Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

GARIS PANDUAN BUAT WANITA BEKERJA

Posted by epondok di Februari 22, 2009


Dalam menjawab persoalan yang disebarkan oleh mereka yang bertanggungjawab dalam menggalakkan wanita untuk keluar bekerja dipelbagai sektor tanpa mengikut garisan yang telah ditentukan oleh syarak memandangkan golongan ini terdiri daripada lebih separuh jumlah kerakyatan sesebuah negara itu. Tujuan membebaskan wanita tanpa sempadan yang sepatutnya dipatuhi juga bertujuan untuk mencapai matlamat material semata-mata dengan menyisihkan pembangunan insan dan rohani.Persoalan yang perlu dijawab ialah adakah wanita Eropah mampu memberi pulangan yang baik dengan keluar bekerja tanpa dikawal oleh peraturan yang khusus dalam mencapai kemajuan yang sempurna untuk masyarakat disamping mampu menjaga keadaan mereka sebagai golongan wanita?. Persoalan ini memerlukan penelitian dan penyelidikan yang bersungguh dan mendalam.

    Seorang penulis ekonomi Islam iaitu Profesor Yusuf Khalifah al-Yusuf yang bertugas sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Universiti Emiriyah Arab Bersatu sekarang di mana beliau sebelum ini pernah menetap di Amerika dan England begitu lama telah menulis dengan penulisan dan kajian secara ilmiah tentang perkara ini. Dalam tulisannya beliau menyatakan bahawa kemajuan mengikut garisan yang sebenar hanya mampu tercapai apabila mampu memenuhi kehendak setiap individu dalam masyarakat berkenaan permintaan barangan dan perkhidmatan disamping tidak menyisihkan pembangunan ruhaniah, akhlak dan insan kepada setiap rakyat. Kemajuan akan cacat dan gagal jika hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dari segi material atau maddiyyah semata-mata tanpa menghiraukan atau menitik beratkan mengenai pembangunan insan, akhlak dan rohani.Apabila negara barat tidak mampu memenuhi garisan yang sepatutnya dalam memastikan pembangunan material seiring dengan pembangunan insan menyebabkan timbulnya masalh yang kronik seperti perpecahan dan perbalahan dalam keluarga, hilangnya kasih sayang antara ahli keluarga dan juga masyarakat sekeliling disamping hilangnya perasaan dalam membentuk keluarga dan menjaga ikatan kekeluargaan sebagaimana sepatutnya bukan hanya mengganggap ia merupakan tanggungjawab yang boleh dibuat sambil lewa.

 

Apabila pembentukan keluarga tidak diambil beratkan oleh wanita barat menyebabkan berleluasanya masalah sosial anak-anak, tingginya kadar perceraian dan sebagainya. Ini membawa kepada timbulnya masalah yang lebih besar kepada generasi muda yang akan menjadi pemimpin suatu hari nanti apabila ramai dikalangan mereka yang merasa tersisih dan terabai serta tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya akibat daripada kehidupan keluarga yang terabai ikatan kasih sayang. Mereka ini terlibat dengan dadah, arak, zina dan juga melakukan pelbagai kesalahan jenayah bagi memenuhi masa terluang dan mereka tidak lagi menghormati kedua ibubapa mereka. Kesan negatif ini turut merebak ke negara-negara umat Islam apabila kerajaannya mengabaikan masalah pembangunan insan termasuk Malaysia.Jika kita fikir bersama apakah kebahagian yang hendak kita rasai dalam kehidupan seharian kita?. Adakah cukup sekadar wang atau kita juga mahu kasih sayang dan perhatian daripada keluarga?.Kita juga dapat melihat bagaimana keruntuhan moral yang berlaku turut dirasai oleh masyarakat setempat bahkan oleh kerajaan itu sendiri. Berapa banyak wang yang dihabiskan untuk menangani permasalahan yang berlaku?. Jika kita fikir wang dihabiskan untuk membiyai pembinaan penjara dan pusat serenti untuk penagih dadah sahaja memakan berjuta ringgit. Adakah kos membina penjara sama dengan membina rumah kos rendah sedangkan dalam membina penjara kos untuk konkrit sahaja memakan beribu-ribu ringgit bukannya macam mahu bina dinding rumah.

    Kesan negatif daripada pembebasan wanita untuk bekerja tanpa ada batasan yang sepatutnya menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti zina, buang anak, meningkat kadar jenayah, dadah, timbulnya jantina ketiga dan pembaziran akibat pembelian alat solek  dan pakaian yang berlebihan kerana semata-mata mahu keluar rumah. Ini menyebabkan berlakunya kerugian dari segi kewangan dan kemasyarakatan yang jarang disedari. Melihat perkara ini maka bolehlah kita mengambil keputusan bahawa kemajuan yang dicanang oleh barat merupakan fatamorgana yang pasti membawa keperitan dan kegagalan kepada kita bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat nanti. Kita mestilah sentiasa mengaitkan antara dunia dan akhirat dalam setiap tindak tanduk dan keputusan kita seharian agar kita tidak terpengaruh dengan suasana sistem sekular yang diamalkan dinegara kita. Jika kita tidak lagi mampu merasakan bahawa setiap tindakan kita tidak boleh bebas daripada kehendak agama maka Islam kita belum sempurna dan kita masih terjajah oleh sekular.Oleh itu mulailah dari sekarang dengan ketibaan tahun baru hijrah untuk kita melakukan reformasi pada diri kita dan masyarakat sekitar kepada kehidupan berasaskan Islam yang sempurna dan menolak sebarang sistem ciptaan manusia yang bakal menghancurkan kebahagian dan menafikan hak manusia itu sendiri.

 

Sistem ciptaan manusia hanya mampu memberi jalan untuk memperolehi kebahagiaan material semata-mata dengan menafikan kebahagiaan rohani yang lebih penting. Tidak percayakah kita kepada kemanisan Islam dan keindahannya yang telah mendapat jaminan daripada Allah Tuhan pencipta kita sendiri?. Apakah bezanya kita dengan penganut yahudi yang mempercayai kesohihan taurat dan agama Islam yang dibawa oleh nabi Musa tetapi mereka tetap mencipta dan meminda taurat mengikut kefahaman sesat mereka yang bertunjang kepada nafsu serakah yang tidak pernah tahu erti kepuasaan.Ingatlah bahawa tamadun sesuatu bangsa ialah akhlak maka jika akhlak telah terhapus maka tidak ada tamadun lagi bagi bangsa itu.

    Dalam memastikan kebahagian yang selari antara material dan rohani maka Islam telah menggariskan beberapa etika bagi memastikan wanita bekerja tidak terkeluar daripada lunas-lunas murni bersesuaian dengan mereka. Garis panduan itu adalah sebagaimana berikut :

Pertama : Syaratnya bahawa masyarakat setempat memang memerlukan kepada wanita untuk memenuhi peluang yang ada dan wanita itu sendiri memerlukan kepada pekerjaan itu bagi tujuan menampung perbelanjaan diri sendiri dan keluarga bukannya untuk tujuan kemewahan atau semata-mata mahu bekerja.

Kedua   : Mesti mendapat persetujuan dan keizinan daripada suami bagi isteri yang bekerja dalam pekerjaan yang bersesuaian dengannya bukan dalam sektor yang dikhaskan untuk kaum lelaki.

Ketiga   : Mampu mengimbangi antara kewajipan terhadap rumahtangga dengan tanggungjawab dalam pekerjaan yang dijalankan. Jika dia gagal mengimbangi antara melaksanakan kedua-duanya maka dia dilarang bekerja diluar rumah dan wajib memberi tumpuan kepada urusan rumahtangga sahaja. Ini bagi memastikan pembinaan keluarga mampu berjalan dengan baik dan teratur kerana ia lebih penting berbanding masalah kewangan.

Keempat : Mesti menjauhi pekerjaan yang menyebabkan berlakunya khalwat antara wanita dan lelaki. Ini bagi mengelakkan perkara yang negatif terutama zina dan fitnah yang boleh menggugatkan rumahtangga.Ingatlah bahawa mengelak itu lebih baik daripada berubat.

Kelima   : Mesti mengelak daripada terlibat dalam sektor pekerjaan yang boleh membawa kepada masalah dan kesan negatif serta tidak sesuai dengan keadaan psikologi sebagai seorang perempuan.

Keenam  : Mengelak daripada sebarang sebab yang membawa kepada fitnah samada pada pemakaian ketika bekerja, percakapan dan juga bauan yang dipakai. Islam hanya membenarkan pemakaian yang menutup aurat untuk pekerja diluar rumah, begitu juga dengan bersolek dan memakai bauan yang berlebihan sehingga menarik perhatian orang lain yang mana perkara ini hanya dibenarkan ketika bersama keluarga bukannya diluar rumah. Pengabaian mengenai perkara inilah yang menyebabkan berlakunya porak peranda dalam rumahtangga, isteri berzina dengan teman sepejabat dan sebaliknya.

    Dalam memastikan kemajuan yang seimbang maka garis panduan di atas mesti dipatuhi. Oleh itu kerajaan mesti memainkan peranan penting di dalam memastikan garis panduan ini tidak dilanggar oleh rakyat. Hanya kerajaan yang berteraskan Islam sahaja yang menyedari hakikat kepentingan dalam pelaksanaan garis panduan ini kepada rakyatnya. Ini adalah kerana pemimpin bagi kerajaan Islam berasa bahawa dia akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap perkara yang berlaku ke atas rakyatnya di hadapan Allah nanti. Sedangkan pemimpin sekular hanya akan mengambil berat mengenai perkara ini apabila timbulnya masalah terutama yang akan menggugat kedudukan mereka dalam arena politik. Mereka tidak fikir masalah akhirat kerana ulama’ pengampu yang berada bersamanya tidak pernah menyebut kepadanya mengenai masalah halal haram dan syurga dan neraka sehingga pemimpin ini terus lalai dan juga ulama’ ini juga hanya dijadikan benteng pertahanan dalam menjaga periuk nasi mereka serta menyampai fatwa-fatwa yang menguntungkan pemimpin sahaja. Apabila ulama’ itu sendiri menjadi pemimpin maka dengan sendirnya dia sendiri menjadi pengawal dalam memastikan Islam dihormati. Tidak yakinkah kita bahawa ulama’ mampu malah memang layak memerintah?.Mahukah kita terus melihat Islam diperintah mengikut hawa nafus pemimpin yang rakus. Ingatlah bahawa Islam adalah sistem yang memerintah bukannya diperintah.

 

Terjemahan:
1. Majalah al-Mujtama’ bil. 1213

Satu Respons kepada “GARIS PANDUAN BUAT WANITA BEKERJA”

  1. […] { Mac 4, 2009 @ 4:56 pm } · { Muslimah dan Kekeluargaan } GARIS PANDUAN BUAT WANITA BEKERJA […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: