Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for Disember 2008

Lawatan Panel Pondok Terbaik 1430H

Posted by epondok di Disember 24, 2008

adiladil2

Sempena Sambutan Hijraturrasul Peringkat Negeri Kelantan maka pertandingan bagi beberapa kategori telah diadakan termasuk Pondok Terbaik. Panel hakim bagi kategori ini dianggotai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selaku pengerusi panel pemilih disamping Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Majlis Agama Islam Kelantan, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain daripada memilih pondok terbaik maka jawatankuasa ini juga mengadakan perbincangan dengan pondok yang dilawati berkaitan beberapa aspek yang boleh diadakan kerjasama antara pihak pondok dan pihak jabatan terbabit dalam memajukan lagi pusat pengajian pondok

Pertandingan yang diperkenalkan hampir 10 tahun ini, sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kepada pondok terlibat untuk memajukan pondok masing-masing. 14 buah pondok ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pondok besar dan yang pernah menjadi Johan pada tahun-tahun sebelum ini diletakkan dalam kategori Pondok Madani manakala yang lain bagi kategori Pondok Terbaik. Keputusan bagi tahun 1429H yang lepas adalah sebagaimana berikut :

Pondok Madani

Pondok Sungai Durian, Kuala Krai

Pondok Terbaik

Johan : Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh

Naib Johan : Pondok Seligi, Pasir Puteh

Tempat Ke-3 : Pondok Gelang Mas, Pasir Mas

Pondok Harapan : Pondok Lepan Bola, Tanah Merah

Keputusan bagi pertadingan bagi tahun 1430H akan diistiharkan malam esok Jumaat 26 Disember 2008 bersamaan 28 Zulhijjah 1429H di dalam Majlis Sambutan Hijraturrasul 1430H Peringkat Negeri Kelantan yang akan disempurnakan perasmiannya oleh KDYM Sultan Kelantan bertempat di Dewan Utama, Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Pondok Lubuk Tapah Buka Tahfiz

Posted by epondok di Disember 21, 2008

 hafiz5

Pondok Lubuk Tapah mula membuka peluang kepada pelajar yang berumur 13 – 16 tahun untuk mengikuti kelas tahfiz yang akan bermula pada Januari 2009 nanti. Pengambilan pertama ini hanya 15 orang sahaja yang akan diterima masuk di mana buat masa ini 10 pelajar yang layak telah pun mendaftar diri. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi pejabat 09-7905672 atau Ustaz Saufi 017 9039425

Posted in Pondok Lubuk Tapah | 2 Comments »

Sekolah pondok ala chalet akan dibangunkan di Juru

Posted by epondok di Disember 15, 2008

 

Mohd Sabri Said
Mon | Dec 15, 08 | 1:13:16 pm MYT

BUKIT MERTAJAM, 15 Dis (Hrkh) – Kampung Sekolah, Juru di Seberang Perai Tengah (SPT) bakal dibangunkan sebuah institusi pondok tradisonal bercirikan chalet di kawasan berbukit mulai tahun depan oleh sebuah pertubuhan yang dikenali dengan Pertubuhan Pondok Turath Islam Pulau Pinang. Menurut Pengerusi pertubuhan tersebut, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar, tujuan utama penubuhan pondok berkenaan ialah mahu memastikan institusi pondok lama tidak hilang ditelan zaman. “Pemilihan Kampung Sekolah, Juru sebagai sebuah pusat pengajian pondok tradisional berkonsep chalet kerana tanah seluas dua ekar telah diwakafkan oleh aktivis masyarakat, Haji Abdul Razak Saad yang turut mahukan institusi ini tumbuh subur selari dengan kebangkitan Islam sekarang,” ujarnya pada Harakahdaily baru-baru ini.

Kata beliau lagi, walaupun terdapat ketinggian namun tidak merbahaya kerana ia tidak terletak di kawasan cerun yang boleh mengundang keruntuhan bukit seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan empat nyawa dan memusnahkan 14 buah rumah mewah.

Ia agak tinggi dari paras jalan raya dan mempunyai pemandangan yang cantik, tambahan lagi bukit dulunya tinggi kini telah diratakan bagi pembinaan 60 buah pondok untuk pelajar seramai 120 orang, katanya.

Katanya, pondok yang bakal dibina nanti mempunyai keluasan 10 x 12 kaki persegi boleh menempatkan dua orang dalam satu rumah.

Di situ juga sebuah surau akan dibina melibatkan RM950 ribu termasuk infrastruktur asal, tenaga pengajar dan sebagainya, jelasnya.

“Buat pertama kali kita akan menerima pelajar seramai 120 orang tidak termasuk golongan veteran yang berminat kerana pengajian bercorak umum akan dibangunkan selepas fasa pertama siap,” terangnya yang juga pengerusi pondok yang akan dikenali dengan Al-Majma’ Attutath Al-Islami Al-Malizi.

Menurut Ustaz Tajudin lagi, pemilihan lokasi itu juga kebetulan Kampung Sekolah telah berjaya menubuhkan Pusat Pendidikan Islam (Pasti) dan menjadi pusat gerakan aktiviti masyarakat tanpa melibatkan percaturan politik mana-mana pihak.

Faktor itu sambungnya, membuatkan pertubuhan yang bakal diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan penghujung bulan ini menumpukan sepenuh kerja-kerja pembinaan yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijangkakan pada bulan Februari 2009.

“Ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka bagi meneruskan pengajian pondok bercorak tradisional boleh mendaftarkan diri pada tarikh yang ditetapkan kelak. Buat masa ini kami lebih menumpukan pencarian dana dan pembangunan untuk institusi yang mendapat pengiftirafan Pejabat Agama Islam Pulau Pinang,” jelasnya.

Pengajian di sini katanya, lebih tertumpu pada pengajian bukan setakat penghafalan al-Quran malahan memahami kaedah Bahasa Arab secara mendalam berbanding Pusat Tahfiz yang ada.

Selain itu ia juga ia dapat menjamin pengajian secara nahu Bahasa Arab, Mantik, Balahaq, Bayan dan sebagainya bagi memudahkan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah, katanya.

“Selepas itu baru ilmu Tafsir dan Hadith akan menyusul. Untuk menjayakan hasrat tersebut, mana-mana individu boleh menyumbangkan segala bentuk keperluan barangan dan wang ringgit kepada akaun Bank Islam 07052010004134 atau menghubunginya di talian 019-4978551 bagi mendapatkan keterangan lanjut,” katanya. – mns

 

Posted in Pondok Malaysia | 1 Comment »

Kebanyakan Pondok Buka Pada 20 Disember Ini

Posted by epondok di Disember 15, 2008

Kebanyakan pusat pengajian pondok di Kelantan termasuk Pondok Pasir Tumboh mula dibuka untuk pengajian dan pendaftaran baru pada Sabtu ini 20 Disember. Ia dibuka samada untuk pelajar tetap atau sementara yang biasanya terdiri daripada lepasan SPM dan STPM. Ramai juga di kalangan lepasan SPM yang berhasrat untuk belajar secara sementara di Pondok Pasir Tumboh tetapi memandangkan ia masih belum dibuka maka mereka menggunakan peluang untuk datang menyertai program Pondok Intensif di Pondok Tunjung selama 2 minggu bermula 14 hingga 25 Disember nanti. Selepas tamat program intensif ini nanti maka mereka akan meneruskan pengajian di Pondok Pasir Tumboh pula

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Pendaftaran Pondok Intensif Sesi 2 Lancar

Posted by epondok di Disember 14, 2008

Proses pendaftaran peserta bagi program Pondok Intensif sesi 2 di Pondok Tunjung, Kota Bharu pada petang tadi Ahad 14 Disember berjalan lancar dalam keadaan cuaca yang baik. Seramai 50 orang peserta mendaftar hari ini dan dijangka masih ada yang akan mendaftar selepas ini kerana pendaftaran kemasukan terus dibuka untuk yang berminat

Peserta kali ini kebanyakannya terdiri daripada lepasan SPM dan STPM disamping beberapa orang daripada universiti tempatan dan luar negara yang menggunakan peluang cuti yang ada untuk mendalami ilmu agama. Semoga program ini diberkati Allah dan berjalan lancar dengan izin Allah

Posted in Artikel Pilihan | 1 Comment »

Pendaftaran Pondok Intensif Sesi 2 Masih DiBuka

Posted by epondok di Disember 11, 2008

Syarat & Yuran Penyertaan

Tarikh : 14 – 27 Disember 2008

Terhad untuk 100 orang sahaja

( Tempah tempat melalui telefon / e-mail )

 

 

  • Pelajar lelaki dan perempuan berumur 12 – 24 tahun (terhad 100 orang sahaja)
  • RM 200  sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

 

Tarikh & Masa Daftar Diri

Tempat Program

14 Disember 2008 (Ahad) jam 2.30 – 3.15 ptg

 

 

 

Madrasah Fununiah Tunjuniah, Pondok Tunjung,

KM7, Jln Kuala Krai,

16210 Mulong, Kota Bharu, Kelantan

 

Pengisian

  • Pengajian kitab Pilihan
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Sedutan Kitab Penawar Bagi Hati
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
  • Latihan khutbah dan azan
  • Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban

 

Pelajar yang lemah jawi dan al-Quran

  • Diletakkan dalam kelas khusus
  • Tekan Fardhu ‘Ain berdasarkan kertas kerja khusus
  • Tekan pembelajaran Iqra’

 

Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian (digalakkan jubah dan tudung labuh bagi perempuan) & pakain solat (sebaiknya jubah dan serban bagi lelaki), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

 

 

Hubungi :

019-9388902 (Ustaz Shairazi )

012-9456251 (Ust. Zamri)

Tel: 09-7126708 (P)  Ust. Azmi-Pondok Tunjung

e-mail :  pppb1995@yahoo.com   

Blog : epondok.wordpress.com

Posted in Program Terbaru | 2 Comments »

Sambutan Eidil Adha Di Pondok Meriah

Posted by epondok di Disember 10, 2008

jamusembelih

 

Cuaca yang sedikit mendung diiringi dengan hujan renyai-renyai sekali-sekala tidak menghalang warga pondok dan penduduk sekitar untuk memenuhi masjid dan surau bagi menunaikan solat sunat hari raya. Malah ibadat korban yang dijalankan selepas selesai solat dan khutbah hariraya turut berjalan lancar di mana bagi pondok yang besar walau pun sedang bercuti tetapi tetap ada warga dan pelajar yang setia untuk sama-sama menyambut hariraya di pondok.

 

Pondok Pasir Tumboh misalnya lebih 15 ekor lembu yang dikorbankan pada hariraya samada oleh warga pondok sendiri atau pun yang disumbangkan oleh para dermawan yang melaksanakan ibadat korban di pondok. Disamping itu tidak lupa diadakan majlis tahlil untuk para pengasas pondok dan guru-guru berjasa yang telah meninggal dunia. Begitu juga di pondok-pondok yang lain turut meriah dengan suasana melaksanakan amalan ibadat korban. Malah suasana ini akan berterusan sehingga berakhirnya hari tasyriq nanti. Semoga semangat berkorban terus subur dalam menguatkan lagi ikatan ukhwah Islamiah dan juga sikap suka bersedekah

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Penutup Pondok Intensif Berlangsung Meriah

Posted by epondok di Disember 9, 2008

ibubapa2tutup21

 

4 DISEMBER – Majlis Penutup bagi program Pondok Intensif yang melibatkan 140 orang peserta berjalan dengan lancar di Perkarangan Pondok Tunjung yang turut dihadiri oleh ibubapa di mana ucapan perasmian penutup disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Hj Yusuf bin Ismail selaku guru dan juga ahli jawatankuasa Pondok Tunjung. Antara petikan ucapannya menyentuh berkenaan pentingnya ibubapa memantau anak-anak bagi memastikan kelangsungan kepada pengajian dan tarbiah yang diceduk sepanjang 2 minggu program ini terus berjalan bukannya setakat terhenti ditengah jalan. Turut disentuh berkenaan kepentingan menjaga solat lima waktu terutama secara berjemaah agar termasuk dalam golongan yang hatinya terikat dengan masjid yang dijanjikan bakal dipayungi di bawah bayangan ’Arasy Allah. Bagi mencapai keberkatan ilmu maka tidak dapat lari daripada menghormati guru dan kedua ibubapa. Sebelum itu dalam ucapan aluan mewakili tuan rumah di mana Ustazah Juawairah yang merupakan salah seorang anak pengasas Pondok Tunjung menyebut tentang jasa dan sumbangan besar yang telah ditaburkan oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali bin Abdullah dalam memajukan pondok ini untuk diteladani dan dikenangkan oleh generasi hari ini

 

Majlis ini yang dibuat pada waktu petang ini berjalan lancar dalam suasana meriah terutama dalam keadaan cuaca yang begitu baik. Selain diisi dengan beberapa ucapan samada daripada pihak penganjur dan juga wakil Pondok Tunjung diselangi dengan persembahan peserta dimulakan oleh alunan zikir munajat oleh para peserta diikuti dengan bacaan al-Quran oleh Johan kategori Hafazan dan persembahan Nasyid oleh Johan kategori nasyid muslimin. Manakala Johan kategori azan dan khutbah turut mempersembahkan bakat masing-masing bagi memeriahkan suasana.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dan juga sijil penyertaan. Pada akhir majlis para peserta dan ibubapa mengambil peluang untuk bersalam-salaman dengan para tenaga pengajar dan ahli jawatankuasa yang terlibat dengan program yang masuk tahun keempat diadakan pada musim cuti sekolah dan IPT penghujung tahun. Semoga program seumpama ini dapat dianjurkan pada  masa akan datang dengan kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak yang sayangkan Islam.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Penutup Halaqah Ilmu Dan Tafaqquh Intensif Berlangsung Serentak

Posted by epondok di Disember 8, 2008

 ibubapatutup31 

 4 DISEMBER – Majlis Penutup bagi program Halaqah Ilmu yang melibatkan 115 orang peserta dan Tafaqquh Intensif seramai 80 orang mahasiswa berjalan secara serentak di Dewan Haji Abu Bakar, Pondok Pasir Tumboh yang turut dihadiri oleh ibubapa dan para penyumbang di mana ucapan perasmian penutup disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Hj Abu Bakar bin Hj Osman selaku Bendahari Jemaah Tadbir Pondok Pasir Tumboh merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan dan Pelajaran. Ucapannya menyentuh tentang 6 syarat untuk mendapat ilmu sebagaimana yang diwasiatkan oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah iaitu : kepintaran, keinginan yang kuat, kesabaran, cukup belanja, guru yang mursyid dan lama masa belajar. Beliau turut menekankan tentang kepentingan 3 golongan dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar iaitu diri pelajar itu sendiri, ibubapa dan guru.

 

Majlis ini yang dibuat pada waktu pagi ini berjalan lancar dalam suasana meriah terutama cuaca yang begitu baik. Selain diisi dengan beberapa ucapan samada daripada pihak penganjur dan juga wakil peserta diselangi dengan persembahan peserta dimulakan oleh alunan zikir munajat oleh para peserta diikuti dengan bacaan al-Quran oleh Johan kategori Hafazan. Manakala Johan kategori azan dan khutbah turut mempersembahkan bakat masing-masing.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dan juga sijil penyertaan. Seterusnya pihak penganjur turut berbesar hati untuk memberi sedikit tanda kenangan kepada para dermawan. Pada akhir majlis para peserta dan bapa-bapa mengambil peluang untuk bersalam-salaman dengan para tenaga pengajar dan ahli jawatankuasa yang terlibat dengan program yang masuk tahun kedua diadakan pada musim cuti sekolah dan IPT penghujung tahun. Semoga program seumpama ini dapat dianjurkan pada  masa akan datang dengan kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak yang sayangkan Islam

 

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Ramai Peserta Telah Daftar Pondok Intensif ’08 Sesi ke-2

Posted by epondok di Disember 6, 2008

Ramai peserta dan ibubapa telah menempah tempat bagi Pondok Intensif ’08 sesi kedua. Dijangkakan jumlah peserta akan bertambah dari masa ke semasa sehingga mencukupi kuota yang ditetapkan iaitu 100 orang. Melihat kepada cuti sekolah yang masih berbaki agak panjang lagi maka disarankan kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak ke program ini
Memandangkan kepada sambutan hangat dan juga ingin memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikuti program sesi pertama baru-baru ini maka Pondok Tunjung akan mengadakan suatu program pengajian intensif sesi ke-2 sempena cuti sekolah dan IPT di mana ia bakal berlangsung selama 14 hari bermula 14 hingga 27 Disember nanti yang terbuka penyertaannya kepada pelajar lelaki berumur 12 hingga 24 tahun. Program ini merupakan aktiviti tahunan semenjak tahun 2003 lagi di mana ia berlangsung dengan jayanya pada tahun-tahun sebelum ini dengan penyertaan seramai 150 orang pelajar dari seluruh negara pada sesi pertama yang baru lalu. Oleh kerana tempatnya terhad untuk 100 orang sahaja pada sesi 2 nanti iaitu 60 lelaki dan 40 perempuan maka pelajar dan ibubapa yang berminat diminta dapat menghubungi urusetia dengan segera di talian 09-7126708 (P)  / (Ustaz Azmi)  / 012-9456251 (Ust. Zamri) / 019-9388902 (Us. Shairazi ) . Pada sesi pertama yang berakhir pada 4 Disember lepas ramai peserta yang ingin mendaftar terpaksa ditolak kerana melebihi had yang telah ditetapkan

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »