Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 9 Januari 2009

Pijak dan Bakar Bendera Israel-AS

Posted by epondok di Januari 9, 2009

pijakpijak21pijak5

Kebangkitan umat Islam sedunia dalam mengutuk dan mengecam kezaliman zionis yahudi turut dirasai di Pondok Pasir Tumboh apabila tunjuk perasaan dengan memijak bendera Israel-AS dan seterusnya membakarnya telah diadakan di hadapan masjid pondok selepas sahaja solat Jumaat

Laungan Hancur Yahudi! Hancur Israel! Hancur Amerika! dilaungkan penuh semangat oleh ribuan jemaah bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman yahudi dan sekutunya yang terus mengganas di tanah wakaf Palestin milik umat Islam. Para jemaah dengan perasaan penuh marah telah memijak benderaIsrael-AS itu  dan seterusnya membakarnya sebagai simbol mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan rejim zionis dan sekutunya dalam meratah dan membaham umat Islam di bumi Palestin

Tunjuk perasaan ini juga juga adalah salah suatu program yang diadakan bersama Sekretariat Misi Cakna Palestin hasil gabungan badan bukan kerajaan NGO Kelantan  yang turut dianggotai oleh pihak pondok

Jawatankuasa ini juga turut memungut kutipan derma jihad Palestin yang boleh dimasukkan dalam akaun Tabung Amanah Cakna Palestin melalui Bank Islam Malaysia Berhad BIM 0301801012239

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »