Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 19 Januari 2009

Pilih Penjara Pertahan Serban

Posted by epondok di Januari 19, 2009

 

Kota Bharu 19 Januari – SEORANG pelajar sekolah pondok, Ahmad Nasir Darus, 28  melaungkan takbir pada 100 pelajar pondok yang hadir perbicaraannya setelah pihak majistret menolak penangguhan perlaksanaan hukuman terhadapnya yang disaman menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar kerana berserban di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Beliau memilih hukuman dipenjarakan 2 hari atas alasan mengikut sunnah. – Foto Zaman Huri Isa

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Solat Hajat Kes Serban

Posted by epondok di Januari 19, 2009

Kota Bharu 19 Januari – Semua pondok dan para pencinta Islam diseru untuk mengadakan solat hajat selepas Zohor nanti bagi memohon pertolongan daripada Allah dalam menyelesaikan masalah pemakaian serban ketika menunggang motosikal supaya dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan menguntungkan umat Islam

Kes ini sebenarnya telah pun diputuskan keputusannya kira-kira jam 10 pagi tadi di mana yang tertuduh yang juga pelajar Pondok Pasir Tumboh didapati salah dengan alasan tiada dokumen yang menyokongnya berstatus lebai. Hukuman dikenakan samada denda RM 90 atau penjara 2 hari.

Setelah pelajar tersebut memilih untuk dipenjarakan menyebabkan hakim menangguh perbicaraan pada 2.30 petang ini di Mahkamah Majistret, Kota Bharu. Oleh itu diseru seluruh pondok dan umat Islam supaya dapat mengadakan solat hajat bagi menyelesaikan kes ini dengan baik dan menguntungkan umat Islam

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »