Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 7 Ogos 2008

Bomba Sukarela Pondok

Posted by epondok di Ogos 7, 2008

Matlamat

a. Memberi kesedaran tentang bahaya dan cara pencegahan kebakaran kepada warga pondok

b. Melahirkan warga yang mampu dan mahir dalam kerja pencegahan dan menyelamat kebakaran

c. Memberi latihan secara bulanan kepada wakil setiap pondok mengenani ilmu kebombaan

d. Merapatkan hubungan antara warga pondok dengan agensi bomba di setiap daerah

e. Menyediakan alat pemadam api di setiap pondok

f. Membuat demontrasi dan ceramah tentang kesedaran mencegah kebakaran di setiap pondok mengikut keperluan

Posted in Pengenalan PPPB, Program Terbaru | Leave a Comment »

Peraturan Pondok Lubok Setol

Posted by epondok di Ogos 7, 2008

Posted in Pondok Lubok Setol | Leave a Comment »

Pengenalan Kulliyah Pondok Darulnaim

Posted by epondok di Ogos 7, 2008

DEFINASI KULLIYAH

 

KULLIYAH PONDOK DARULNAIM adalah sebuah institusi pengajian  swasta yang telah diasaskan oleh Pusat Pumbangunan Pondok Berhad ( PPPB ). PPPB ini adalah sebuah badan yang telah diluluskan oleh kerajaan yang mana ianya telah didaftarkan di bawah akta syarikat pada 22 April 1995.

Perkataan Pondok  dalam bahasa melayu memberi pengertian “ Sistem pengajin khas yang berpegang kepada cara berhadapan dalam bulatan-bulatan yang tersusun “. Ia adalah satu sistem lama dalam pembelajaran ilmu dan pengajaran. Sistem ini mempunyai kesan yang ketara dalam mengeluarkan para alim ulama` dan mereka-mereka yang faham tentang ilmu Islam. Memandangkan kepada pentingnya sistem ini dan perlunya ia terus kekal, maka satu Ijtima` besar telah diadakan pada 1994 yang telah dihadiri oleh pelajar –pelajar Pondok seluruh Malaysia. Dalam Ijtima` tersebut, satu kata sepakat telah diperolehi dimana para perserta telah bersetuju untuk mewujudkan satu pusat pengajian bertaraf Kolej khusus untuk pelajar-pelajar Pondok bagi menjamin sistem ini terus kekal bersama peredaran masa agar ia dapat memberi hasilnya kepada umat ini secara berterusan. Maka dengan kurniaan Allah Subhanahuwata`ala, tertubuhlah Kulliyah Pondok Darulnaim.

Patut disebut disini bahawa Kulliyah bukan hanya berpegang kepada sistem pengajian pondok malah ia juga menggunakan sistem pengajian moden yang berbentuk syarahan dan perbincangan sebagaimana yang dilaksanakan di Kolej-kolej dan Universiti di seluruh dunia. Ini tidak syak lagi merupakan satu keistimewaan besar kepada Kulliyah kerana telah menggabungkan antara ca ra pengajian lama dan moden dalam pengajarannya.

 

 

 

OBJEKTIF

 

Kewujudan Kulliyah adalah untuk memenuhi beberapa objektif berikut :

 

1.                       Mewujudkan pusat pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar Pondok yang berteraskan sistem pembelajaran lama di Kelantan dan luar Kelantan.

 

2.                       Melahirkan pelajar-pelajar supaya mereka menjadi ulama` rabbani yang mampu menyebarkan agama ini dan mengajar orang lain.

 

3.                       Menjaga warisan Islam dan menyebarkannya kepada umat Islam.

 

4.                       Menjalin hubungan pelajaran dengan pusat-pusat pengajian lain di dalam dan luara Malaysia

Posted in Kulliyah Pondok Darulnaim, Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia | 1 Comment »

Pentadbiran dan Pengajian Pondok Lubok Setol

Posted by epondok di Ogos 7, 2008

1. Ahli jawatankuasa

 

            Pengerusi                  : Ustaz Hj Abdullah Zawawi bin Muhammad

            Timb. Pengerusi        : Ustaz Hj Asek bin Omar

            Setiausaha                : Hasul Baharin bin Che Hassan

            Bendahari                 : Hamdi bin Mamat Yusuf

            Ajk                              : 1. Hj Abdul Rahman bin Hj Hassan

                                                  2. Mohd Fadhli bin Hj Mohd Hashim

                                                  3. Asmawi bin Md Jusoh

 

2. Jumlah pelajar semasa

 

                        a. Pelajar lelaki                                             30 orang

                        c. Kelamin dan warga emas                     20 0rang

 

4. Jadual pengajian harian

 

MASA

 

PENGAJIAN

7.00 – 8.00 Pagi

Kelas al-Quran

8.30 – 11.30 pagi

Kitab

Lepas Zohor

Kitab

Lepas Asar

Kitab

Lepas Maghrib

Kitab

Lepas Isya’

Kelas al-Quran

10.00 – 11.00 malam

Kitab

 

Posted in Pondok Lubok Setol | 4 Comments »