Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 27 Mac 2009

Rombongan Majlis Agama Islam Pahang Lawat Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di Mac 27, 2009

27 MAC Kota Bharu– Rombongan yang terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Pahang dan beberapa agensi kerajaan yang lain telah mengadakan suatu lawatan rasmi bagi meninjau dan mendapat maklumat yang terperinci berkaitan system pengajian Pondok Pasir Tumboh.. Pihak pentadbir pondok berkenaan terutama daripada jawatankuasa Lajnah Penerangan dan Lajnah Pendidikan telah diberi mandat dalam menyambut kedatangan rombongan ini disamping menyampaikan maklumat yang berkenaan. Tujuan utama lawatan rasmi ini bagi melihat secara dekat system pengajian yang diamalkan di pondok ini dengan matlamat untuk mewujudkan system pengajian pondok moden di Pahang. Sebelum ini rombongan yang sama telah mengadakan tinjauan di Pondok Jenderam Hilir, Selangor bagi tujuan yang sama. Semoga lawatan ini dapat mendatangkan hasil yang baik dalam mengembang dan memperbanyakkan lagi pusat pengajian Islam yang begitu diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat

 

Pada hari Jumaat yang baru lalu, satu rombongan guru dan pelajar sebuah pusat penjagaan anak yatim dari Selangor turut mengadakan lawatan ke pondok ini bagi mendapat maklumat tentang system pengajian dan peluang pelajar dari pusat berkenaan untuk memasuki pondok ini. Begitu juga dengan hasil perbincangan pihak pentadbiran pondok ini dengan satu lagi rombongan juga dari Selangor yang ingin mengetahui program yang disediakan oleh oleh pihak pondok bagi pelajar sekolah pada musim cuti dan juga program khusus bagi pelajar yang bermasalah untuk ditarbiah dalam tempoh tertentu di pondok. Pihak pondok terus bekerjasama dengan kerajaan dan NGO bagi menangani masalah sosial yang semakin parah terutama di kalangan remaja Islam

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »