Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang (1899-1968)

Posted by epondok di Mac 1, 2009


Salah seorang guru pondok  di pertengahan abad ke-20 yang paling ternama di  Kelantan. Merupakan harapan Tok Kenali terkanan yang mewarisi yang mewarisi ilmu tatabahasa Arabnya. Seangkatan dengan Hj. Abdullah Tahir Bunut Payong, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Awang Lambor dan Hj. Awang Serendah. Rakan akrab Ayah Chik @ Lebai Omar Kubang Tuman.

 

Nama penuh tokoh ulama’ kelahiran mukim Pulau Pisang, daerah Badang, Kota Bharu ini ialah Hj. Mohd Ali Solahuddin bin Awang. Ibunya bernama Wan Kalsom. Beliau adalah anak ketiga daripada 9 beradik.

 

Selain Tok Kenali, guru-guru tempatannya termasuklah Hj. Abdul Malek Sg. Pinang, Hj. Yusof Sg. Pinang (kemudian lebih dikenali dengan nama Tok Pulau Ubi), Tok Kemuning (di Pulau Kundor), Hj. Omar Sg. Keladi, Pak Chik Musa, Hj. Yaakob Legor dan Hj. Ahmad Hafiz.

 

Namanya “timbul” kerana kealimannya dalam ilmu soraf (cabang tatabahasa Arab) sehingga digelar “Tok Sibaweh”. Tidak hairanlah jika Madrasah al-Falah (nama rasmi Pondok Pulau Pisang) yang dibangunkan beliau di Telok Chekering, Pulau Pisang senang menjadi tarikan para pelajar pondok. Sementelahan pula seawl 1932 lagi, Hj. Ali dipilih menganggotai Jemaah Ulama’ MAIK yang dipengerusikan oleh Dato’ Hj. Ahmad Maher al-Azhari (Mufti Kerajaan Kelantan).

 

Berikutan dengan kematian Hj. Saad Kangkong (1943) beliau dipinjam sebagai guru agama Kelas Khas di Jami’ Merbau al- Ismaili (pusat pengajian ilmu-ilmu Islam berbentuk sekolah pertama di Kelantan) yang menampung ramai pelajar dari dalam dan luar Kelantan pada awal dekad 1940-an, berkhidmat sehingga 1 Mac 1946. Selepas itu kembali semula ke Masjid Muhammadi.

 

Antara murid-muridnya ialah Dato’ Hj. Ismail Yusoff (Mufti Kerajaan Kelantan), Ustaz Dato’ Yusoff Zaky Yaakob (pengarang terkemuka dan penterjemah Tafsir fi-Zilal al-Quran), Ustaz Hj. Ismail Yusoff  (imam Masjid Muhammadi), Ustaz Wan Mohd Saghir Wan Konok Pasir Pekan, Ustaz Azhari Abdul Rahman Melor, Hj. Abdul Aziz dan Hj. Mustafa Pasir Tumbuh, Hj. Zakaria Selising,  Hj. Daud Getting, Hj. Daud Perakap, Hj. Nik Daud Tanah Merah, Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Abdul Wahid Sg. Udang (Melaka), Hj. Abdul Rasyid Bagan Datok Perak dan Hj,. Abdullah Abbas Nasution Tanjung Pauh (Kedah).

 

Ulama’ kesayangan Dato’ Mufti Hj. Ahmad Maher ini kembali ke rahmatullah di kediamannya di Kg. Limau Putenge, Pulau Pisang pada pukul 7.05 pagi Khamis-11 Rejab 1388 bersamaan 3 Oktober 1968 dengan meninggalkan dua buah karya bercetak yang mengupas tentang ilmu Soraf dan terjemahan Surah Yassin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: