Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 17 Mac 2009

Buruknya Sifat Bakhil

Posted by epondok di Mac 17, 2009

1. Orang bakhil menyembah harta benda lebih banyak daripada menyembah Allah, Cintakan pada harta lebih banyak daripada cinta pada diri sendiri dan benci kepada kebaikan lebih banyak daripada benci kepada sakit dan dukacita. Oleh itu lihatlah apakah harga manusia jenis ini?

2. Harta merupakan jalan kepada kebaikan dan untuk hidup di kalangan manusia dengan diberi penghormatan dan kemuliaan apabila bijak menggunakannya sedangkan orang bakhil melihat kepada harta sebagai matlamat hidup sehingga tidak menghiraukan penghinaan dan kebencian manusia lain di atas sikap bakhilnya. Orang bakhil seperti manusia yang mati sebelum kematian sebenar dan menanam diri sendiri sebelum ditanam oleh manusia lain

3. Orang bakhil terlalu mengingati diri sendiri dan lupa kepada Allah serta terlalu bimbang terhadap kefakiran berbanding kematian. Orang bakhil terlalu takut kepada kefakiran berbanding siksaan dan pembalasan Allah

4. Seburuk-buruk jenis kebakhilan ialah sikap bakhil yang ada pada pemimpin atau ketua rakyat melainkan dia bakhil dalam menguruskan harta negara kerana yang demikian itu bertujuan menjaga amanah yang sememangnya disuruh oleh Allah dan rasulNya.


Rujukan :

1. Dr Mustafa Sibai’e, Hakaza ‘allamtani al-Hayaat, Darul waraq, cetakan pertama 1999

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »