di kota Makkah pula, antara lain beliau mendalami pengajiannya dengan Syeikh Omar Hamdan, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki, Syeikh Hasan al-Masyat, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Muhammad al-Azhari dan Syeikh Mohd. Shafie Kedah (Tok Shafie). Kedua-dua penama akhir inilah yang banyak mencurahkan amalan tarekat Ahmadiyah (termasuk ilmu ihsanuddin) kepadanya.

Setelah kembali dari Makkah pada awal 1941, beliau berkebun sambil mengajar agama dibeberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula sekolah pondok peninggalan bapa mertuanya, Haji Awang Limbat.

Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan – mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuluddin, furu’uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengalaman zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan murid-muridnya beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-Fawaid (cetakan pertama 1956); dan pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.

Tuan Guru Haji Daud meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976.

Warisan ilmunya kini disebarkan pula oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Haji Ghazali Tunjong, Pak Da Awang Kampung Pek, Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi (pengarang buku Mengenal Diri dan Wali Allah yang sangat popular itu). Ustaz Wan Hasan Muhammad Bukit Tanah (ahli Jemaah Ulama MAIK), Drs. Abdul Rahman Haji Ahmad (Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan) dan Prof Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darussalam).

– ISMAIL CHE DAUD

4 Respons to “TUAN GURU HAJI DAUD BUKIT ABAL (1906 – 1976)”

  1. seeker said

    Assalamualaikum,

    Berkenaan dengan riwayat hidup arwah tuan guru hj daud yang sediada adalah amat terhad.Maka perlu dipanjangkan dan diperkembangkan lagi untuk generasi dan para peminat jalan kerohanian.

    Ini memandangkan Hj Daud Bukit Abal adalah antara seorang tokoh melayu yang terpenting dalam hal ehwal sufi & tasauf di rantau ini yang boleh dijadikan panduan serta contoh seorang berjaya dalam lapangan kerohanian ini…

    Usaha yang pro-aktif ini perlu jika kita betul-betul ingin mengenang jasa beliau dan sekretariat perlu ditubuhkan untuk merealisasikan hasrat tersebut.Jangan hangat-hangat tahi ayam..

    Yang pentingnya adakah kita benar-benar faham apa yang sebenarnya yang hendak disampaikan oleh arwah haji daud dalam lapangan kerohanian ini…

    Sekian. wallahu’alam.

  2. adnan said

    kalau tak silap saya, saya pernah membaca buku kajian Prof Dr. Hamdan Hassan, beliau adalah salah seorang murid tuan guru haji daud, didalam buku beliau boleh dikatakan agak terperinci mengenai tuan guru haji daud bukit abal..

    sekian, wallah hu ‘alam

  3. nur said

    tuan guru ada banyak anak angkat antaranya pak ngah harun.beliau menubuhkan surau ahmadiyah guntung.

  4. khairatul akmar bin ab latif said

    kebanyakan penndapat menyatakan Tn Guru Hj Daud menerima tarikah daripada Tok Shafie Kedah, padahal bukan sedemikian. Tok Shafie Kedah hanyalah kawan beliau semasa di Makah. beliau hanya menerima Thoriqah daripada Sidi Azhari sahaja. terdapat beberapa perkara yg bercanggah antara Tn Guru Hj Daud dengan Tok Shafie Kedah dari segi ilmu Tasauf.
    kesalahan fakta ini tersebar luas samada dlm penulisan Dr Zarina, atau info daripada majlis ugama islam negeri sembilan atau dalam wikimedia juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: