Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 25 September 2008

Lawatan ke Pondok Bandar Hilir, Kedah

Posted by epondok di September 25, 2008

Rombongan daripada Pondok Pasir Tumboh dalam rangka lawatannya ke pusat pengajian sekitar Kedah telah sempat singgah ke destinasi pertama iaitu Markaz at-Ta’lim wa Tarbiah, Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, 08200 Sik, Kedah.

Kami disambut oleh menantu Tuan Guru Hj Abu Bakar b Ibrahim dan guru-guru yang berkhidmat di sini dalam suasana meriah. Rombongan diberi taklimat berkenaan sejarah dan sistem pengajian yang ada di sini di mana sukatan yang digunakan adalah kitab turath atau tradisional tetapi menggunakan sistem kelas dan jadual pengajian yang lebih teratur sebagaimana sekolah

Posted in Pondok Malaysia | Leave a Comment »