Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for November 2008

Pendaftaran Halaqah Ilmu dan Pondok Intensif Berjalan Lancar

Posted by epondok di November 26, 2008

daftar2daftar daftar3

Proses pendaftaran peserta Halaqah Ilmu di Pondok Pasir Tumbuh sebelah pagi dan Pondok Intensif di Pondok Tunjung pada sebelah petang sabtu 22 November lalu berjalan dengan lancar walau pun menghadapi beberapa masalah teknikal yang kemudiannya dapat diselesaikan dengan baik

Seramai 115 orang peserta Halaqah Ilmu dan 150 orang peserta Pondok Intensif telah didaftarkan iaitu melebihi had yang ditetapkan pada awal proses pendaftaran. Ramai peserta yang menghubungi pihak penganjur selepas tempat telah penuh terpaksa ditolak permohonan.

Pada tahun ini selain Pasir Tumboh dan Tunjung, turut mengadakan program bagi pelajar sekolah ialah Pondok Beta Hilir dan Pondok Lubuk Tapah yang turut menerima kehadiran peserta yang melebihi had yang ditetapkan. Memandangkan sambutan yang memberangsangkan maka pihak penganjur akan mencari beberapa buah pondok lagi yang mampu menampung peserta bagi dijalankan program seumpama ini pada masa akan datang

Posted in Artikel Pilihan | 1 Comment »

Peserta Tafaqquh Intensif sesi 2 Mula Mendaftar Diri

Posted by epondok di November 20, 2008

Peserta program Tafaqquh Ilmu sesi 2 di Pondok Pasir Tumboh telah mula mendaftar diri semalam Rabu 19 November 2008. Peserta yang terdiri daripada siswa/siswi beberapa buah universiti tempatan terutama UPSI, UIAM dan USM cawangan Kelantan seramai 70 orang mula datang secara beransur-ansur di mana program rasmi akan bermula Ahad ini 23 November hingga 4 Disember 2008 nanti iaitu 2 minggu.

Pengisian program ini ialah peserta akan mengikuti pengajian umumi bersama-sama pelajar tetap Pondok Pasir Tumboh disamping menambah beberapa kelas khusus sepanjang tempoh tersebut. Program ini merupakan kali kedua selepas ianya berjaya dijalankan pada cuti semester IPT yang lalu. Semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Pendaftaran Halaqah Ilmu dan Pondok Intensif tutup seminggu lebih awal

Posted by epondok di November 19, 2008

Pendaftaran bagi program Halaqah Ilmu dan Pondok Intensif terpaksa ditutup seminggu lebih awal disebabkan penyertaan yang melebihi had. Pihak penganjur terpaksa menolak banyak pendaftaran yang dibuat selepas kuota yang dihadkan telah penuh walau pun ramai yang membuat rayuan.

Pihak penganjur kini sedang merancang untuk membuat program yang sama sesi kedua bermula seminggu selepas hari raya korban nanti bagi memberi peluang kepada peserta terutama lepasan SPM/STPM yang tidak berkesempatan untuk menyertai program sesi pertama yang akan bermula Sabtu ini 22 November 2008.

Posted in Artikel Pilihan | Ulasan Dimatikan pada Pendaftaran Halaqah Ilmu dan Pondok Intensif tutup seminggu lebih awal

Soalan : Doa khusyuk Dalam Solat

Posted by epondok di November 17, 2008

Soalan : Apakah doa supaya hati kita sentiasa tenang daripada gangguan bisikan syaitan serta khusyuk dalam sembahyang.

 

Jawapan : Antara doa yang boleh diamalkan supaya hati kita sentiasa tenang ialah :

a. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Amalkan membaca surah An-Nas

Posted in Klinik Agama | 1 Comment »

Soalan : Cara Mengucap Selepas Murtad

Posted by epondok di November 16, 2008

Soalan : Difahamkan jika seorang Islam itu murtad,lalu dia ingin kembali kepada Islam,maka dia harus mengucap kembali dua kalimah Syahadaah dihadapan saksi2.Adakah ini syarat utama?

2)Seorang Islam ragu-ragu kepada agama Islam(disebabkan imannya lemah)lalu mengambil keputusan untuk bertaubat dan beliau mengucap semula dua kalimah Syahadaah SENDIRIAN.Adakah cara ini diterima oleh Allah?Sekian.Wassalam

 

Jawapan : Orang murtad apabila dia mahu kembali kepada Islam maka wajib mengucap 2 kalimah syahadah samada secara persendirian atau di hadapan saksi melainkan jika dibimbangi timbulnya fitnah terhadap dirinya sekiranya dia hanya mengucap secara persendirian tanpa saksi maka pada waktu ini dia hendaklah mengucap di hadapan orang tertentu ( qadi, imam atau lain yang berkenaan) bagi mengelak daripada fitnah tersebut.

Posted in Klinik Agama | 3 Comments »

Kem Kecemerlangan Peribadi Muslim

Posted by epondok di November 15, 2008

Tarikh : 22 November hingga 4 Disember 2004

Tempat : Pondok Beta Hilir, Kota Bharu, Kelantan

Peserta : Peringkat rendah dan menengah (had 100 orang sahaja)

Yuran : RM 150 sahaja (bahan kursus, penempatan dan makan minum)

Pengisian :

1. Fardhu ‘ain

2. Kelas al-Quran

3. Motivasi

4. Riadhah

5. Ujibakat peserta

 

Berminat boleh hubungi : Ustaz Nazri 019-9060874

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Soalan : Hukum Bulu Ayam Tidak Sembelih Ikut Syarak

Posted by epondok di November 12, 2008

Soalan : Bulu ayam yang digunakan untuk menyapu habuk (feather daster) kebanyakkannya dalam negara ini adalah berasal dari negara China di mana bulunya diambil daripada ayam yang tidak disembelih. Oleh yang sedemikian, Adakah bulu tersebut adalah najis dan tidak boleh digunakan

 

Jawapan : Bulu ayam yang dibuat penyapu rumah dan sebagainya samada disembelih menurut hukum syarak atau tidak maka hukumnya halal digunakan bukannya najis kerana bulu haiwan yang halal dimakan tidak sama hukumnya dengan bangkainya kerana umum hajat manusia kepadanya  – kitab mawahib al-Samad ms 15

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »

Soalan : Jatuh Murtadkah Dengan Bergurau

Posted by epondok di November 11, 2008

Soalan : Saya telah bergurau menyatakan bahawa saya telah murtad kepada kawan saya. Adakah ia suatu dosa dan boleh jadi murtad

 

Jawapan : 3 perkara yang tidak boleh dibuat bergurau kerana ia tetap sah hukumnya iaitu Murtad , nikah dan talak. Oleh itu saudara perlu mengucap 2 kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah dengan segera. Semoga Allah menerima taubat kita semua

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »

Kemasukan Pelajar Baru ke Pondok Memberangsangkan

Posted by epondok di November 10, 2008

Sesi pengajian yang baru 1429/1430H bagi pondok-pondok tradisional terutama di Kelantan telah bermula pada pertengahan bulan Syawal baru-baru ini. Kemasukan pelajar baru agak memberangsangkan sehingga masalah tempat tinggal bagi sesetengah pondok agak terasa. Namun begitu pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pondok yang berkenaan di dalam memberi peluang dan tempat kepada pencinta ilmu agama yang datang bukan sahaja dari dalam negara malah dari beberapa buah negara ASEAN yang lain menggunakan visa belajar.

Kelas pengajian juga berjalan dengan lancar walau pun ada sesetengah yang terganggu sedikit akibat keuzuran beberapa orang tenaga pengajar. Bagi mengisi kekosongan sementara ini maka beberapa tenaga pengajar yang mempunyai kelapangan masa digunakan bagi memastikan jadual pengajian berjalan dengan baik dan tidak merugikan para pelajar

Oleh itu dinasihatkan kepada ibubapa atau pelajar yang ingin belajar di pondok supaya dapat datang mendaftarkan diri dengan seberapa segera bagi mengelakkan tempat penginapan yang semakin penuh terutama bagi pondok yang menawarkan tempat bagi spelajar ementara dari kalangan pelajar sekolah dan IPT sepanjang musim cuti nanti.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Pendaftaran Halaqah Ilmu DiTutup Dan Pondok Intensif Masih DiBuka

Posted by epondok di November 6, 2008

Pendaftaran peserta bagi program Halaqah Ilmu di Pondok Pasir Tumboh dan Pondok Intensif di Pondok Tunjung sentiasa bertambah setiap hari.

Kini pendaftaran bagi program Halaqah Ilmu telah pun ditutup kerana jumlah peserta telah pun mencukupi had iaitu 100 orang. Namun kami tetap memberi peluang sekiranya ada kekosongan apabila ada peserta yang menarik diri pada saat akhir nanti. Manakala program Pondok Intensif masih ada 55 sahaja lagi tempat untuk diisi.

Oleh itu dinasihatkan kepada ibubapa atau peserta yang berminat diminta dapat membuat pendaftaran dengan menghubungi Ustaz Zamri 012-9456251  dengan seberapa segera bagi mengelakkan tempat penuh.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »