Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

TIADA ALASAN ABAI KEWAJIPAN

Posted by epondok di Februari 5, 2009


Alasan apa lagi......?


Tatkala seorang yang kaya raya ditanya.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si hartawan beralasan bahawa d ia tidak punya waktu untuk beribadah
kerana seluruh waktunya dihabiskan untuk mengurus kekayaanya.
Mungkin d ia lupa bahawa dirinya sebenarnya tidaklah lebih kaya daripada
nabi Sulaiman a.s di mana baginda menjadi semakin taqwa dengan
bertambahnya kekayaan
Alasan apa lagi......?Pertanyaan serupa ditujukan pada seorang karyawan.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si karyawan berkata bahawa d ia tidak punya waktu untuk beribadah
kerana sibuk dengan pekerjaannya.
Mungkin d ia pun lupa bahawa dirinya tidaklah lebih sibuk dibandingkan
dengan nabi Muhammad saw. yang disamping sebagai ketua negara,
panglima perang, baginda juga seorang pendidik umat.
Alasan apa lagi.....?

Begitupun ketika seorang hamba sahaya ditanya.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si hamba sahaya beralasan bahawa d ia tidak punya waktu untuk
beribadah kerana sibuk melayani majikannya.
Tidakkah d ia lupa bahawa dirinya tidaklah lebih sibuk dan sengsara
dibandingkan dengan nabi Yusuf as?
Alasan apa lagi.....?

Seorang yang sakit ditanya dengan pertanyaan yang sama.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si  pesakit beralasan bahawa d ia tidak punya waktu dan tenaga untuk
beribadah kerana derita sakitnya.
Cubalah d ia ingat bahawa derita penyakitnya itu tidaklah seberapa
dibandingkan dengan penderitaan yang pernah dirasakan oleh nabi Ayub as.
Alasan apa lagi......?Ketika pertanyaan yang sama ditujukan pada seorang yang fakir miskin.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si fakir miskin menjawabnya bahawa d ia tidak punya waktu untuk
beribadah kerana kemiskinannya.
Apakah d ia lupa bahawa d ia tidaklah lebih miskin dari nabi Isa as,
yang terpaksa harus memakan dedaun dan minum air hujan?
Alasan apa lagi......?Seorang yang tidak berpendidikan ditanyanya.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si jahil membuat alasan bahawa d ia tidak mampu untuk beribadah kerana ilmunya rendah.
Tidakkah d ia lupa bahawa nabi Muhammad saw itu tidak boleh  membaca dan
menulis?
Alasan apa lagi.....?

Padahal Allah telah jelas berfirman dalam Al-Qur'an surat Adz-
Dzariyat ayat 56:
"Tidak semata-mata Aku ciptakan jin dan manusia
kecuali untuk beribadah kepada-Ku."

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: