Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 30 Januari 2009

Formula 5F Yahudi Hancurkan Umat Islam

Posted by epondok di Januari 30, 2009

 

1. Filem

Melalui filem bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem

 

2. Famili (keluarga)

Menanamkan amalan hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendeadh aurat dan bergaul bebas tanpa batasan

 

3. Fesyen

Memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa

 

4. Fun (hiburan)

Hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan

 

5. Food (makanan)

Umat Islam lebih selera dan suka menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita tidak tidak sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi

Petikan kitab yahudi :

“Angka kelahiran orang-orang non-Yahudi harus ditekan sekecil mungkin.” (Zohar II, 4b)

 

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

MANDUL KEYAKINAN

Posted by epondok di Januari 30, 2009

 

                Siri Kedua

       Antara faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kepada berlakunya krisis keyakinan terhadap ilmu yang dipelajari ini seperti suasana kehidupan dalam keluarga remaja itu sendiri yang bercanggah dengan ilmu yang dipelajari sehingga ramai di kalangan mereka terikut-ikut dengan cara yang salah ini walau pun mengetahui mengenai hukumya. Mereka  tidak mampu menjadi pengubah sebaliknya menjadi orang yang terpaksa tunduk dengan keadaan yang  salah itu. Kemudian faktor suasana sekitar banyak memberi kesan kepada  kemampuan seseorang remaja dalam mengamalkan semaksima mungkin terhadap segala ilmu yang dipelajari. Kebanyakan  remaja tidak mampu melawan arus kepada keadaan yang  tidak bertepatan dengan syariat Islam yang ada dalam masyarakat  setempat. Kadang-kadang mereka  hilang keyakinan terhadap ilmu yang ada kerana terpedaya dengan hujah daripada mereka yang lebih berusia  walau pun hujah itu tidak berdasarkan ilmu yang sebenar. Ramai juga  remaja yang berilmu tetapi terpaksa tunduk atas nama hormat  kepada mereka yang lebih berusia sehingga ilmu yang dipelajari tidak lagi digunakan sebaliknya hujah yang tidak berasas yang keluar daripada mereka yang dihormati itu  terus tersemat dihati dan diguna  dalam kehidupan seharian. Faktor rakan sebaya juga banyak memberi kesan kepada krisis keyakinan ini di mana kesilapan dalam memilih rakan menyebabkan ilmu yang ada melayang entah ke mana. Pengaruh  rakan sebaya ini begitu  kuat kepada pembentukan diri seseorang remaja. Sebab itulah Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita tentang pemilihan rakan sebaya sebagaimana maksud  sebuah hadis yang berbunyi : Sesungguhnya seseorang itu mengikut agama rakannya        Faktor lain ialah suasana budaya ilmu bagaikan tidak wujud di sekitar kehidupan seseorang pelajar. Mereka hanya tertakluk dan terikat kepada jadual di tempat belajar sahaja sedangkan apabila mereka berada di luar bilik darjah atau kuliah maka mereka bagaikan bebas dengan suasana ilmu.Pelajar juga kurang berminat untuk menambah ilmu pengetahuan di luar kelas atau pun luar daripada bidang pengkhususan yang diambil kerana begitu dikongkong dengan lulus peperiksaan sahaja bukannya sebagai pedoman untuk mengharungi kehidupan yang masih jauh dan panjang. Kurang minat membaca turut menghantui pemikiran pelajar yang menambahkan lagi sempitnya bidang ilmu yang menyebabkan mereka berpada dengan apa yang ada sedangkan ia belum cukup untuk melahirkan keyakinan terhadap ilmu yang dipelajari apabila berdepan dengan suasana persekitaran yang lebih luas dan kronik.        Faktor yang paling besar ialah yang bersangkutan dengan diri remaja itu sendiri di mana  kejayaan seseorang  remaja  dalam membina sakysiah atau pun keperibadian muslim sejati terletak kepada diri mereka sendiri disamping dipengaruhi oleh faktor-faktor yang disebut sebelum ini. Kemahuan dan kesungguhan yang bermula daripada diri mereka mesti ditanam dan disemat serta disemai setiap masa agar  segala cita-citanya tidak terbantut begitu sahaja di pertengahan jalan. Boleh dikatakan bahawa kebanyakan remaja pada hari ini merupakan  golongan pelajar samada di sekolah atau  pun institusi pengajian yang lain samada aliran agama atau pun tidak. Namun begitu jika kita selidik daripada perjalanan kehidupan harian kebanyakan remaja  hari ini walau pun berstatus pelajar tetapi cara kehidupan mereka  tidak  mencerminkan  seorang yang berilmu kerana  tiadanya penghayatan dan juga pengamalan terhadap ilmu di dada   Dalam menangani permasalahan ini walau pun disebabkan oleh banyak faktor tetapi ia mesti bermula daripada pembaikian pada diri sendiri terlebih dahulu. Di sini penulis coretkan tentang kaedah atau pun cara yang diambil dan dicadangkan oleh seorang ulama’ masa kini untuk kita renungi dan menghayatinya dalam kehidupan kita seharian bagi menjayakan proses pembinaan diri ke arah yang  terbaik. Sebagai golongan pelajar maka sudah semestinya kita menghidupkan budaya ilmu dan pengamalan terhadap ilmu itu dalam kehidupan seharian kita. Kita juga  mesti mempunyai  jadual  yang  teratur dengan azam yang  tinggi diikuti pula oleh  usaha yang bersungguh ke arah pembinaan diri yang  cemerlang dan diredhai oleh Allah subhanahu wa ta’a 

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »