19 JUN – Ustaz Hj Abdul Rahim b Hj Hamzah, Bendahari Agong Pondok Pasir Tumboh dimasukkan ke wad 8 Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian malam tadi selepas mengadu kurang selesa. Beliau yang merupakan menantu kepada Tuan Guru Hj Mustafa Pengasas pondok ini masuk kali kedua ke hospital selepas awal bulan lalu telahpun dirawat di hospital yang sama selepas mengadu sesak nafas. Beliau antara tenaga penting dalam menggerakkan pondok ini dan terkenal dengan pengajaran ilmu tasawwuf bukan sahaja menjadi guru kepada warga pondok tetapi turut menjadi tumpuan masyarakat umum. Warga pondok dan umum sentiasa mendoakan kesihatan beliau termasuk melalui solat hajat yang diadakan selepas solat fardhu.
Archive for 20 Jun 2008
Ustaz Hj Abdul Rahim Masuk Wad HUSM
Posted by epondok di Jun 20, 2008
Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »