Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 2 September 2008

Ziarah Makam Syuhada’ Memali

Posted by epondok di September 2, 2008

Dalam rangka lawatan ke Kedah baru-baru ini, rombongan seramai 54 orang yang terdiri daripada 10 orang tenaga pengajar dan selebihnya pelajar Pondok Pasir Tumboh turut menggunakan peluang untuk menziarahi makam syuhada’ mangsa kezaliman peristiwa Memali

Ketika menziarahi sebuah pondok di mana salah seorang tenaga pengajarnya telah menceritakan mengenai detik cemas ketika menguruskan jenazah syuhada’ Memali ini iaitu walau pun 2 hari berada dalam peti beku bilik mayat tetapi jenazah terutama Ustaz Ibrahim Libya bagaikan masih hidup dengan tubuhnya masih lembut dan peluh mengalir didahi sebagai tanda mati syahid serta ada suatu bau yang harum yang dapat dikesan dan susah mahu diterangkan keharuman tersebut

Beliau turut menceritakan mengenai nasib malang yang ditunjuk oleh Allah kepada seorang bekas anggota polis yang turut terlibat dalam peristiwa pembunuhan kejam di Memali ini yang tinggal berdekatan dengan kediamannya di mana ketika ditanam mayatnya maka didapati tanahnya tidak cukup dan terpaksa mencari tanah tambahan yang lain untuk menutup kuburnya.

Sama-samalah kita renungi dan mengambil iktibar dari kisah yang sebenar bukannya tahyul

Posted in Program Terbaru | 1 Comment »