Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Langkah Kabinet Benarkan Anak-Anak Kekal Agama Asal Biar Pun Ibu Bapa Memeluk Agama Islam Sungguh Mengecewakan !!

Posted by epondok di April 24, 2009


Ahli Parlimen Kuantan hari ini kecewa dengan keputusan kabinet berhubung penyelesaian
pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu
bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka
memeluk Islam. Beliau berkata “keputusan kabinet itu amat-amat membimbangkan dan tentu sekali boleh membawa kepada masalah sosial kelak”
katanya.

Beliau turut menambah bahawa tanpa bimbingan agama yang mantap
daripada ibubapa yang telah bertukar agama ia akan menjadi punca kepada
permasalahan dikalangan remaja. “Contohnya
apabila ibubapa bertukar agama, siapakah yang akan mendapat hak
penjagaan anak nanti, ini kerana anak itu berbeza agama daripada yang
ditetapkan ke atas anak”.”Siapa pula yang akan dipertanggungjawabkan
dalam hal membimbing agama” tambah beliau lagi.

Beliau turut
menegaskan bahawa keputusan kabinet itu nerupakan satu tindakan yang
tidak fikir panjang dan meletakkan anak sebagai paling utama. Malah
katanya, keputusan ini juga telah membelakangkan kemurnian agama Islam.
Ini kerana dari segi pandangan Islam, apabila mana-mana ibubapa memeluk
agama Islam maka status anak mereka yang dibawah umur secara automatik
beragama Islam juga.

Nampaknya, pincanglah konsep “One Malaysia” jika
begini caranya kabinet membuat keputusan. Sepatutnya segala tindakan
yang berkaitan dengan agama Islam perlula dirujuk kepada mereka yang
pakar dan arif dalam bidang berkenaan.

Jika perkara sebegini dibiarkan
berlaku tanpa sebarang sekatan, maka sudah pasti rakyat akan terus
bangkit untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ini. Sebagai langkah awal, mungkin mereka akan tunjukkan undi protes dalam pilihanraya kecil DUN Penanti tidak lama lagi…

http://pahangdaily.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: