Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 17 Jun 2008

Lawatan Pegawai Agama Brunei

Posted by epondok di Jun 17, 2008

Kedatangan pelawat ke Pondok Pasir Tumboh terutama bermula selepas PRU 12 lalu hingga kini begitu mendadak peningkatannya sehingga para penyambut tetamu tidak menang tangan untuk menyambutnya. Puluhan bas dan kereta para pelawat sentiasa sampai saban minggu terutama pada masa cuti hujung minggu. Pada hari ini Selasa 17 Jun pihak pondok ini menerima kunjungan mahabbah daripada pegawai agama dari negara Brunei Darussalam . Ahli rombongan turut berkesempatan untuk beramah mesra dengan mudir Tuan Guruh Hj Hashim di kediamannya. Walau pun masih uzur tetapi beliau masih dapat melayan kedatangan tetamu dengan penuh ramah dan mesra

Pihak pondok mengharapkan agar kunjungan para tetamu dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim disamping mendapat gambaran secara lebih dekat dan jelas mengenai pengajian pondok tradisional. Pihak pondok turut memohon ribuan maaf kepada para tetamu yang datang secara mengejut kerana tidak dapat memberi layanan yang sepatutnya. Oleh itu kepada mana-mana rombongan yang ingin melawat pondok ini disarankan menghubungi pihak pejabat ditalian 09-7657786 atau Setiausaha Agongnya 019-9388902

Posted in Pondok Pasir Tumboh, Program Terbaru | Leave a Comment »