Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 26 Januari 2009

PEMBINAAN JATIDIRI BELIA

Posted by epondok di Januari 26, 2009

 

 
 

Usia belia merupakan waktu persediaan yang penting sebelum masuk ke alam dewasa yang lebih mencabar. Persediaan jatidiri dalam setiap anggota belia adalah penting agar mereka tidak terjebak dengan anasir tidak sihat yang akan membawa  kehancuran kepada hari depan. Islam begitu menitikberatkan pembinaan jatidiri bermula dari kecil sehinggalah seseorang itu meningkat dewasa dengan garisan yang tertentu. Proses pembinaan ini merupakan tanggungjawab bersama keluarga, masyarakat dan negara. Jika pengabaian terhadap pembinaan ini maka sesuatu institusi keluarga dan masyarakat malah negara akan tergugat ketenteramannya diserang pelbagai penyakit sosial yang kronik.Persediaan ke arah melahirkan jatidiri dalam setiap individu perlu kepada proses yang lengkap.Ia mesti meraikan beberapa perkara berikut :Pertama : Persediaan yang lengkap di mana proses ini hendaklah merangkumi seluruh aspek pemikiran, diri dan gerakan. Ia tidak boleh hanya berkisar kepada persediaan pemikiran secara teori sahaja atau secara tarbiah rohani atau pun ditekan kepada gerakan secara politik semata-mata. Ia mesti merangkumi seluruh perkara tersebut tadi agar persediaan untuk melahirkan individu muslim yang mampu berdikari, bersaing dan mampu untuk mencapai matlamat hidup berteraskan Islam.

Kedua : Persediaan yang seimbang dan bersepadu di mana ia memberi penekanan kepada seluruh aspek kehidupan dengan kadar yang dikehendaki tanpa melakukan penambahan atau pun pengurangan pada sesuatu aspek tertentu. Ini disebabkan jika berlakunya penambahan dari satu sudut sahaja menyebabkan akan berlakunya pengabaian atau kekurangan pada sudut yang lain. Ini membawa kepada berlakunya kegagalan dalam mencapai matlamat yang dikehendaki ke arah melahirkan individu yang mempunyai jatidiri yang tinggi.

Ketiga : Persediaan mestilah berbentuk lapangan bukannya secara teori sahaja. Persediaan itu hendaklah menggunakan cara dan langkah secara amali dalam pembinaan dan persediaan ke arah melahirkan individu muslim yang mampu berdikari sesuai dengan kehendak agama sehingga mampu lahir sebagai contoh ikutan yang bergerak.Ini bermakna persediaan itu mesti dari sudut gerakan dan amali bukannya semata-mata menekankan sudut peringatan dan pengajian semata-mata.

 
 

 


Rujukan :

Dr Fathi Yakan, al-Syabab wa al-Taghyir, Muassasah al-Risalah, cet. keenam 1996

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »