Pondok Pasir Tumboh melalui Lajnah Penerangan & Perhubungannya akan mengadakan suatu lawatan mahabbah dan ilmiah ke Pusat Pengajian Agama sekitar negeri Kedah pada musim cuti pondok nanti iaitu 18 – 22 Sya’ban 1429 bersamaan 20-24 Ogos 2008 (Rabu – Ahad)
1.0 Objektif
2.1 Menjalinkan hubungan silaturrahim antara pusat pengajian pondok
2.2 Mencambahkan idea dalam menyatukan pemikiran dan gerak kerja ke arah memperluas dan mempelbagaikan lagi peranan serta sumbangan pusat pengajian pondok kepada masyarakat umum
2.3 Mempromosi peluang pengajian dan pakej yang ditawarkan di Pondok Pasir Tumboh melalui taklimat dan risalah yang diedarkan.
2.4 Menanam kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan didikan agama kepada anak-anak sejak dari awal lagi.
2.5 Mendedahkan pelajar-pelajar kepada masyarakat luar atau umum.
2.6 Melihat dan merenung alam ciptaan Allah
2.7 Menambah ilmu dan meluaskan pengalaman
2.0 Lokasi Lawatan
3.1 Madrasah Misbahul Falah, Pondok Lanai (Parit Panjang, Baling)
3.2 Ziarah Kubur ( Syuhada’ Memali )
3.3 Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Tuan Guru Haji Salleh (Sik)
3.4 Madrasah Darul Muhtadin, Sungai Pau, Sik.
3.5 Kolej Islam Darul Ulum[KIDU], (Kuala Nerang)
3.6 Ziarah Kubur al-Marhum Ustaz Fadhil Mohd Nor
3.7 Tempat bersejarah sekitar Pulau Langkawi
3.8 Madrasah Tarbiyatul Awladiyyah Darul Ulum( Pondok Baba Ayub)
3.9 Madrasah Manabi’ul ‘Ulum (Pondok Ustaz Rejab, Air Hitam)
3.10 Pondok Ustaz Sabri (Lubuk Kawah)
3.0 Tarikh
18 – 22 Sya’ban 1429 bersamaan 20-24 Ogos 2008 (Rabu – Ahad)
Kami doakan semoga lawatan ini diberikan kejayaan dan keberkatan oleh Allah