Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Tuan Guru Haji Ismail Pontianak (1882-1950)

Posted by epondok di Jun 13, 2008


Tokoh ulama’  perantau ‘Khatib Masjid Muhammadi dekad 1940-an yang paling popular. Lahir sezaman dengan Mufti Hj. Idris, Dato’ Perdana Hj. Nik Mahmud, Tok Seridik dan Sheikh Osman Jaalaluddin al-Kalantani.

 

Nama penuhnya ialah Hj. Ismail bin Hj. Abdul Majid, tetapi lebih dikenali dengan panggilan Hj. Ismail Pontianak kerana lamanya beliau berkelana  dan bermastautin di Pontianak (Kalimantan Barat),bahkan pernah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Pontianak – berkhidmat selama suku  abad (1910-1935).

 

Meskipun demikian, Hj. Ismail akhirnya kembali menetap di Kelantan. Kerjaya awal tokoh Mekah ini dalam perkhidmatan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bermula pada 1 Januari 1940 apabila beliau dilantik menjadi guru kitab di Jami’ Merbau al-Ismaili  dengan gaji permulaan RM47.50 sebulan. Selanjutnya beliau dipilih menganggotai Jemaah Ulama’ MAIK (10 April 1940 hingga 9  Februari 1947). Selain daripada itu dilantik sebagai Penterjemah Arab (semenjak 1 Julai 1941).

 

Zaman gemilang perkhidmatannya bermula pada 1 mei 1943 apabila  beliau dilantik menjadi Khatib di Masjid Muhammadi,  Kota  Bharu. Berbeza dengan tok-tok khatib sebelumnya  yang masih terikat dengan nota atau teks Arab sepenuhnya.

 

Hj. Ismail memperkenalkan khutbah tanpa teks  ditangan. Kepetahan beliau menyampaikan khutbahnya secara  spontan, dalam bahasa ibunda pula terbukti sangat berkesan. Walaupun khutbahnya agak panjang,namun ahli jemaah tidak bosan. Ini kerana beliau  bijak menyusun kata, pandai menyelit ungkapan  “segar” bersesuaian dengan suasana yang mampu membuat sidang hadirin tidak jemu atau mengantuk. Beliau bukan sahaja popular dikalangan ahli jemaah dan anak muridnya,malahan sangat disenangi oleh Sultan Ibrahim sehinggakan dilantik menjadi guru agama merangkap imam di Istana baginda.

 

Khatib yang disegani ini meninggal di rumahnya, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada tengah malam Isnin  18 Muharram1370  bersamaan dengan 29 Oktober 1950 dan dikebumikan di Kg. Labik, Machang-kampung asalnya.

 

Satu-satunya pusaka penulisan beliau yang diketahui sempat dicetak ialah Kitab Pedoman Kemuliaan Manusia  (cetakan pertama 1938), setebal 320 muka surat iaitu sebuah karya “bunga rampai”.

Advertisements

3 Respons to “Tuan Guru Haji Ismail Pontianak (1882-1950)”

  1. zackry said

    di Kg. Labik, Machang-kampung asalnya

    Kg Labok bukan labik
    ambo cucu cicit arwah ni

  2. salam mohon kerjasama jika ada waris tuan guru Hj Ismail….dapat hubungi saya untuk siapkan tesis master..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: