Program istimewa yang ditawarkan iaitu Halaqah Ilmu di Pondok Pasir Tumboh dan Pondok Intensif di Pondok Tunjung, Kelantan pada 22 November sehingga 4 Disember 2008 nanti semakin mendapat sambutan walau pun iklan program masih belum meluas. Setiap hari sentiasa ada pertambahan peserta yang mendaftar melalui telefon atau email sebagaimana tertera di iklan.
Pengarah kepada program ini menasihatkan agar ibubapa atau peserta yang berminat supaya dapat mengesahkan penyertaan masing-masing dengan seberapa segera bagi mengelakkan tempat penuh. Mengikut pengalaman tahun-tahun sebelum ini katanya jumlah peserta akan cukup had yang dikehendaki 2 minggu sebelum program sehingga ramai yang menghubungi selepas tempoh tersebut terpaksa dicadangkan untuk masuk ke pondok lain atau ditolak permohonan. Peserta yang mendaftar terdiri daripada pelajar dari seluruh negara
Sehubungan dengan ini diharapkan kepada mereka yang berminat supaya segera mendaftar diri bagi mengelak tempat penuh.