Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 8 Januari 2009

Pondok Sungai Durian Pondok Madani, Pondok Gelang Mas Pondok Terbaik 1430H

Posted by epondok di Januari 8, 2009

Sempena Sambutan Hijraturrasul 1430 Peringkat Negeri Kelantan yang telah dilangsungkan  pada Jumaat 26 Disember 2008 bersamaan 28 Zulhijjah 1429H di dalam Majlis Sambutan Hijraturrasul 1430H Peringkat Negeri Kelantan yang telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYM Sultan Kelantan bertempat di Dewan Utama, Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu maka pertandingan bagi beberapa kategori telah diadakan termasuk Pondok Terbaik. Panel hakim bagi kategori ini dianggotai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selaku pengerusi panel pemilih disamping Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Majlis Agama Islam Kelantan, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pertandingan yang diperkenalkan hampir 10 tahun ini, sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kepada pondok terlibat untuk memajukan pondok masing-masing. 14 buah pondok ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pondok besar dan yang pernah menjadi Johan pada tahun-tahun sebelum ini diletakkan dalam kategori Pondok Madani manakala yang lain bagi kategori Pondok Terbaik.

Pondok Sungai Durian, Kuala Krai mengekalkan gelaran sebagai Pond0k Madani manakala Pondok Terbaik disandang oleh Pondok Gelang Mas, Pasir Mas. Masing-masing mendapat hadiah berupa dinar emas Kelantan bernilai RM 5000 bersama piala dan sijil pertandingan

Keputusan pertandingan Pondok Terbnaik bagi tahun 1430H adalah sebagaimana berikut :

Pondok Madani

Pondok Sungai Durian, Kuala Krai

Pondok Terbaik

Johan : Pondok Gelang Mas, Pasir Mas

Naib Johan : Pondok Kg Neting, Tumpat

Tempat Ke-3 : Pondok  Lubok Stol, Rantau Panjang

Pondok Harapan : Pondok Kg Berangan, Tumpat

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »