Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 20 September 2008

Akademi Pondok Dapat Sambutan

Posted by epondok di September 20, 2008

Akademi Pondok yang menyediakan pengajian kitab Hidayah Sibyan pada sebelah pagi dan Penawar Bagi Hati pada sebelah petang yang bermula pendaftaran dan pengajiannya hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sekitar Pondok Pasir Tumboh dan pelancong luar. Pelajar sekolah turut mengggunakan peluang keemasan ini untuk sama-sama mengikuti kelas pada sesi petang. Manakala pelajar dan warga pondok sendiri turut mengikuti program ini disamping beberapa kelas yang lain yang melibatkan ilmu Tauhid, Mantiq, Hadis dan sebagainya yang turut dibuka oleh ustaz yang berkenaan. Suasana masjid pondok agak meriah dengan kuliah agama yang silih berganti tenaga pengajarnya.

Pendaftaran bagi Akademi Pondok ini terus dibuka sepanjang Ramadhan. Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan pahala di bulan yang penuh keberkatan ini

Posted in Pondok Pasir Tumboh, Program Terbaru | Leave a Comment »