Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Aluan Sempena Jubli Emas Pondok Sungai Durian

Posted by epondok di September 13, 2008


Kata Aluan Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Sempena Sambutan Jubli Emas

Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian

 

الحمد لله الذي خلق السموات والأرض وجعل الظلمات والنور ثم الذين كفروا بربهم يعدلون . والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه والتابعين إلى يوم الدين . أما بعد …

Saya selaku Pengerusi mewakili Lembaga Pemegang Amanah dan ahli Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) mengucap tahniah dan syabas di atas segala usaha ahli jawatankuasa Sambutan Jubli Emas Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian dalam mengadakan suatu majlis yang bersejarah ini.

 

Semoga majlis ini dapat mengimbau kembali sejarah penubuhan pondok ini serta sumbangan besar pengasasnya iaitu al-Marhum Tuan Guru Hj Abdul Rahman bersama generasi awal yang begitu berjasa dalam mengembeleng tenaga untuk membangunkan pondok ini yang terus  subur hingga kini. Segala program yang diaturkan sepanjang sambutan ini diharapkan dapat membuka mata semua pihak tentang betapa besarnya jasa ulama’ dan pusat pengajian pondok dalam mengembangkan ilmu Islam dan mentarbiah masyarakat

 

Majlis ini juga diharapkan dapat mencambahkan lagi idea bermanfaat dan cadangan membina ke arah memajukan lagi sistem pengajian pondok dalam menghadapi cabaran arus perdana. Ia juga dapat dijadikan pemangkin dalam mempelbagaikan lagi sumbangan pondok kepada masyarakat umum

 

Akhir kata sekali lagi saya mengucap sekalung tahniah kepada semua warga pondok ini atas kejayaan dalam mengadakan sambutan Jubli Emas. Semoga ia diberkati dan dirahmati oleh Allah

 

 

 

 

 

( Tuan Guru Hj Hashim b Hj Abu Bakar )

Pengerusi

Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: