Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

RISALAH DOA

Posted by epondok di Januari 28, 2009


 

 
 

 Ini satu risalah yang memadai bagi membahaskan Masaalah Berdoa Selepas Sembahyang Fardu Secara Berjemaah.Tujuan risalah ini untuk menerangkan kekeliruan yang timbul daripada suara-suara sumbang kejahilan yang tidak berasas .Kami bahagikan kepada tiga bahagian iaitu Hadis Sunat Berdoa Selepas Sembahyang, Hadis Berdoa Secara Berjemaah yang menjadi sandaran bagi masaalah  ini dan keterangan bagi kekeliruan. Mudah-mudahan dapat difahami dengan jelas oleh seluruh kaum muslimin.
 HADIS SUNAT BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG.

 1) Daripada Muaz, habawasanya Nabi s.a.w berkata “Ya Muaz, demi Allah sesungguhnya  aku mengasihi engkau, jangan engkau tinggalkan berdoa selepas sembahyang dengan doa :   Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika
 

2) Hadis daripada Abi Bakrah pada katanya : Allahumma a’innia’uzubika minal kufri wal faqri wa ‘azabil qabri
“Adalah rasaulullah s.a.w berdoa dengan doa ini selepas sembahyang”

 Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dengan lafaz,  dubur as-solah  ( mengiringi atau belakang solat ) pada hadis-hadis tersebut ialah selepas solat  ba’da as-solah (ayat) dengan ijmak ulamak, sebagaiman sabit dengan hadis:-
 

3) Hadis Abi Hurairah, ditanyakan Nabi s.a.w “Ya Rasulullah! bilakah doa yang terlebih segera diperkenankan? Bersabdanya “Doa selepas solat fardu  ( ba’da al-Maktubah )terlebih afdhal daripad doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardu mengatasi solat sunat”.
 

4) Mengeluarkan hadis ini oleh Thabari daripada Jaafar  Assadiq berkata “Doa selepas solat fardu  terlebih afdahal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardu mengatasi solat sunat”.
 

5) Megeluarkan hadis ini oleh Ibnu Syaibah daripada Al-Aswad Al- Aamiri daripada bapanya berkata “Bersolat subuh aku bersama Rasulullah s.a.w dan setelah selesai memberi salam lalu baginda berganjak dan mengangkat kedua tangannya berdoa”.
 
 

HADIS BERDOA SECARA BERJEMAAH

Kami paparkan sebilangan hadis yang menjadi dalil dan sandaran bagi Berdoa Secara Berjemaah Selepas Solat Fardu, diantaranya:-

1) Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani didalam kitabnya, Al-Ausath daripada Qais AL- Madani …………Waktu aku, Abu Hurairah dan seorang sahabat sedang berdoa dan berzikir mengigati tuhan kami Azzawajalla di dalam  masjid, tiba-tiba menuju Rasulullah kearah kami dan duduk bersama-sama, kami pun berdiam diri, lalu ia bersabda “Kembalilah kepada apa yang sedang kamu lakukan.” Berkata Zaid “lalu aku serta sahabat ku berdoa disisi Abu Hurairah lalu baginda mengaminkan doa kami………
 

2) Megeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata, “Aku telah mendengar rasululluh s.a.w bersabda, “Tidaklah  berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan  yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah perkenankan doa mereka.
 

3) Tersebut di dalam Sahih Muslim pada ‘Bab Harus Berjemaah Pada Salat Sunat’. Selepas bersolat sunat Nabi s.a.w berjemaah bersama-sama dengan Anas, emak dan emak saudaranya lalu berdoa Nabi dengan secara berjemaah. Hadisnya secara ringkas, “Maka sembahyang Nabi dengan kami….. Kemudian ia mendoakan kami ahli rumah dengan setiap kebaikan dunia dan akhirat……. Dan adalah akhir doanya bagiku, “Ya Allah, perbanyak dan berkatilah harta dan anaknya, Anas”.
 

4) Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani didalam kitabnya AL-Kabir daripada Ibnu Abbas  dan didalam AL-Ausath daripada Ibnu Omar, berkata keduanya, “Telah sembahyang Rasulullah s.a.w solat subuh, kemudian menghadap kaumnya lalu berdoa, “Ya Allah, berkatilah kami pada bandar kami dan berkatilah pada cupak kami dan gantang kami”.
 Telah menyabut kedua hadis ini oleh Assamhudi di dalm AL-Wafaa dan rijal keduanya kuat, sebagaimana katanya.

 Berkata AL-Muhaddis AS-Saiyid Mohd Yusuf AL-Banuri didalam kitabnya ‘Maarifussunan’ ( Jilid 3, muka 123 ), “Maka ini ( hadis di atas ) dan hadis seumpamanya pada bab ini ialah memadai sebagai hujjah ( dalil ) bagi perkara yang dibuat secara beradat oleh manusia pada sekelian negeri, yaitu berdoa secara berjemaah selepas sembahyang. Kerana inilah juga telah menyebut Fuqaha kami ( ahli fekah bermazhab Hanafi ).….. Dan berkata Imam Nawawi dalam Syarah Muhazzab, “Berdoa disunatkan bagi Imam, makmum dan mereka yang bersembahyang seorang diri mengiringi sekalian sembahyang dengan ketiadaan khilaf  Ulama’ dan katanya lagi, “Disunatkan berhadap imam kearah makmum dan berdoa.”

KETERANGAN

1) Hadis-hadis diatas menunjukkan bahawa:
(i) Disunatkan bagi imam, makmum dan mereka yang sembahyang seorang diri, berdoa selepas solat fardu dan sunat.
(ii) Disunatkan bagi imam, berdoa secara berjemaah bersama-sama makmum selepas solat fardu dan sunat. ( sebagaimana sabit dengan hadis 2,3&4 ).
(iii) Disunatkan bagi makmum mengaminkan doa imam. ( sebagaiman sabit dengan hadis 1&2 ).
(iv) Disunatkan mengangkat kedua tangan ketika berdoa.

Peringatan:

 Telah sabit dengan sandaran hadis-hadis bahawa bahawa disunatkan menyapu muka dengan kedua belah tangan selepas bedoa.

         Adapun berdalil pada masaalah ini, tidak semestinya dengan hadis yang terang-terang menyatakan Nabi s.a.w berdoa secara berjemaah selepas Solat Fardhu, kerana apabila ‘Doa Secara Berjemaah’ itu sendiri telah sabit dengan sandaran hads-hadis di atas, memadailah ia sebagai dalil boleh mengerjakannya pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi amalan berdoa secara berjemaah ini dilakukan pada waktu yang disunatkan berdoa, yaitu selepas menunaikan solat fardhu.

         Masalah ini seumpama dengan masalah Tazkirah ( peringatan  / ceramah ) selepas solat Tarawih. Tidak ada satu hadis pun yang menyatakan  Nabi dan Saiyidina Omar mengerjakannya selepas Tarawih. Oleh itu, tidak boleh sekali-kali menuduh mereka yang mengerjakannya sebagai pembuat bidaah, kerana Tazkirah itu sendiri ada sandaran dalil syarak, lebih-lebih lagi dilakukan dibulan Ramadhan. Walaupun sandarannya itu tidak secara terang-terang menyatakan selepas Solat Tarawih dan Solat Tasbih berjemaah pada malam Aidilfitri.

2) Jika diterima perkataan mereka bahawa dalil pada mengerjakan sesuatu perkara itu hendaklah secara terus-terang, maka dalil yang melarang melakukan sesuatu perkara juga mestilah secara terang-terang, kerana firman Allah s.w.t,

Maksudnya:Apa yang mendatngkan Rasul kepada kamu ,hendaklah kamu lakukan dan ap yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi.

Bahkan tidak ada satu pun dalil yang terang-terang di dalam kitab-kitab hadis yang melarang berdoa secara berjemaah selepas solat fardu,maka batallah perkataan mereka itu dan masuklah  masalah berdoa secara berjemaah selepas solat fardu ini di dalam perkara yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu(ayat)kerana ianya disandar dengan dalil-dalil syarak.

3)  Jika sesuatu perkara tidak disandarkan dengan sesuatu daripada kaedah-kaedah syarak dan dalil-dalilnya yang umum, bolehlah dikatakan perkara tersebut itu ‘Bida’ah’(asyik masuk hadis dalam ni )
 
Maksudnya: Sesiapa yang meraka-reka pada urusan kami ( syarak kami ) sesuatu perkara yang bukan daripada syarak kami, maka perkara tersebut ditolak.

 Mentafsir Ibnu Hajar AL-Haitami di dalam Fathul-Mubin pada lafaz : laisa minhu  (sesuatu perkara yang bukan daripada syarak kami) dengan katanya, “Daripada perkara yang menyalahi syarak kami atau perkara yang tiada suatu sokongan pun daripada kaedah-kaedah syarak kami dan dalil-dalilnya yang umum,”

4) Oleh itu, perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w atau sahabat, tidak semestinya perkara itu Bidaah Dhalalah. Contohnya seperti menitik ayat Quran dan membariskannya, membahagikan ilmu kepada berbagai-bagai bahagian serta membuat istilah dan kaedah bagi setiap bahagian ilmu seperti ilmu Feqah, Usuluddin, Tasauf, Tata bahasa Arab, ilmu Ma’ani, ilmu Bayan, ilmu Mantik, ilmu Sya’ir, Usul Tafsir, Mustalah Hadis dan lain-lain, mengarang kitab-kitab ilmu, menubuhkan gerakan-gerakan islam, mendirikan madrasah pengajian, mensistemkan pembelajaran dan sebagainya. 

Tidaklah mereka yang membidaahkan doa berjemaah selepas solat fardu, melainkan disebabkan kejahilan dan ketakburan. Janganlah kita terpedaya dengan mereka yang memfasikkan orang mukmin dan memecahbelahkan Umat Islam. Hendaklah kita menuruti jejak langkah Ulama’ dahulu yang muktabar dengan mempelajari ilmu daripada ahlinya supaya tidak tersesat dan menyesatkan. 

 

 


Dikeluarkan oleh:
Pelajar Pondok Pasir Tumbuh
Kota Bahru, Kelantan
Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: