Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 4 Januari 2009

Ramai Lepasan SPM/STPM Masuk Pondok

Posted by epondok di Januari 4, 2009

Pendaftaran masuk ke pusat pengajian pondok terus berjalan di mana buat masa sekarang ramai daripada kalangan pelajar yang baru sahaja tamat peperiksaan SPM/STPM/STAM yang tidak terlibat dengan PLKN dan sebagainya telah menggunakan cuti yang panjang sebelum mendapat panggilan untuk memasuki mana-mana IPT untuk datang mendalami ilmu agama di beberapa buah pusat pengajian pondok antaranya Pondok Pasir Tumboh, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Sungai Durian dan beberapa buah pondok yang lain

Kemasukan ke pusat pengajian pondok yang agak terbuka tanpa had masa telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menceduk ilmu agama dengan lebih mudah disamping yuran yang begitu murah berbading pusat pengajian yang lain.

Kebanyakan pelajar sementara ini akan mengikuti jadual pengajian sebagaimana pelajar tetap yang lain disamping mengikuti pengajian khusus samada dengan guru atau kepala mutalaah yang terdiri daripada pelajar senior bagi memastikan masa yang singkat digunakan sebaik mungkin dalam menambah ilmu agama.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »